Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan

Khamis, 25 Julai 2019

CORETAN UNTUK ANAK BUAH YANG BARU BERKAHWIN

Kebahagiaan pasangan suami isteri itu bukanlah semata2 atas faktor rasa kasih dan sayang atau rasa cinta yg melangit tetapi setinggi mana KEFAHAMAN kamu terhadap perkara tersebut lalu menerima seadanya dgn jujur dan ikhlas lantas menghargainya sepenuh jiwa ragamu. Kelak andai nanti kamu diuji sama ada oleh bahagia atau derita, sama ada kamu diuji oleh sayang atau benci...ketinggian pemahaman kamu itulah yang akan menjadi petunjuk bagi kamu dan pasangan

Khamis, 14 Februari 2019

SUMBER KEKENTALAN JIWA YANG SEBENAR

RUPANYA .....
kekentalan jiwa bukan berdasarkan pengalaman dan usia semata-mata tetapi setakat mana tingginya pemahaman seseorang atas sesuatu perkara.






Janganlah terlalu teruja dgn kata2 makrifat atau makrifah..ia hanyalah beerti kenal. Yang benar2 kenal bukanlah berdasarkan pengalaman dan usia semata-mata tetapi setakat mana tingginya pemahaman seseorang itu atas sesuatu perkara. Dan ia masih berdalil dan masih cerita sebelum kun. Sedangkan rahsiaNya tetap terpelihara. Ia bukan diperoleh melalui ketinggian ilmu dan banyaknya amal melainkan ehsan atas anugerahNya. Maka jagalah sebaik adab meskipun sedang berposting dlm facebook. Sesungguhnya kalamNya dlm semua keadaan

Sabtu, 16 Julai 2016

PETAKA SEBUAH REUNION (Kisah benar)

Sy terpanggil menuliskan kisah benar ini dengan harapan ia menjadi pengajaran kepada kita semua lebih2 lagi kpd pasangan yg telah berkahwin. Jika anda mengatakan sy mengambil kesempatan utk berkarya atas kisah sedih orang lain (bahkan rakan baik sy sendiri), itu tidak mengapa kerana bagi sy; ada sesuatu yg lebih penting utk kita semua ambil kesempatan! kesempatan utk memahami baik buruk sesuatu perkara. Uniknya kehidupan kita hari ini ialah dlm baik ada buruk dan dlm buruk ada baiknya juga. Demikian Allah menjadikan dalam fitrah kehidupan, kita dikelilingi oleh iblis dan malaikat. Tapi sy tidak bermaksud menceritakan kisah ini dengan fokus kepada soal agama secara total sebab sy percaya kisah ini tidak hanya menimpa orang2 muslim bahkan kepada mana2 agama pun.

Sy namakan rakan sy ini sebagai 'S' sahaja. Berasal dari Sabah dan berkahwin dgn orang Sarawak selama lebih kurang 24 tahun. Sy fikir dgn usia perkahwinannya, beliau telah melalui pelbagai fasa. Yg penting telah melepasi fasa matang. S berusia 50 tahun manakala isterinya 41 tahun. Mempunyai 5 orang cahaya mata. Anak yg tua telah pun berkahwin dan yang kecil sekali berusia 7 tahun. Dari segi ekonomi, kehidupan S adalah sederhana. Cukup segala bagai. Suami isteri bekerja syif. Sy tidak kenal rapat isteri S kecuali sekali bertemu mereka sekeluarga dlm majlis perkahwinan seorang rakan. Sepintas lalu, sy melihat tiada masalah dlm perhubungan mereka. Mereka pasangan yg bahagia.

Awal tahun 2016, mungkin sekitar bulan jan atau feb, isterinya yg mempunyai akuan fb dan mempunyai media sosial lain seperti wasap telah berhubung dgn rakan-rakan sekolahannya. Ya, mungkin sekadar bertanya khabar atas dasar sama sekolah, sama kampung, sama negeri atau utk silaturahim. Apapun alasannya, ia tidak menampakan itu sesuatu yg buruk!. Media sosial merapatkan kembali hubungan yg terputus dgn bekas rakan2 lama. Biarpun berasal dari Sarawak, rupa2nya ramai kalangan pelajar sekelasnya yg telah bermastautin di Semenanjung.

Maka setelah sekian lama berhubung di media sosial, diatur satu perjumpaan - reunion. Dlm reunion pertama kali di Port Dickson, maka bertemulah mereka bertentang mata. Semuanya telah berkahwin dan mempunyai anak. Ada juga yg telah bercerai. Ada yg berkerjaya tinggi. Ada yg sederhana sahaja. Ada yg gemuk. Ada yg kurus. Mereka semua gembira kerana antara mereka ada yg telah tidak bertemu melebihi 20 tahun yakni sejak menamatkan zaman persekolahan. Tentulah dlm reunion itu banyak kisah suka duka yg dikongsi bersama.

Dlm reunion itu juga isteri S telah bertemu dgn rakan sekolahnya yg istimewa. Seorang lelaki yg telah menduda lama kerana bercerai. Mungkin ada kisah manis antara mereka berdua ketika di alam persekolahan di sarawak dulu yg sy tidak tahu trmasuk S sendiri. S menduga mereka mungkin pasangan kekasih ketika itu. Setelah menamatkan persekolahan, masing2 membawa haluan sendiri. Maklum level cinta di sekolah adalah cinta monyet yg hanya utk mainan shj.

Dari reunion itulah isteri S kembali menyulam nostalgia lama dgn rakan sekolahnya ini. Sulaman yg akhirnya mewujudkan bibit2 cinta pasangan kekasih lama. Dr level cinta monyet ketika di zaman sekolah kini menjadi cinta laila majnun! Hampir 7 bulan mereka berbalas wasap. S perasan yg isterinya memang selalu sibuk berwasap. Tetapi dia tidak mengesyaki apa2. Baginya berwasap dgn rakan2 lama adalah perkara normal. Dia sendiri pun selalu berwasap. Lagipun urusan rumah tangga berjalan seperti biasa.

Ketika hampir syawal, S mula perasan perubahan terhadap isterinya. Isterinya makin rajin balik lewat dgn alasan OT utk mencari duit lebih bagi menghadapi syawal. Cerita2 belakang dari jiran2 dekat rumah telah mula kedengaran. Lama kelamaan timbul syak wasangka dlm diri S. Pada raya ketiga, S sekeluarga beraya di Kajang. Mereka menaiki 2 kereta kerana S terpaksa masuk kerja syif malam. Isterinya memandu kereta sendiri. Habis beraya di Kajang, S memaklumkan kepada isterinya dia akan terus masuk kerja jam 7 petang kerana ketika itu jam sudah menunjukan pukul 6 petang. Lalu S terlebih dulu memandu balik menerusi lebuh raya Plus dan turun di tol senawang. Manakala isterinya memandu ikut lebuhraya Lekas dan turun di Paroi.

Sebenarnya S tidak pergi kerja kerana hari itu dia offday. Jam 11 malam dia balik rumah. Isterinya tiada. Tanya anak, anaknya jawab ibu pergi kerja. S berasa pelik kerana hari itu isterinya pun offday. Lantas S bergegas ke tempat kerja isterinya. Tiada kereta isterinya di situ!. Rakan sekerja isterinya mengatakan isterinya offday. Tiada OT. S dah mula terfikirkan perkara2 buruk. Cakap2 jiran sebelah rumah mula bermain dlm benaknya.

Dia mencari isterinya hampir seluruh bandar Seremban. Kemudian melanjutkan pencarian ke pantai peranginan PD. Jam telah menunjukan pukul 4 pagi. Dlm kekecewaan dan keletihan ketika balik dari PD, sebaik melepasi tol Senawang dia terpandang hotel budget 'The Star' yg bertentang dgn JPJ Negeri Sembilan. Terdetik dlm hatinya utk menyiasat ke situ. Bagai tertembak halilintar, S melihat kereta isterinya ada di 'park' hotel. S segera masuk dan bertanya kpd reception. Tiada nama isterinya dlm buku daftar. Pada mulanya reception tidak membenarkan S naik ke tingkat atas hotel utk menyiasat tetapi S berkeras dan akan meminta bantuan pencengah maksiat Seremban. Akhirnya dia dibenarkan naik. S menuju ke tingkat 2 bilik bernombor 6 kerana bilik itu didaftar atas nama seorang lelaki. Nama lelaki pada buku daftar itu menunjukan pendaftaran dibuat pada jam 7 ptg hari yg sama.
S hanya berdasarkan nalurinya shj. Dia mengetuk pintu bilik no 6. Berkali2 dia mengetuk pintu. Tiada jawapan. Maklum jam ketika itu telah melebihi 4 pagi. S tidak segera berlalu tetapi dia duduk ditangga hujung tingkat 2. Tiba2 pintu bilik dibuka dan isterinya kelihatan meninjau2 dr dlm bilik. S segera menerjah ke muka pintu. Isterinya terpinga-pinga. S bertanya kepada isterinya kenapa dia tidur di hotel? Dia dengan siapa? Kenapa tidak tidur di rumah?. Kerana isterinya tidak menjawab, S menerjah masuk dan dia melihat seorang lelaki berada dlm bilik itu. Tanpa berkata apa2, S menghadiahkan beberapa tumbukan dan sepakan hingga lelaki itu jatuh tertiarap. S mengarahkan reception memanggil polis. Polis peronda yg datang menasihatkan S dan isterinya serta lelaki tersebut membuat laporan polis di balai polis Seremban 2.

Dalam report S, S menceritakan segalanya termasuklah dia menumbuk lelaki yg bersama isterinya. Polis yg mengambil laporan itu pun turut berbisik, ini soal maruah encik, kalau sy jadi encik, sy pun akan berbuat perkara yg sama. Lelaki yg dicederakan oleh S itu pun membuat laporan mengatakan dia diugut S. Manakala isteri S tidak membuat apa2 laporan.

Selepas selesai membuat laporan, S memberitahu isterinya walaupun dia telah menyanyangi isterinya lebih 24 tahun tetapi pada hari ini, semua itu telah musnah kerana tak mungkin nilai maruahnya sebagai suami dapat diselamatkan oleh 24 tahun usia perkahwinan mereka. Walaupun isterinya mendakwa dia tidak berbuat apa2 tetapi bagi S, maruahnya sebagai suami telah tercalar. Macam2 perkara maksiat boleh berlaku dari jam 7 ptg ke jam 4 pagi! Sekarang kes S masih berjalan di mahkamah syariah S2. S dan isterinya kini telah tinggal berasingan. Baginya, syawal kali ini tidak bermakna langsung. Mujur anak2 memahami dan mereka semua menyebelahinya. Malah anak dan menantunya yg tinggal di Terengganu pun telah pulang menyambung cuti ke Seremban. Mereka semua tidak sangka ibu mereka berubah sikap gara2 reunion dan wasap.

Terima kasih S kerana memilih sy utk berkongsi kisah duka syawal ini. S cakap, aku percaya kepada kau Jo, itu sebab aku hanya bercerita kpd kau sahaja. Dgn bercerita begini, sekurang-kurangnya rasa sakit hati aku ini berkurangan!. S meminta pandangan sy selaku sahabat baiknya...tetapi sy tidak bersedia berkongsi pendapat dan nasihat sy kepada S dlm ruang fb ini. Sehingga pagi ini..S masih mendengar kaunseling tak rasmi sy. sy bukan pakar, tak mungkin imaginasi seorang penulis boleh mengatasi realiti yg s hadapi skrg. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pesan sy pada S..mengadulah pada Allah! Ini saja nasihat yg boleh sy kongsi dgn rakan2 fb semua.

Rabu, 8 Jun 2016

MENITI TITIAN

KRONOLOGI aku dengan pentadbiran Surau Infitah Al-Khairiah tidaklah panjang mana. Tetapi pengalaman yang aku perolehi itulah yang lebih bermakna. Aku bermula sebagai jemaah biasa sebelum dilantik menjadi AJK. Daripada AJK aku dilantik menjadi penolong setiausaha kemudian kepada setiausaha. Dan akhirnya dilantik menjadi pengerusi. Ini adalah tahun kedua aku menjadi pengerusi. Sebenarnya jauh disudut hatiku, tanpa apa-apa jawatanpun aku akan ke surau juga kerana ini adalah tuntutan agama.


Selasa, 28 April 2015

MISI MENCARI DANA

INI adalah misi tahunan saya yang sentiasa berulang!
Sementelah saya masih seorang S/U dibeberapa NGO, tugasan mencari dana itu terpikul kepada saya. Kecuali dalam organisasi surau Infitah Al-Khairiah, saya juga yang terpaksa mencari dana atas nama Pengerusi sekaligus S/U kerana S/U sedia ada tidak dapat memberikan komitmennya. 

Mengimbas tahun lepas, sekitar RM10k dana berjaya saya cari dibeberapa sumber sama ada swasta maupun kerajaan. Ia tidak termasuk dana untuk persatuan penduduk dan pertubuhan khairat kematian. RM10k itu adalah dana yang diperolehi oleh surau Infitah Al-Khairiah. Bukan hendak berbangga, tetapi jika ada sesiapa terbaca artikal ini terutama barisan S/U bagi NGO-NGO lain, mungkin ini boleh dijadikan sebagai penguat semangat untuk anda membantu NGO-NGO anda dengan mendapatkan dana daripada sumber-sumber yang berada di persekitaran anda.

Untuk tahun 2015 ini sehingga bulan april, alhamdulillah; saya telah berjaya mendapatkan sejumlah dana kira-kira RM6k. Dana tersebut adalah untuk tujuan aktiviti NGO-NGO yang saya menjadi sama ada S/Unya atau pengerusinya. Harap tahun ini jumlah dana yang dapat saya kumpul melebihi RM10k atau setidak-tidaknya menyamai jumlah tersebut. Saya telah punya perancangan aktiviti yang banyak untuk tahun 2015 ini kerana saya berhasrat untuk berehat panjang dari aktif dengan mana-mana NGO pada tahun 2016 nanti. Saya sedang melatih barisan pelapis untuk menganti tempat saya.

Ahad, 15 Februari 2015

MASIH BELUM TERLEPAS DARI TANGGUNGJAWAB

NAMPAKNYA SAYA masih belum dibenarkan oleh para jemaah untuk meletak jawatan sebagai pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah. Alasan sibuk dan komitmen terhadap kerja bukanlah satu cara yang terbaik buat saya menolak tanggungjawab mengetuai pentadbiran surau untuk setahun lagi. Walhal dalam ucapan aluan telah saya berikan gambaran hasrat saya untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada muka baru yang mungkin mempunyai visi dan misi lebih bagus. 

Saya sendiri secara peribadi gagal menarik kehadiran ramai jemaah ke surau pada setiap waktu kecuali pada hari-hari kebesaran umat Islam. Tapi takanlah saya perlu membuat program sepanjang minggu demi memastikan jemaah terus hadir!. Selain ia memerlukan kos tambahan, ia juga pastinya memerlukan komitmen lebih tinggi dari saya. Sedangkan saya bukan pesara kerajaan yang boleh duduk rumah goyang kaki dan makan pencen saja sambil terus mentadbir surau secara terus.

...bersambung..ada keje sikit ni :) 

Ahad, 4 Januari 2015

SERANGAN SUBUH KUALA LUMPUR KE ATAS KOTA LONDAN (1981)

Kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain.

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Sabtu, 25 Oktober 2014

LIBERALISME PERHUBUNGAN SOSIAL

Dengan segala kemudahan teknologi kini, perhubungan sosial juga menerima ledakan yang sekaligus menyediakan peluang interaksi lebih luas dan tidak bersifat dominan. Kalau kurang selesa dengan facebook, boleh guna blog. Boleh juga guna whatsapp. Atau wechat...instagram...yahoo massenger...telegram...skype...dan banyak lagi yang aku sendiri kurang arif.

Aku bertemu seseorang semalam (jika kalian membacanya pada tarikh hari ini (28/10/14) kalau tak mungkin ia telah jadi beberapa malam yang lepas). Aku katakan kepada seseorang lewat pertemuan yang mungkin boleh diistilahkan tersengaja, terancang, terplan! Kataku "kalau kita menuju kepada Allah dengan jalan tauhid, maka dia (syaitan) akan menunggumu di jalan tauhid juga!". Faham? Mudah je, kalau kita ke surau untuk bersolat. Syaitan pun akan ke surau untuk menganggu solat kita. Setuju tak?.

Berbalik kepada liberalisme, yang terkesan olehku sekarang ialah cubaan pihak kafirun untuk menganggu gugat akidah Muslimin. Kali ini serangan mereka bukan kepada golongan awam tetapi terus kepada ahli-ahli agama. Para mujahid, fuqaha, imam-imam dan segala bijak pandai agama. Malah pada suatu peringkat, mereka guna orang Islam untuk merosakan orang Islam sendiri. Dan lebih parah lagi orang Islam yang digunakan mereka juga bukan sebarang orang. Ada yang tahap imam-imam besar, mujahid dan fuqaha.

Menurut wikipedia, liberalisma ini adalah :
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.

Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat, yang didirikan di bawah prinsip "setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa untuk melindungi hak-hak ini, kerajaan dibuat oleh manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil dengan izin mereka yang diperintah'


Sabtu, 15 September 2012

SAMSUNG GALAXY TAB 7 PLUS (GT-P3100)


Setelah berkali-kali menahan diri dari membeli gadjet canggih yang lebih popular disebut kebanyakan orang sebagai tablet, akhirnya aku laburkan lebih kurang RM1400 untuk membeli tablet jenis Samsung Galaxy Tab 7 Plus. Bukan semata-mata atas desakan rakan-rakan  atau pengaruh dari iklan di TV tetapi dalam era bizness sekarang, tablet ini memang satu keperluan utama.

Nak dijadikan cerita (ini versi cerita benar yang tidak ada tokok tambahnya), seorang pustakawan menghantar pesanan pembelian melalui email. Dia memaklumkan email telah dihantar dengan menghubungiku melalui telefon bimbit. Ketika membuka email pesanan tersebut menggunakan laptop, di barisan akhir email itu tertulis : sent by samsung galaxy tab! Canggih ! bisik hatiku. Aku nampaknya tertinggal teknologi tablet ini.

Maka dari detik itu, aku menyelusuri internet mencari pelbagai jenis dan versi tablet. Dari pelbagai jenama terdiri dari Sony Tablet, Acer, Huwei, HTC, Asus, Toshiba Reqza, Ipad termasuk Samsung. Aku turut membuat rujukan tablet mana yang lebih bagus dan berbaloi dengan harga yang aku mampu. Aku lebih mengutamakan harga dan prestasi sesebuah tablet dari rupa bentuknya. 

Setelah membuat pelbagai rujukan terutama dalam forum-forum, akhirnya aku memilih Samsung Tablet 7 Plus. Tak dinafikan iklan berkenaan Samsung Galaxy Tab 7 Plus yang bersiaran saban hari di TV turut mempengaruhiku sedikit sebanyak. Samsung Galaxy Tab 7 Plus ini pun mempunyai pelbagai jenis dan berharga antara RM1229.00 sehingga RM1399.00, bergantung kepada spesifikasi. Aku tak pasti tapi pada jenis yang lama terdapat versi yang tidak mempunyai fungsi 3G dan tidak boleh membuat panggilan. Ia hanya ada kemudahan WiFi sahaja. Untuk itu panggilan telefon boleh dibuat dengan software internet call seperti viber, fb, whatsApp dan skype. Bagaimanapun perlu ada akses ke internet.

Samsung Galaxy Tab 7 Plus yang aku beli mempunyai spesifikasi berikut :
Model : GT-P3100
Pemproses : 1.0GHz Dua-Teras
RAM : 1GB
Memori Dalaman : 16GB
Memori Luar : 8GB
GPU : PowerVR SGX540
Sensor : Accelerometer, gyro, proximity dan kompas
Berat : 345gram
Skrin : LCD, 16 juta warna. 7 inci, 600 X 1024 piksel
Operasi Sistem : Android - ICS 4.0.4
Bateri : Li-on 4000mAh
Teknologi Sambungan : 3G, 2G, HSDPA 21Mbps: HSUPA 5.76 Mbps, WiFi 802.11 a/b/g/n, WiFi Direct Dial-Band, EDGE, GPRS, Hotspot, GPS, Bluetooth, USB Port.
Kamera : 3.2 MP depan dan 2.0MP belakang.
Rakaman Video : 720p

Bagiku yang masih tahap amatur ni, spec ini kira ok la kan. 

Khamis, 26 Julai 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

ANTARA bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam ialah bulan puasa atau bulan ramadhan. Dalam konteks biasanya, puasa beerti menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Dalam skop yang lebih luas, ia juga membawa maksud menahan hawa nafsu dari melakukan perkara-perkara yang membawa pembaziran. Ini mencakupi pembazirkan dari segi membeli keperluan berbuka, pembaziran membeli keperluan raya seperti pakaian dan kuih muih, perhiasan rumah seperti langsir, kerusi dan meja. Melakukan semua itu secara berlebihan. Sedangkan 'nawaitu' berpuasa itu antaranya untuk seseorang berjimat cermat. Maknanya dalam kontek yang lebih luas ialah mendisplinkan rohani dan jasmani.  

Saya dapati jika kita melihat puasa ini melalui citarasa rakyat Islam kebanyakan di Malaysia ini, ia seperti bulan perlumbaan. Masing-masing sibuk membuat persiapan untuk menghias diri dan menghias rumah. Bukan menghias ibadah dan menambah pahala!. Tidak hairanlah jika jemaah yang bertarawih di surau-surau dan masjid pun bilangannya semakin kurang dari sehari ke sehari. Ini bagi surau-surau dan masjid yang turut menyediakan 'moreh', sekurang-kurangnya mereka datang untuk makan! Bagaimana nasib surau dan masjid yang tidak menyediakan moreh? Agaknya dipertengahan puasa nanti yang bertarawih cuma pak imam dan bilal sahaja.

Senario ini turut menimpa surau di tempat saya yakni Surau Infitah Al-Khairiah. Biarpun barisan AJKnya menyediakan moreh selepas solat sunat tarawih, namum sambutan dari kalangan jemaah setempat agak kurang dari sehari ke sehari. Ketika artikel ini ditulis, yang meramaikan surau Infitah sekarang ialah budak-budak.

Apapun ramadhan kali ini, surau Infitah Al-Khairiah telah mengalami sedikit tambahan bangunan. Tempat menjamu selera telah diperbesarkan dan tempat membasuh pinggan mangkuk telah disediakan khas. Melalui peruntukan yang diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri, ubahsuai tersebut dapat dibuat sebelum ketibaan ramadhan. Syukur. Saya sendiri paling gembira kerana sehingga bulan ini (Julai), lebih kurang 5 kertas kerja yang saya hantar memohon peruntukan untuk pelbagai aktiviti, semuanya telah diluluskan.
**************************
Ini merupakan ramadhan kali kedua keluarga saya tidak dapat berbuka dan bersahur bersama seluruh ahli keluarga kerana anak yang sulung, Putrie dan anak yang ketiga, Ashraf; tidak dapat bersama kami sekeluarga. Putrie sedang belajar dalam tahun 2 di Politeknik Seberang Prai manakala adiknya si Ashraf sedang belajar dalam tingkatan 2 di MRSM Kuala Kelawang. Saya tidaklah begitu risaukan Ashraf kerana dia duduk di asrama. Sekurang-kurangnya waktu sahur dan berbuka disediakan oleh pihak MRSM. Berbading kakaknya yang kini menyewa di luar kampus. Segala bagai kena siapkan sendiri. Semoga mereka berdua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sabar dan mendapat berkah Ilahi. Tak sabar menunggukan kepulangan mereka di aidilfitri nanti.


Isnin, 2 Julai 2012

BLOK AKU YANG TER-BLOK...

BUKAN aku meninggalkan dunia blog fatamorgana ini yang sekian lama aku jadikan  medan untuk aku menulis! Malah aku masih aktif menulis untuk beberapa blog tetapi untuk menulis di blog sendiri, memang benar-benar mindaku ter-blok sama sekali. 

Kalau ikutkan memang hari-hari aku menulis, mengedit dan membaca beberapa blog terutama blog persatuan penjaja PPPKMNS. Kerana kerap menulis menggunakan bahasa-bahasa biasa yang tidak berbunga-bunga dan dalam undang-undang sastera yang lemah, maka penulisanku di blog-blog selain blog fatamorgana adalah lebih kepada bahasa Malaysia mudah.

Seorang kawan yang aktif menulis blog memberikan aku tips -  displinkan diri untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari untuk memastikan blog kita aktif. Masalahnya artikel apa? Katanya lagi jika aku menghadkan genre penulisan dalam blogku, maka mungkin menghasilkan artikel agak terbatas tetapi jika genre blog aku bersifat bebas, maka itu terlebih mudah. Rasanya untuk tahun ini dan seterusnya, aku akan menjadikan blog aku ber'genre' bebas. Ini termasuklah dari segi susunan bahasanya. Mungkin selepas ini blog ini tidak akan memblok mindaku lagi!..cowwww.

Selasa, 12 Jun 2012

JEMPUTAN KE PERJUMPAAN PERSATUAN PENULIS DAN JURU FOTO NEGERI SEMBILAN BERSAMA YB MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)

JEMPUTAN KE PERJUMPAAN PERSATUAN PENULIS DAN JURU FOTO NEGERI SEMBILAN BERSAMA YB MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)

TARIKH : 12 Jun, 2012 (Selasa)
MASA : 3:00 Petang
TEMPAT : Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong.

My Image

My Image

Jumaat, 6 April 2012

Definisi

Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :­

usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.
Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan Harta Intelek

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :­

karya sastera ;
karya muzik ;
karya seni ;
filem ;
rakaman bunyi ;
siaran; dan
karya terbitan
Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.

Karya Sastera

Karya sastera terdiri daripada:-

novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin;
treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
surat, laporan dan memorandum;
syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;
jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan
program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.
Karya Muzik

Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.

Karya Seni

Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa- apa karya tiga dimensinya;
Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi berhubung dengan geografi, topografi, senireka atau sains;
Karya seniukir;
Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan;
Fotograf yang tidak terkandung dalam filem;
Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad dan barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.
Filem

Apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lutcahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan:

ditunjukkan sebagai gambar bergerak atau
dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lutcahaya atau tidak supaya dengan menggunakan bahan itu ianya boleh ditunjukkan sedemikian, dan termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.
(Dari tafsiran ini bunyi latar sesuatu filem adalah dianggap sebahagian dari filem. Begitu juga fotograf yang diambil dari filem adalah dianggap sebahagian dari filem itu sendiri. Rakaman bunyi latar filem tanpa kebenaran pemunya hakcipta adalah dianggap pelanggaran hakcipta di dalam filem tersebut.)

Rakaman Bunyi

Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.

Siaran

Pemancaran bunyi atau gambaran atau kedua-duanya melalui wayarless atau wayar untuk penerimaan orang awam.

Karya-karya lain yang mendapat hakcipta

Selain daripada karya-karya yang telah ditetapkan dibawah seksyen 7(1) Akta Hakcipta 1987 terdapat karya-karya lain yang juga diberikan perlindungan hakcipta. Karya-karya tersebut adalah seperti karya-karya berikut:

(a) Karya Terbitan

- "karya-karya terbitan" berikut adalah dilindungi seperti mana karya asal;

i) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya-karya yang layak bagi hakcipta; dan
ii) koleksi karya-karya yang layak bagi hakcipta yang oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya, menjadikannya suatu hasil ciptaan intelek.

b) Harta Intelek dalam Edisi Karya Diterbitkan

- Harta Intelek dalam edisi karya yang diterbitkan adalah hakcipta yang diberikan kepada penerbit-penerbit buku dan penerbit-penerbit lain. Setiap edisi diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik sama ada dalam hal:
i) Penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau
ii) Penerbit edisi itu adalah orang berkelayakkan pada penerbitan pertama itu.

Kelayakan bagi perlindungan

Faktor penghubung untuk mendapatkan perlindungan Harta Intelek diberi ialah:

Pencipta adalah "orang yang berkelayakan"; dan
Tempat di mana penerbitan pertama dilakukan iaitu samada di Malaysia ataupun di mana-mana negara yang menjadi ahli kepada Konvensyen Berne.
Jangkamasa Perlindungan Harta Intelek

(a) Karya sastera, muzik dan seni

- Bagi karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) maka hakcipta wujud semasa hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

(b) Karya yang diterbitkan selepas kematian pencipta

- Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) tidak pernah diterbitkan sebelum kematian penciptanya, maka hakcipta akan wujud hingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

(c) Karya yang diterbitkan tanpa nama atau dengan nama samaran

- Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) diterbitkan tanpa nama atau dengan menggunakan nama samaran, maka hakcipta akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun karya itu mula-mula diterbitkan. Melainkan jika identiti pencipta diketahui kemudiannya, maka di sini jangkamasa hakcipta akan dikira sebagai sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

(d) Karya ciptaan bersama

- Dalam keadaan di mana dua orang atau lebih membuat satu karya yang boleh dikira sebagai karya ciptaan bersama, maka jangkamasa hakcipta adakah masih sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya. Tetapi ia akan dikira berdasar kan kepada hayat salah seorang pencipta bersama itu yang terakhir sekali meninggal dunia diantara mereka.

(e) Edisi diterbitkan

- Hakcipta mengenai sesuatu edisi diterbitkan akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang edisi itu mula-mula diterbitkan.

(f) Rakaman bunyi

- Hakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang rakaman itu mula-mula diterbitkan.

(g) Siaran

- Hakcipta mengenai sesuatu siaran akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang siaran itu mula-mula dibuat.

(i) Filem

- Hakcipta mengenai sesuatu filem akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang filem itu mula-mula diterbitkan.

(j) Karya kerajaan dan badan antarabangsa

- Hakcipta mengenai karya-karya kerajaan, pertubuhan kerajaan, dan badan antarabangsa akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

Hak-hak Eksklusif Pemunya Hakcipta

Hakcipta yang diberikan ke atas karya sastera, muzik, seni, filem dan rakaman bunyi memberikan kepada pemunya hakcipta itu beberapa hak eksklusif. Hak-hak eksklusif ini bolehlah dibahagikan kepada perkara-perkara berikut:

Hak untuk membuat pengeluaran semula karya tersebut dalam apa-apa bentuk bahan;
Hak untuk menerbitkan karya tersebut;
Hak untuk membuat pertunjukan karya tersebut kepada awam;
Hak untuk membuat siaran karya itu;
Hak untuk membuat apa-apa penyesuaian atas karya itu; atau
Hak untuk memasukkan karya ke dalam perhubungan melalui kabel.
Pengecualian kepada Hak Esklusif

(a) Perlakuan yang wajar bagi penyelidikan ,kritikan, ulasan dan lain-lain hal.

- bagi maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan atau pelaporan peristiwa-peristiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, ia hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu yang berkaitan dengan perlakuan apa-apa perbuatan bagi maksud-maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian dan pelaporan ulasan peristiwa-peristiwa semasa dengan cara sesuatu rakaman bunyi, filem atau siaran.

Pengecualian-pengecualian lain adalah seperti berikut:-

(b) melakukan mana-mana perbuatan di dalam seksyen 13 (1) secara parodi, pastice atau karikatur;

(c) kemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(d) pengeluaran semula dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(e) kemasukan secara sampingan sesuatu karya di dalam sesuatu karya seni, rakaman bunyi, filem atau siaran. Perlu diingat bahawa kemasukan secara sampingan karya itu tidak terpakai bagi kemasukan secara sampingan sesuatu karya itu ke dalam sesuatu karya sastera; atau

(f) memasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam, koleksi karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem, jika kemasukan sedemikian dibuat secara illustrasi bagi maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dengan syarat bahawa sumbernya dan nama penciptanya yang terdapat pada karya yang digunakan itu hendaklah disebut.

Pelanggaran Harta Intelek

Pelanggaran terhadap hakcipta berlaku apabila seseorang, tanpa persetujuan atau lesen tuan punya hakcipta itu, mengimport sesuatu artikel ke dalam Malaysia bagi maksud:

(a) Menjual, menyewakan atau dengan cara dagangan, menawarkan atau mendedahkan artikel itu untuk jualan atau sewaan;
(b) Mengedar artikel itu;

bagi maksud dagangan; atau
bagi apa-apa maksud lain ke takat yang akan memudaratkan tuan punya hakcipta itu; atau
(c) Dengan cara dagangan, mempamer artikel itu kepada awam.

Keempunyaan Pertama Harta Intelek

Karya sastera,muzik dan seni.

- Jikalau sesuatu karya dibuat di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan atau dalam masa bekerja pencipta karya itu maka hakcipta adalah disifatkan sebagai berpindahmilik kepada majikan pencipta itu. Tetapi ini adalah tertakluk kepada apa-apa perjanjian di antara kedua-dua pihak tersebut yang menolak atau menghadkan pindahmilik itu.

Karya-karya yang dibuat di bawah kontrak perkhidmatan

- Jikalau seseorang itu dikatakan bekerja di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan maka dia adalah dianggap sebagai pekerja kepada majikannya. Jadi apa saja hakcipta yang didapatinya bagi mana-mana karya ciptaannya akan dipindah milik kepada majikannya.

Karya yang ditempah

- Jika sesuatu karya adalah ditempah oleh seseorang maka hakcipta karya itu hendaklah disifatkan sebagai dipindahmilik kepada orang yang telah menempah karya itu.

Pindahmilik Harta Intelek

Hakcipta adalah dianggap sebagai harta alih yang boleh dipindahmilik melalui penyerahhakkan, pemberian wasiat atau dengan kuasa undang-undang.

Penguatkuasaan Harta Intelek

Pemunya hakcipta mempunyai dua cara untuk penguatkuasaan hakciptanya. Ia boleh mendapatkan remedi-remedi sivil di mahkamah ataupun dengan membuat laporan polis bagi membuat tindakan jenayah. Jikalau ia membuat tindakan sivil maka pemunya hakcipta harus menanggung semua perbelanjaan membawa kes itu mahkamah.

Remedi-remedi Sivil

Jikalau berlaku pelanggaran hakcipta, pemunya hakcipta mempunyai beberapa remedi sivil yang tersedia untuknya. Ini termasuklah gantirugi, injunksi dan akaun keuntungan.

a) Injunksi

- Terdapat 3 jenis injunksi yang boleh dipohon oleh pemunya hakcipta. Ini terdiri daripada yang berikut:

injunksi interlokutori
injunksi tetap.
Quia Timet.
b) Gantirugi bagi pelanggaran hakcipta

- Pihak plaintif juga boleh membuat permohonan mendapatkan pampasan dalam bentuk pembayaran gantirugi kepadanya dari pihak defendan.

c) Gantirugi tambahan

- Gantirugi tambahan juga boleh diberikan oleh mahkamah. Apabila relif yang berkesan tidak boleh diadakan untuk plaintif dengan apa-apa jalan lain, maka mahkamah dalam mentaksirkan gantirugi untuk pelanggaran itu, adalah berkuatkuasa untuk mengawad apa-apa gantirugi tambahan sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah dalam keadaan tersebut.

d) Akaun keuntungan

- Akaun keuntungan juga boleh dipohon oleh pihak plaintif dari pihak defendan. Di dalam mentaksirkan akaun keuntungan ini pihak mahkamah akan mengambil kira keuntungan yang mungkin diperolehi oleh pihak plaintif atas karyanya jika tidak berlaku pelanggaran hakcipta ini oleh pihak defendan.

e) Hantar serah

- Pihak plaintif juga memohon bagi hantar serah karya langgaran tersebut kepadanya untuk dimusnahkan. Tujuan nya di sini adalah supaya pihak defendan tidak akan cuba melupuskan barang-barang langgaran tersebut kepada orang lain. Akta Hakcipta 1987 juga membuat peruntukan bagi beberapa kesalahan-kesalahan jenayah bagi perlanggaran hakcipta di Malaysia.

Kesalahan-kesalahan

(a) Membuat untuk jualan atau sewa apa-apa salinan langgaran;

(b) Menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau disewakan apa-apa salinan langgaran;

(c) Mengedar salinan-salinan langgaran;

(d) Memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan domestik, apa-apa salinan langgaran;

(e) Dengan cara dagangan mempamirkan pada awam apa-apa salinan langgaran;

(f) Mengimport ke dalam Malaysia, selain daripada kegunaan persendirian dan domestiknya, sesuatu salinan langgaran; atau

(g) Membuat atau ada dalam miliknya apa-apa perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran.

 Kesalahan memintasi Teknologi

(h) memintas atau menyebabkan dipintas apa-apa langkah teknologi yang berkesan;

(i) membuang atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran; atau

(j) mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau penyampaian kepada orang awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya yang berkenaan dengannya maklumat pengurusan hak elektronik telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran.

Penalti-penalti yang diperuntukan

Seseorang yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman-hukuman berikut:-

Dalam hal kesalahan (a) hingga (f), denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, denda tidak kurang dari RM4,000 dan tidak melebihi RM40,000 bagi setiap salinan langgaran untuk kesalahan kedua dan seterusnya. Hukuman penjara juga boleh dikenakan tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya iaitu denda dan hukuman penjara.

Dalam hal kesalahan (h) hingga (j), denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Harta Intelek  dan hak moral

Prinsip ini menerangkan berkenaan hakcipta sebagai satu hak ke atas harta dan juga hakcipta sebagai satu hak moral perseorangan (droit moral) ke atas karyanya.

Jenis-jenis Hak Moral

(a) Hak "paternity".
- Hak ini adalah merupakan hak untuk menuntut penciptaan sesuatu karya.

(b) Hak "integrity".
- Ini adalah hak untuk mencegah perubahan atau apa-apa perbuatan yang mencacatkan sesuatu karya itu.

Di Malaysia, hak-hak moral seseorang pencipta itu adalah diberi perlindungan di bawah seksyen 25 Akta Hakcipta 1987.

Hak statutori

Hak moral yang diberikan di bawah peruntukan Akta Hakcipta adalah dikira sebagai hak statutori pencipta terhadap karyanya. Jadi apa-apa pelanggaran hakcipta adalah dikira sebagai pelanggaran terhadap kewajipan statutori.

Definasi ‘Pelaku”

“pelaku ertinya orang yang membuat persembahan secara langsung.

Persembahan Secara Langsung

a) Termasuklah:-

  persembahan karya drama, atau sebahagian daripada karya tersebut itu, termasuk sesuatu persembahan sedemikian yang dibuat dengan menggunakan boneka, atau persembahan karya drama yang dibuat secara spontan;
  persembahan karya muzik atau sebahagiandaripada karya itu, atau persembahan karya muzik yang dibuat secara spontan;
  pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera, atau sebahagian daripada karya itu, atau pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera yang dibuat secara spontan;
  persembahan tarian;
  persembahan lakonan sarkas atau lakonan anekaragam atau apa-apa tontonan atau pertunjukan seumpamanya; atau
  persembahan berhubungan dengan pengungkapan cerita rakyat,
yang disampaikan secara langsung oleh seorang atau lebih di Malaysia, sama ada di hadapan penonton atau selainnya; tetapi

b) tidak termasuk:-

  apa-apa pembacaan, pengucapan atau penyampaian apa-apa bahan berita atau maklumat;
  apa-apa persembahan secara langsung sesuatu aktiviti sukan; atau
  penyertaan dalam sesuatu persembahan secara langsung oleh penonton.
Kelayakan bagi perlindungan pelaku

Hak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan secara langsung yang pelakunya itu ialah:

a) warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
b) bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tetapi persembahannya-

  di adakan di Malaysia
  telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi di bawah Akta ini; atau
  belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk dalam suatu siaran yang layak untuk dilindungi di bawah Akta ini
Jangkamasa Hak Pelaku

Perlindungan diberikan selama 50 tahun dari tarikh persembahan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Mohon/Memperbaharui Lesen Kementerian Kewangan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Senarai Dokumen-Dokumen Sokongan yang perlu disediakan untuk Permohonan Baru Perniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian/Enterprise (R.O.B)

(Sole Proprietor / Enterprise / Partnership)

1- Salinan Kad pengenalan Pemilik

2- Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat yang terkini

3- Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
   a) Borang D
   b) Borang Maklumat perniagaan
   c) Borang maklumat pemilik

4- Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank

5- Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem

6- Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat



Syarikat Sdn Bhd (R.O.C)


1-Salinan Kad Pengenalan semua ahli lembaga pengarah syarikat

2- Salinan Borang 24 dan 49 yang di sahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat (SSM)

3- Borang pindah milik saham (borang 32A) yang dimatikan setem dan di sahkan oleh setiausaha syarikat atau SSM (jika berkenaan)

4- Memorandum And Articles Of Association (MAA) atau Borang 13

5- Salinan Borang 44

6- Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun

7- Resolusi Lembaga Pengarah  mengenai kuasa menandatangani cek oleh pihak bank

8- Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat terkini

9- Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank

10 -Penyata pembayaran KWSP (EPF) terkini & Resit Pembayaran KWSP

11- Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem

12- Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat




R.O.S  Persatuan/ Koperasi / Pertubuhan


1- Salinan kad pengenalan semua ahli lembaga pengarah

2- Borang pendaftaran Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

3- Undang-undang kecil Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

4- Minit Mesyuarat Agong terbaru koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

5- Salinan Penyata akaun bank terkini

6- Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun yang di sahkan oleh pihak bank

7- Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank

8- Salinan Lesen-lesen yang berkaitan.

9-Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem

10-Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.