Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Isnin, 8 November 2010

AKU DAN MUSYAHADAH TAUHID



MUQADIMAH KATA


Setelah berhasil menulis buku pertama ‘Tauhid Dalam Tasauf’, kami terpanggil untuk menghasilkan satu lagi buku dengan judul ‘Musyahadah Tauhid’. Buku ini sebetulnya bukanlah kesinambungan dari buku yang pertama melainkan sekadar untuk mengajak para pembaca mendalami seterusnya memahami konsep-konsep tauhid yang sebenarnya amat luas titik bahasannya. Kami menyedari, walau bagaimanapun buku ini masih jauh dari kesempurnaanya sebab menyempurnakan suatu ilmu yang dititipkan melalui penulisan tidak akan menemui keberhasilan yang memuaskan para pembaca sekiranya tidak dipanjangkan ilmu-ilmu itu dalam bentuk amal. Jadi nasihat kami, janganlah kita berhenti dan berpuas hati pada tahap ilmu sahaja akan tetapi carilah pula jalan atau cara untuk mengamalkan ilmu yang kita ketahui, barulah benar-benar kesempurnaan itu kita kecapi.

Kami mencuba menyusun buku ini dengan sasaran para pembaca yang masih tercari-cari jalan atau kaedah untuk menyampaikan mereka kepada Allah SWT dengan cara yang mudah difahami. Menyampaikan kepada Allah SWT inilah yang akan kami fokuskan secara musyahadah yakni melihat atau memikirkan akan keesaan Allah dalam segala ruang lingkup kehidupan.

Apapun, suka juga kami menasihatkan para pembaca semua  tidak semata-mata menjadikan buku ini sebagai satu tempat rujukan yang mutlak tanpa merujuk kepada guru-guru yang memahami dan tinggi ilmunya lagi mursyid tahapnya.

Sebagaimana biasa, kami juga memohon keampunan dan kemaafan andainya dalam buku ini kedapatan ayat-ayat yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Kesilapan yang tidak disengajakan atau yang kami terlepas pandang. Dan pada para bijak pandai juga para alim ulama yang menguasai keseluruhan ilmu-ilmu yang kami titipkan, dapatlah kiranya kita berkongsi ilmu Allah SWT ini dengan memberi maklum balas berupa teguran atau tambahan mana-mana bab atau bahagian yang kedapatan kesilapan yang tidak kami sedari.

Dan tentunya pada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang, Allah SWT mengampuni kami dengan sepenuh sifat pengasih dan penyanyangNya memberkati hasil usaha kami ini seterusnya memberi taufik dan hidayahNya untuk kami terus menulis dan menghasilkan karya-karya berguna buat bacaan generasi  mendatang. InsyaAllah.

Akhir sekali pada guru-guru, sahabat handai dan kepada semua yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku ini, kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Allah jua yang membalas segala sumbangan tuan-tuan dan puan-puan semua.

Pada isteri dan anak-anak Ess, Putrie, Aliff, Ashraf, Nursyaffaat dan Qasyaf; juga terima kasih kerana kalian memahami betapa masa yang terluang terpaksa dibahagi dua. Untuk dipergunakan menulis dan bermesra dengan kalian semua.

Penyusun
Jihad
ji_had04@yahoo.com.sg

24 RabiulAkhir, 1427
(22 Mei, 2006)

Khamis, 4 November 2010

AKU DAN RAHSIA AGAMA (3)


Kalau para pembaca meneliti maksud ayat 62 surah Al Baqarah tersebut menyebutkan “siapa saja di antara mereka (Orang-orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin) yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal soleh…”, mereka inilah yang Allah SWT janjikan ganjaran kebaikan berupa pahala dan syurga. Ertinya orang-orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin yang dimaksudkan Allah SWT pada firmanNya di atas adalah orang-orang yang bebas dari segala syirik. Jika kedapatan syirik pada mereka nescaya mereka bukanlah di kalangan orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Beriman bermaksud percaya dan penuh yakin Allah itu esa. Beramal soleh beerti melakukan segala amalan zahir dan bathin tanpa mencampur adukan amalan itu dengan amalan syirik. Kalau masih kedapatan dalam amalan mereka itu amalan syirik nescaya tidaklah amalan mereka dinamakan amalan soleh seperti maksud ayat tersebut. Tidakah Allah SWT itu Maha Mengetahui apa yang dinyatakan dan disembunyikan seseorang? Allah SWT tidak akan meletakan seseorang kepada tahap benar-benar beriman dan beramal soleh secara semberono.   

Ingin kami fahamkan kepada para pembaca di sini, masalah syirik adalah masalah akidah iaitu masalah yang boleh merosakan iktikad seseorang. Iktikad ini pula bersangkutan dengan iman – kepercayaan seseorang kepada Tuhannya. Atas sebab inilah apabila kita melihat rahsia sesuatu sama ada pada agama, iman, akidah atau iktikad; kita perlu melihatnya daripada sebesar-besar syirik sehingga kepada sekecil-kecil syirik. Rahsia itu sepatutnya sampai membongkar sesuatu ke akar umbinya. Pembongkaran itulah yang memerlukan kepada mata hati, barulah rahsia bertukar menjadi makrifah!






AKU DAN RAHSIA AGAMA (2)

Pada tahap tauhid ikhlas beerti seAllah pada af’al, asma, sifat dan zat. Selagi tidak dapat kita mengesakan Allah pada af’al, asma, sifat dan zatNya, maka selama itulah tingkatan ikhlas kita hanya sampai pada peringkat iman dan Islam sahaja. Secara peribadi untuk sampai kepada ikhlas peringkat ini kami berpendapat tiada cara lain melainkan hendaklah seseorang beramal dengan amalan tauhid.Ikhlas pada tahap makrifah sebagaimana hadis nabi “Dikemudian hari nanti ada umatku yang masuk syurga tanpa hisab.” Pada tahap ini perlulah keikhlasan seseorang itu melepasi tahap iman, Islam dan tauhid terlebih dahulu. Bagaimanapun kami berpendapat ini sekadar aturan dalam perjalanan ilmunya sahaja sedangkan pada hakikat sebenarnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat ikhlas kita kepadaNya. Kalau para pembaca bertanyakan pendapat peribadi kami, kami yakin apabila seseorang itu dapat mentauhidkan Allah SWT dengan sebenar-benar tauhid menurut ilmu dan amalnya, sesungguhnya dialah orang yang benar-benar ikhlas dan dialah yang nabi maksudkan umatnya yang masuk syurga tanpa hisab. Kenapa mereka masuk syurga tanpa hisab? Sebabnya mereka selama melakukan ibadah tidak mengharapkan apa-apa ganjaran dari Allah melainkan duduk dalam hakikat ikhlas semata-mata. Duduk dalam hakikat ikhlas pada tahap makrifah beerti mereka tidak melihat dirinya melakukan amal melainkan melihat keadaan hal qudrat dan iradat Allah yang berlaku dalam amalan atau ibadah mereka. Inilah rahsia di dalam rahsia agama yang perlu para pembaca cari amalannya. Kami di sini sekadar menuliskan sedikit ilmunya buat rujukan para pembaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.