Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Sabtu, 29 Oktober 2011

SURAT 'CINTA' KEPADA TPM

Sempena lawatan TPM ke tempat aku lewat 15hb Oktober lalu, Pengerusi Persatuan Penduduk, Pengerusi KRT dan Pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah telah mengarahkan aku selaku SU untuk merangka satu surat cinta kepada TPM..berikut adalah surat yang telah aku buat dan telahpun selamat disampaikan kepada TPM sebaik habis saja Pengerusi Persatuan Penduduk berucap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
15hb Okt, 2011

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
Y.A.B DATO’ SERI UTAMA TAN SRI HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN
Jabatan Perdana Menteri  
Aras 4  Blok Barat  Bangunan Perdana Putra  
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  
62502 Putrajaya  Malaysia
Tel: +603-8888 1950  Faks: +603-8888 0035

Y.A.B Dato’ Seri Utama,

MOHON PERUNTUKAN KHAS TIMBALAN PERDANA MENTERI Y.A.B DATO’ SERI UTAMA TAN SRI HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA DAN LAWATAN KE RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2.

Merujuk perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan, kami warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ingin menarik perhatian YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin atas beberapa permohonan agar dapat kiranya dipertimbangkan atas kapasiti peruntukan khas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Permohonan ini adalah mewakili beberapa badan NGO di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah diberi mandat untuk menyampaikan hasrat dan harapan ini. Terlebih dahulu kami memohon maaf sekiranya terdapat kekilafan tatacara permohonan ini disampaikan. Antaranya ialah:

2.1 Mohon dapat kiranya didirikan Dewan Serbaguna untuk kemudahan penduduk setempat dan persekitaran Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi menjalankan aktiviti. Lokasi telah dikenal pasti dan bersesuaian dengan tujuan ini.

2.2 Mohon diadakan tapak permainan khas untuk kanak-kanak dan dewasa sebagai tempat riadah penduduk.

2.3 Mohon peruntukan untuk Tabung Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 bagi tujuan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan setempat.

2.4  Mohon dibina sengkuap (awning) di depan surau Infitah Al-khairiah.

2.5  Mohon kemudahan kabin (pondok kawalan) ahli-ahli RELA dan SRS yang mengadakan rondaan malam bagi sama-sama membantu menjaga keselamatan penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

2.6  Peruntukan komputer notebook 1Malaysia khas untuk anak-anak penghuni Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

2.7  Mewujudkan kemudahan siber kafe dengan kapasiti 10 komputer di bawah seliaan Kawasan Rukun Tetangga dan Surau Infitah Al-Khairiah.

2.8 Penambahbaikan dewan KRT dan dewan Tabika Perpaduan yang terdapat di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2

3.         Kami mewakili seluruh warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan NGO-NGO-nya mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Y.A.B melakukan lawatan khusus untuk beramah mesra dengan penduduk. Terima kasih.

Yang benar

Rabu, 12 Oktober 2011

Aspirasi bersama VVIP

Mengendalikan program yang melibatkan VIP pun terkadang meruntun masa apatah lagi yang melibatkan VVIP. Dan lebih menambah parah lagi bila aku mewakili beberapa badan NGO selaku Setiausaha! Mental dan fizikal bertali arus menangani jalan kerja yang tiada lampu isyarat berhenti. Letak duduk jalan kerja yang ditanggung mental dan fizikal sudah menjadi variasi lebuhraya 6 lorong! Terlalu laju, idea terbabas ke longkang. Terlalu perlahan, disondol idea lebih besar dari belakang.

Kebetulan lawatan TPM ke tempat aku, ketika aku adalah SU Persatuan Penduduk, SU Badan Kebajikan, SU Surau Infitah Al-Khairiah, SU Persatuan Penjaja dan SU UMNO Cawangan. Memang logiklah aku kena meletakan gerak kerjaku atas jalan yang besar, lurus, mudah dan tiada lampu isyarat; ia signifikan lebuhraya. Berhenti hanya untuk tidur. Selagi mata terbeliak, otak fikir ligat mencari ilham untuk memastikan segala perancangan tentatif berjalan lancar. Segala dokumentasi termasuk memorandum telah siap untuk disemak pegawai khas TPM. Mujur teks ucapan pengerusi persatuan penduduk yang diputuskan mesti sampai ke meja Datuk Hj. Hasim (Adun Labu) sebelum pukul 9:00 pagi tidak tersenarai dalam tugasan aku. Semua perkara memerlukan masa yang terhad. Malah sebenarnya di luar kemampuan otakku untuk mengumpul ilham sebanyaknya. Ketika buang air kecil dalam tandas, lamanya macam aku buang air besar! Fikir! fikir! fikir! Nampaknya impak lawatan TPM ini membuatkan jadual kerjaku jadi huru hara!  Demikian penangan VVIP!

Peranan besar aku ialah sebagai SU Surau Infitah Al-Khairiah kerana surau bertuah tersebut akan dirasmikan oleh TPM. Berita TPM akan merasmikan Surau Infitah Al-Khairiah adalah berita paling mengujakan bukan sahaja kepada aku malah pastinya dikalangan AJK Surau yang lain serta para jemaah yang sering datang ke surau. Asalnya 2 kali surau telah ku hantar ke pejabat MB mohon MB merasmikan surau Infitah Al-Khairiah ini. Ketika itu aku adalah timbalan setiausaha surau Infitah Al-Khairiah. Rupanya dalam takdir Ilahi, Surau Infitah Al-Khairiah hanya akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri setelah aku menjadi setiausaha penuh. Jadi, dalam sekian banyak NGO yang aku menjadi SU-nya, menjadi SU Surau Infitah Al-Khairiah adalah saat paling manis.

Namun untuk merealisasikan kedatangan TPM ini, aku dihujani sekian banyak mesyuarat pula. Berkali-kali mesyuarat dengan Pegawai Daerah, mesyuarat dengan pusat khidmat, mesyuarat dengan NGO-NGO yang terbabit. Jika tidak bermesyuarat sebelah pagi, akan ada panggilan mesyuarat sebelah petang atau malam. Kemudian berkali-kali juga diadakan lawatan tapak. Juga 'rehearsal'.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.