Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Memaparkan catatan dengan label TaUhiD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TaUhiD. Papar semua catatan

Khamis, 7 Julai 2016

BERDALIL MELALUI PENA

Catatan 1
bila melangkah, semestinya kita makin ke hadapan. Janganlah diubah fitrah ini. Moga apa yg ada dihadapan lebih baik drpd apa yg kita tinggalkan di belakang. Jika ada didalam fikiran kita akan kebaikanNya di hadapan, nescaya kita tidak akan takut untuk menjadi tua!

Catatan 2
Seluruh muslimin dan muslimat akan meninggalkan ramadhan al mubarak lewat beberapa hari lagi.
Moga cukup bekal yg kita titip sepanjang bulan dimana segala amal menjadi berganda balasannya.
Ini adalah bulan yang punya seribu kebaikan dan keberkatan. Bulan yang menjadikan seseorang rendah diri dan tinggi pekerti.
Bulan yg merubah seorang yg kedekut menjadi pemurah, pemarah kepada penyabar.
Bulan yg membuatkan seorang isteri lebih rajin ke dapur dan membuatkan suami lebih rajin ke surau serta membuatkan anak2 lebih banyak permintaan terhadap menu makanan.
Malah telah signifikan ramadhan diterjemah pada terma dan versi yang baik2 belaka. Inilah juga metafora yg tak ternafikan oleh seorang penulis utk mencatatkan sesuatu yg berlawanan.

Justeru sy mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zohir dan bahtin, atas segala kekhilafan yg terjadi. Setinggi-tinggi hak sy hanyalah sekadar memohon kemaafan dan hak anda semualah samada utk menerima atau menolaknya. Sy tidak akan minta lebih daripada yg sepatutnya sy perlu dapat.
Buat isteri dan anak-anak,
atas namanya tauhid; sy tidak meletakan penanda masa utk siapa terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kerana keampunan itu memang milik kamu selamanya selagi kamu masih melihat puasa itu berjalan didalam dan diluar ramadhan.

SALAM AIDILFITRI...

Lebaran datang ramadhan berlalu
syahdu takbir diseluruh masjid
tunaikanlah puasa wahai sahabatku
kerana itulah permulaan tauhid

puasa sebulan menurut syarak
moga dapat terisi rohani
agar dapat ditahan kehendak
kelak nafsu dapat diawasi

menahan diri lapar dahaga
dari pagi sampai ke petang
mohon ampun dan maaf kepadaNya
agar rahmatNya dijalan pulang

setelah puasa tunaikan zakat
ada hikmah jauh tersirat
inilah bekal dihari akhirat
ketika itulah semua tersurat

Ahad, 18 Januari 2015

ANTARA KASBI DAN KASFI


ilmu dibahagi kepada dua
ilmu kasbi dan ilmu kasfi

ilmu kasbi adalah ilmu para ulama
ilmu kasfi  adalah ilmu para kaum sufi

ilmu kasbi diperolehi dengan kekuatan akal
ilmu kasfi diperolehi dengan kebersihan qalbu

ilmu kasbi perlu talaqqi dengan ulama yang benar
ilmu kasfi perlu bertali dengan mursyid yang benar

ilmu kasbi berpindah akal kepada akal
ilmu kasfi berpindah  jiwa pada jiwa
ilmu kasbi adalah mengetahui
ilmu kasfi merasai dan memandang

ilmu kasbi martabat yaqin
ilmu kasfi martabat ainul dan haqqul yaqin
ilmu  kasbi perlukan kekuatan hafalan
ilmu kasfi perlukan kekuatan mujahadah

ilmu kasbi perlukan melihat, mendengar dan bertanya
ilmu kasfi perlukan menutup mata, memekak telinga dan diam
ilmu kasbi melihat manusia lain
ilmu kasfi melihat dalam diri sendiri

ilmu kasbi menimbulkan kesyirikan keakuan diri
ilmu kasfi menimbulkan tauhid yang menghancurkan diri
ilmu kasbi boleh dipelajari oleh sesiapa hatta bukan muslim
ilmu kasfi pancaran Allah hanya pada jiwa mukmin yang suci

ilmu kasbi adalah perjalanan
ilmu kasfi adalah perhentian
ilmu kasbi adalah syariat
ilmu kasfi adalah hakikat

jangan hanya memandang ilmu hanya pada luaran
sijil, kitab dan tempat pengajian
tanpa melihat disana ada ilmu
tanpa sijil, tanpa kitab, tanpa tempat
dia dimiliki para jiwa yang jernih
kealimannya dari lautan laduni
akan terus terpancar ke dalam qalbi
mereka adalah para alim Rabbani

ilmu syariat, pondok, universiti yang diangkat
ilmu tasawwuf sudah menjadi ilmu pengajian
maka berbanggalah dengan khatamnya kitab
sedangkan nafsunya tetap ammarah suruhan iblis

maka ku mahu angkat kembali
ilmu kaum sufi yang diperolehi dengan jalan ibadah dan mujahadah
bertali terus dengan Rasulullah
dari sanad murabbi yang benar
pelajari ilmu syariat demi cintakan pengetahuan
namun hati-hatilah
hati yang hitam jangan terus dihitamkan
dengan dakwat yang hitam…

Rabu, 14 Januari 2015

Kongsi Rasa

Ada sebab kenapa para wali allah itu kurang bicaranya kerana mereka takut tak mampu buat apa yg mereka katakan sama ada berupa nasihat, ilmu atau amalan.

Assalamualaikum ya ahlil kubur!
Mencari satu kaedah kpd satu kaedah trkadang melupakan kita, ia juga merupakan salah satu kaedah. Demikian juga mencari sesuatu yg memangnya tiada....akan mengadakanNya juga. Sebutlah apa juga istilah, nescaya keberadaanNya di sana sesuai dgn pemahaman kamu. Kita brlegar di sekitar kertas yg barangkali warnanya putih atau hitam. Kita rasakan kita menulis dgn pena sedangkan kitalah penaNya.

Rabu, 7 Januari 2015

MAKNA IBLIS MENURUT PANDANGAN HAKIKAT DAN MAKRIFAT

Makna Iblis dari Pandangan Hakikat Dan Makrifat - Nukilan Tn. Hassan Ahmad.

1.Jika Allah kita tidak kenal, jikalaulah IBLIS menyamar maka akan tunduk dan patuhlah mereka itu pada IBLIS kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula IBLIS tahu kelemahan anak cucu Adam takut pada Rukun dan Hukum Syariat.

2.Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun solat lima waktu, banyakkan zikir dan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusia yang alim itu siapakah yang disembahnya………….?

3.Firman Allah surah Al Jin Ayat 06 “Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan”.

4.Inilah diri manusia yang menipu dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikut Rukun & Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulai Alif hingga Ya (muqaddam) dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF–LAM-MIM.

5.Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya dengan HAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan (Alif–Lam–Lam–Ha) tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah.

6.ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknati Allah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM.Dan lantaran ENGKAU (Allah) telah menyesatkan diri saya,pasti saya akan halangi mereka (manusia) ke JALAN YANG LURUS.

7.Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT,SIFAT,ASMA’ & AFAL ALLAH,RASUL dan ULIL AMRI secara mendalam, ayat (AMARAN IBLIS) diatas adalah satu ANCAMAN kepada mereka dan lain lain manusia sejagat.

8.Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yang SUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DITIPUNYA hingga dimurkai Allah dan dihantar kedunia ini.

9.Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENAL PUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusia hingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis.Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis?

10.Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orang yang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu kerana orang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..

Apa itu IBLIS (Alif–Ba–Lam–Ya–Shin).
Alif - Diri Bagi Zat
Ba - Sifat Bagi Zat
Lam - Asma’ Bagi Zat
Ya - Apaal Bagi Zat
Shin - Sirr Bagi Zat

11.Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma ALLAH.Dalam kata yang mudah ialah: IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.

12.Manusia cuma pandai mengatakan: Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan LENYAP HAQ ditutupi JASAD.

LENYAP HAQ–MENANG YANG BATIL=IBLIS.

13.Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melalui KIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ di dalam Jasad atau Tubuh manusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM.

14.Adapun YA–SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR (Rahsia) yang penuh dengan HIKMAH.

15.Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan Amal Ibadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH.

16.YA-SIN maksudnya ialah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT,SIFAT,ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’al Allah belaka.



Ahad, 4 Januari 2015

WASIAT TERAKHIR RASULULLAH : KUTBAH WIDA'

WASIAT ini telah disampaikan oleh Rasulullah SAW di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124 ribu para sahabat. Pesanan ini dianggap pesanan atau wasiat terakhir  sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah wida’ Baginda Rasulullah S.A.W untuk menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman. Hayatilah wasiat ini hingga terkesan jauh ke dalam hati kalian!!!

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Isnin, 29 Disember 2014

SYAIR SYURGA

Ini Syair Syurga, yang dikeluarkan / dari nas Qur’an dan hadis Nabi sal[lallahualaihi wasallam] / dan hadis qudsi bicara rahasia yang ghaib / ghafurullah liman qara’ahu min zanbihi. Mudah-mudahan diampuni Allah Ta’ala segala dosanya bagi yang membacanya / dan yang men[d]engarnya. Maka hendaklah iman serta ikhlas hatinya, / jangan dibuat main-main kerana syair ini rahasia yang halus. Amin!

1
Bismillah itu permulaan hakiki,
Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi,
RahmatNya limpah sore dan pagi,
Kepada hambaNya sudah terbahagi.

2
Kemudian diiringi salawat dan salam,
Atas rasulNya Sayyid al-Anam,
Ialah pesuruh khalik al-alam,
Kepada sekalian jin dan orang Islam.

3
Ahadiah martabat permulaan,
La ta‘aayun zatnya Tuhan,
Tiada terperi Nabi sekalian,
Akan mengenal zat demikian.

4 Taklif kita mengenalnya,
Melainkan wajib mengenal sifatnya,
Martabat wahdah itu namanya,
Ta‘ayyun awal pada bilangannya.

5
Martabat kedua Ta‘aayun Tsani,
Asma Tuhan ilah al-ghani,
Maujudlah di dalam dhin insani,
Nyatalah wujud zat Subhani.

6
Di dalam rahasia ngenalnya itu,
Nur Muhammad hakikatnya tentu,
Abu al-Arwah gelarnya itu,
Empat martabat adalah di situ.

7
Dijadikan Allah nyawa semuanya,
Daripada Nur jua asalnya,
Dengan anasir empat sertanya,
Asalnya kejadian Adam namanya.

8
Artinya tubuh sekalian manusia,
Dijadikan Allah Tuhan Yang Kaya,
Seperti firman Yang Maha Mulia,
“Fa’lam annahu Lailaha ilallah”.

9
Khalaqna al-insana fi ahsani taqwim,
Menjadikan manusia mukmin yang salim,
Memberi hamba hati yang rahim,
Masuk Syurga Jannatun Naim.

10
Alam Mithalah martabat kelima,
Anasir empat bersama2,
Air, angin, api, tanah.
Menjadilah jasad dengan sempurna.

11
Sudah bersusun dia di situ,
Alam Ajsam keenamnya itu,
Sudah takdir qodrat Yang Satu,
Barulah maujud jirim di situ.

12
Martabat ketujuh Alam Insan,
Kamil mukammil ia dinamakan,
Bezalah ia daripada hayawan,
Sebab sudah cukup pengetahuan.

13
Nur Muhammad asal sekalian,
Bumi dan langit, matahari, bulan,
Semua malaikat, jin, dan hewan,
Syurga neraka bumi langit sekalian.

14
Allah itu hurufnya empat,
Bersama bilangan Nabi Muhammad,
Igamanya kekal sampai akhirat,
Iman Islam tauhid makrifat.

15
Iman Islam sama keduanya,
Tauhid makrifat tiada bezanya,
Syariat tarikat hakikat sertanya,
Makrifat sekalian wajib semuanya.

16
Wajib semuanya atas manusia,
Akil baligh yang ada ia,
Seperti firmanNya Yang Maha Mulia,
“Fa‘lam anahu La Illaha Illallah”.

17
I‘lam ayyuhal mukmin,
Lihatlah kepada guru yang amin,
Kalimat “La Illaha Illallah” jadikan cermin,
Muda budiman wa al-muslimin.

18
I‘lam ayyuhal al-khalq,
Kepada gurumu tamam dan tilik,
Pandangmu jangan berbalik-balik,
Dapatlah engkau ilmu yang salik.

19
Ilmu hakikat terlalu elok,
Tetapi sukar didapat makhluk,
Lautnya luas teluk meneluk,
Kapal berlayar sangatlah belok.

20
Baik berlayar ke sana,
Carilah pawang yang bijaksana,
Kalau kesasar di Laut Cina,
Negeri kafir tidak berguna.

21
Hakikat makrifat buat kemudi,
Ibarat beras kadangan padi,
Dimana kehendak engkau menjadi,
Lagi tak sasar ke Negeri Yahudi.

22
Apabila engkau mendapat angin,
Berlayar sungguh jangan bermain,
Jadikan seperti baju dan kain,
Dapatlah perintah yang engkau ingin.

23
Apabila engkau hendak berjalan,
Kalimah “La Illaha Illallah” dibuat taulan,
Sama pun adah makan minuman,
Kalimah itu juga engkau menelan.

24
Tatkala engkau sedang berduduk,
Kalimah itu juga dibuat masbuk,
Laksana ikan di dalam lubuk,
Dalam kalimah itu juga dirimu mabuk.

25
Jikalau seterumu datang mengadang,
Kalimat “La Illaha Illallah” dibuat pedang,
Senantiasa engkau persandang,
Takutlah semuanya seteru memandang.

26
Jikalau datang iblis laknatullah,
Lawan berperang sabil Allah,
Pasang ‘meriam’ kalimah ‘La Illaha Illallah’,
Pelurunya betul tiada salah.

27
Kalimah nafyi pedang di kananmu,
Kalimah isbat perisai di kirimu,
“Laisa Kamitslihi Syai’un” itulah Tuhanmu,
Sampailah engkau orang berilmu.

28
Wahuwa ma‘akum dengarkan apa,
Ainama kuntum janganlah lupa,
Dimana kamu kita berjumpa,
Beserta aku tiada mengapa.

29
Panca indera seteru yang besar,
Ketika sakit datang menyasar,
Pukul kalimah “La Ilaha Illallah” jangan berkisar,
Hingga sampai Yaumil al-Mahsyar.

30
Datangnya itu sahaja berkasad,
Berjenis-jenis rupa dan jasad,
Mata memandang sangatlah dahsat,
Supaya iman menjadi sesat.

31
Menjadi sesat jangan dihiraukan,
Berpeganglah teguh kepada Qur’an,
Fa ainnama tuwallu dalilnya burhan,
Fa tsamma wajhullah sudah menyatakan.

32
Pikir Rabbani semata-mata,
Hendaklah tilik gerak anggota,
Makrifat wahdah terlalu nyata,
Tiadalah lagi berdua cinta.

33
Tiadalah lagi wudu’ dan waktu,
Syuhuda lekas batangnya satu,
Gerak diamnya sudahlah tentu,
Penglihat pendengar adalah di situ.

34
Zikir itu ibarat wayang,
Sekehendak dalang dia bergoyang,
Di dalam pengrasaan nyata terbayang,
Malam yang gelap seperti siang.

35
Karamlah engkau di alam sufi,
Baharulah di dunia seperti mimpi,
Tenggelam di laut tiada bertepi,
Allah itsbat dirimu nafyi.

36
Nafilah dirimu sandaran jasmani,
Bintang Jauhar kalbu nurani,
Bintang pintu laduni,
Alam kudus kalbu haqqani.

37
Alam kudus makam sentosa,
Di situ pertemuan senantiasa,
Iradat al-wujud tempat yang asa,
Kandillah hakikat tempat termasa.

38
Kandil hakikat syuhuda faali,
Tempat tarikat berikat tali,
Kepada makrifat af’al terjali,
Di situlah kita jalan kembali.

39
Di situlah makrifat antara kedua,
Nafi atsbat sudah dibawa,
Hampir terbuka di hatimu jua,
Nafyilah jenis kelima semua ada.

40
Pandang makrifat terlalu nyata,
Tiadalah berkehendak dian pelita,
Keraskan zikir sama rata,
Di situlah tempat kita bertahta.

41
Jangan ditilik pandang di luar,
Karena itu lagi aghyar,
Di dalam kalbu kandil anwar,
Air hurip lagi penawar.

42
Di dalam kalbu tempat menyelam,
Lautan luas luar dan dalam,
Berenanglah kita siang dan malam,
Tidak timbul tidak tenggelam

43
Tiada dipanjangkan laut hakikat,
Sekalian umur hendak diangkat,
Sucikan pakaianku dengan tempat,
Supaya tulus di dalam makrifat.

44
Makrifat kita hendak berbetulan,
Serta mursyid ta’riq ba Ahwan,
Fatihahkan syaikh di makam adwan,
Supaya hampir ‘sadanya kawan.

45
Janganlah lupa sekali-kali,
Kepada a‘yan tsabitah tempat kembali,
Syuhud al-manah nyata terjali,
Tahsis iradat Tuhan Azali.

46
Kembalilah kepada tempat bertahta,
Tiadalah lagi ghalat dan lata,
Jau[h] sekali patah dan buta,
Dengan kodrat Tuhannya kita.

47
Tuhan kita kuasa amat,
Tatkala lagi dalam maklumat,
Firman berkata Allah al-Samad,
Dunia akhirat harap selamat.

48
Zikir itu martabatnya tiga,
Zikir jali disebut juga,
Zahir di lidah tiada berhingga,
Itulah jadi pembeli syurga.

49
Zikir khafi itu keduanya,
Hasil di dalam hati menyebutnya,
Tiada mendengarkan telinga keduanya,
Menjadi puji kepada Tuhannya.

50
Ketiga martabat zikir sirri,
Semata-mata ingat di dalam diri,
Siang malam pagi dan sore,
Hingga hancur jangan bercerai.

51
Nahi jangan kamu hampiri,
Amarnya buat setiap hari,
Selagi ada akal berdiri,
Di alam barzakh nikmat diberi.

52
Nikmat diberi malam dan siang,
Dikeluarkan pula amal sembahyang,
Luas kuburnya mata memandang,
Mendapat nikmat tiadalah padan.

53
Keluarlah amalan sembahyang rukun tiga belas,
Di dalam kubur Allah membalas,
Menjadi pakaian kain antelas,
Itulah balas amal yang ikhlas.

54
Niat itu rukun pertama,
Membaiki tubuh selama-lama,
Cahaya seperti bulan purnama,
Di dalam kubur nikmat bersama.

55
Berdiri betul rukun kedua,
Menjadi makanan sekalian halwa,
Wa naha nafsu an al-hawa,
Fa inna al-jannat hia al-ma’wa.

56
Takbirat al-ihram rukun ketiga,
Beberapa malaikat duduk menjaga,
Membawa makanan minuman syurga,
Lezat nikmat tiada berhingga.

57
Baca Fatihah rukun keempat,
Di dalam kubur rahmat didapat,
Di atas titian segera melompat,
Inilah amal ahli makrifat.

58
Rukun kelima ruku‘ sembahyang,
Datanglah rahmat malam dan siang,
Ramai seperti menonton wayang,
Malam yang gelap serasah siang

59
Iktidal rukun keenam,
Di dalam kubur duduk bersenang,
Bidadari hadir bawa makanan,
Makanlah dia barang yang berkenan.

60
Ketujuh sujud rukunnya juga,
Bidadari membawa nikmat syurga,
Datangnya itu tiada berhingga,
Manakala termakan hilanglah dahaga.

61
Kedelapan duduk antara dua sujud,
Di dalam kubur tiada terkejut,
Semua dikehendaki adalah maujud,
Daripada Tuhan Ilah al-Ma‘bud.

62
Kesembilan duduk bertahiyat,
Di dalam kubur badannya seterehat,
Dibukakan pintu syurga tujuh pangkat,
Beribu2 jenis nikmat didapat.

63
Kesepuluh bertahiyat sudahlah nyata,
Inilah jadi dian pelita,
Terang benderang semata-mata,
Lepaslah daripada aib dan lata.

64
Kesebelas salawat sudahlah tentu,
Menjadi kota berdinding batu,
Lepaslah panas neraka di situ,
Di dalam syurga tempatnya tentu.

65
Kedua belas salam pertama,
Terbukalah pintu syurga utama,
Muka seperti bulan purnama,
Masuklah syurga bidadari bersama.

66
Ketiga belas tertib rukunnya itu,
Tujuh neraka ditutup pintu,
Sekalian tempat habis dibuntu,
Lepaslah azab siksa di situ.

67
Disebutkan syair dengan sungguhnya,
Hadis firman nyata semuanya,
Jikalau kurang yakin hatinya,
Boleh ditunjukkan di dalam babnya.

68
Babnya itu terlalu dekat,
Boleh dilihat dengan sangat,
Di belakang kami jangan diumpat,
Dunia akhirat biar selamat

69
Orang hasad hatinya lalai,
Kepada ilmu hakikat tidak perduli,
Semuanya itu pakaian wali,
Ridalah dia badan tersalai.

70
Itulah tanda akalnya kurang,
Ilmu yang benar boleh dilarang,
Allah menyuruh setiap orang,
Ilmu suci lagi pun terang.

71
Terang pikir di dalam hati,
Akan mengenal Rabb al-‘Izzati,
Makrifat inilah diamat-amati,
Ilmu inilah dibawa mati.


72
Dimisalkan ibarat sebiji kelapa,
Kulit dan isi tiada serupa,
Janganlah Tuan tersalah tempa,
Tetapi bendanya tiada berapa.

73
Syariat itu ibarat tubuh,
Tarikat: hati berteguh-teguh,
Hakikat: nyawa bersungguh-sungguh,
Makrifat: rahasia menjadi suluh.

74
Ilmu makrifat dibawa mati,
Senangkan olehmu khatir hati,
Ucaplah olehmu jangan berhenti,
Subhan Allah Rabb al-‘Izzati.

75
Baca olehmu empat puluh kali,
Malam Jumat demikian pergi,
Hingga sampai empat puluh hari,
Terbuka hijab mengenal diri.

76
Datangnya itu tiada bandingnya,
Suatu alamat daripada Tuhannya,
Sebagai majdzub pada rasanya,
Serahkanlah dirimu kepada Dianya.

77
Serahkan dirimu, jangan takut,
Berasah sesak nyawa dicabut,
Seperti koreng gatal digaut,
Karamlah jiwamu di alam lahut.

78
Teringatlah nyawa di dalam nikmat,
Dilihatkan syurga suatu tempat,
Dikarunia Tuhan beberapa rahmat,
Barang yang mati di dalam makrifat.

79
Barang yang ada makrifat sempurna,
Dengan hakikat tiadalah lena,
Dilepaskan Allah segala bencana,
Carilah ilmu jadi sempurna.

80
Ilmu empat wajib semuanya,
Syariat, tarikat, sama keduanya,
Hakikat, makrifat, satu hukumnya,
Jangan ditinggal salah satunya.

81
Apabila mati ahli syariat,
Jalannya sama dengan tarikat,
Nyawa kembali kepada wahdat,
Alam maklum kenyataan sifat.

82
Alam Jabarut ia namanya,
Kepada ilmu apa tahunya,
Baik jahat tahu semuanya,
‘Masya Allah’ jua katanya.

83
Kembalilah nyawa semuanya hewan,
Dihidupkan pula berbalas-balasan,
Alam nasut ia dikatakan.
Jadilah layu ia sekalian.

84
Alam Af‘al pula di situ,
Alam Asma’ namanya tentu,
Kembalilah nyawa kayu dan batu,
Ghaiblah ia tiadalah tentu

85
Alam malakut itulah ia,
Itupun milik Tuhan Yang Kaya,
Apabila mati hilanglah dia,
Dititahkan Tuhan Yang Kadim sedia.

86
Ayuhai Tuan berbuat bakti,
Ingatkan Tuhan Rabb al-Izzati,
Janganlah putus cinta di hati,
Hidup itu tunangan mati.

87
Pikir olehmu ayuhai Ikhwan,
Mati itu sahaja tunangan,
Di dalam kubur dimana gerangan,
Dimana nyawa dimana badan.

88
Kalau tidak Allah memberi,
Kemana aku membawa diri.
Tanah mengimpit kanan dan kiri,
Siapa jua yang aku cari?

89
Yang aku cari Tuhan sebenarnya,
Sekalian yang baharu bukan semuanya,
Datanglah dzauq di dalam rasanya,
Laisa kamitslihi syai’un itulah Tuhannya.

90
Terima olehmu itulah dia,
Karena nyata di dalam rahasia,
Tajalli zat Tuhan yang sedia,
Kalbu memandang itulah dia.

91
Tajalli zat sangatlah nyata,
Kepada hati, bukan di mata,
Lenyap rasa jua anggota,
Memandang Tuhan semata-mata.

92
Lenyaplah rasanya memandang Tuhan,
Asyik rindu nyawa dan badan,
Lupah dirinya tubuh sekalian,
Ucaplah olehmu Allah Rahman.

93
Rahman Rahim Ilah al-Karim,
Subhana Allah Rabb al-‘Arsy al-‘Azim,
Wa tub alaina innaka anta tawwab al-rahim,
Taqabbal minna innaka anta sami‘un alim.

94
Wa salla Allahu ‘ala sayyid al-mursalin,
Wa‘ala alihi wa sahbihi ajmain,
Wa tabi‘ihim ila yaum al-din,
Alhamdulillahi rabb al-‘alamin.

95
Tamatlah syair hakikat makrifat,
Janganlah sekali kami diumpat,
Bukan menunjukkan arif limpat,
Sekadar menunjukkan jalan yang dekat.

96
Diharap Rahim belas kasihan,
Kepada fakir yang dungu buaian,
Hakikat makrifat nyata terbayan,
Di dalam kitab Thalab al-Bayan.

97
Di dalam ma‘ani nyata begitu,
Diharap ampun sahaja tentu,
Wa tawakkal ‘ala al-hayyi al-ladzi la yamutu,
Da’wat habis pikirpun buntu.

98
Ada lagi fakir pesankan,
Di dalam hadis hamba keluarkan,
Malam Jumat fakir nyatakan,
Segiya baik kita ingatkan.

Jumaat, 19 Disember 2014

SELOKA TAUHID

* Seloka tauhid ini dikarang menjelang dinihari, atas ilhamNya yang terdalil melalui afaalNya ke atasku; ia untuk dikongsi pada group Futuhul Qalb Al Haq. Seloka menggandungi 13 rangkap ini mewakili 13 rakaat dalam solat wajib.

Bertahun sudah aku kembara
Untuk mengenal akan pencipta
Dari selatan hingga utara
Bertemu juga di depan mata

Dalam sesat aku meminta
Barang sesaat sampai ke sana
Setelah bertahun meraba-raba
Sesaat berjumpa terasa lama

Untuk mengenal akan zatNya
Bermula dengan afaalNya jua
Tidak boleh terus ke sana
Demikian perjalanan yg aku rasa

Dengan musyahadah sebagai pembayang
Melihat Rahsia alam terbentang
Demikian Allah Maha Penyayang
Daripada afaal terus ke seberang

Tauhid dan syirik sila perhatikan
Keduanya berganding menjadi ujian
Makrifah bukan barang mainan
Penghujung belajar bukan jaminan

Syariat tarikat hakikat makrifat
Gabungkan ia menjadi muafakat
Jangan berhenti di mana-mana tempat
Seperti ilmu yang amalnya tersekat

Kalau bicara ikut pengalaman
Tidakkan bergabung antara semua
Masing-masing ada peranan
Di dalam tauhid baru bersama

Afaal asma sifat dan zat
Sifir tauhid mainan jiwa
DiberiNya rasa di dalam rahmat
Menjadi rahsia disebalik nyawa

Musyahadah akan afaalNya Allah
Segala perbuatan habis diserah
Tinggalah aku di dalam pasrah
Ibarat lumpuh sampai ke sudah

Jali dan khafi telah kuterjah
Mengguna tauhid sebagai senjata
Rupanya diriku lupa kusanggah
Manakan mungkin Dia beserta

Nafi diri isbat kepadaNya
Awal akhir zahir dan bathin
Wujud diri sungguh bahaya
Ceraikan ia di dalam usuluddin

Agar dirimu tidaklah sesat
Mengaji usul, feqah dan tauhid
Ingin aku memberi nasihat
Bergurulah dengan guru yg mursyid

Kalau tilik pengalaman kurasa
Rahsia Allah tidaklah mudah
Guru yg mursyid pada bicara
Orang yg arif lagi makrifah

Selasa, 6 Disember 2011

TAUHID : SATU DEFINISI DARI SUDUT LAIN.

Saya pernah menghasilkan beberapa buah buku dalam bentuk biasa dan e-book berkenaan Tauhid ini. Hari ini saya hendak berkongsi pengetahuan tentang makna tauhid menerusi sudut pandangan penulis lain.



Makna kalimah tauhid
Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT)  semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.
Tauhid ar-Rububiyyah  dan Tauhid al-Uluhiyyah 
Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri’tiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

Pengertian lanjut Tauhid ar-Rububiyyah
Antara pengertian kalimah Rabb  ialah: 
1.    As-Sayyid (Tuan) 
2.    Al-Malik (Yang Memiliki) 
3.    Pencipta 
4.    Penguasa 
5.    Pendidik 
6.    Pengasuh 
7.    Penjaga 
8.    Penguatkuasa.
Allah jua bersifat mutlak
Manusia, jika dia bersifat seperti memiliki dan berkuasa, maka sifatnya itu sementara. Segala sesuatu di alam ini kepunyaan Allah. Apa yang dimiliki makhluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz (kiasan). Hanya Allah sebagai Rabb al-’Alamin (Rabb sekelian alam) dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna mengakibatkan seluruh makhluk bergantung kepada-Nya, memerlukan pertolongan-Nya dan berharap kepada-Nya. 
  
Manusia, jika dia cerdik, bijak dan pandai, maka semuanya itu datang daripada Allah. Segala kekayaan dan penguasaan manusia bukanlah miliknya yang mutlak tetapi datang daripada Allah.
Manusia dijadikan hanya sebagai makhluk. Dia tidak memiliki apa-apa melainkan setiap kuasa, tindak-tanduk, gerak nafas dan sebagainya datang daripada Allah.
Allah, Dialah Maha berkuasa, mencipta, menghidup dan mematikan. Dia berkuasa memberikan manfaat dan mudarat. Jika Allah mahu memberikan manfaat dan kelebihan kepada seseorang, tiada siapa mampu menghalang atau menolaknya. Jika Allah mahu memberikan mudarat dan keburukan kepada seseorang seperti sakit dan susah, tiada siapa dapat menghalang atau mencegahnya.
Oleh itu hanya Allah sahaja ‘mutafarriq’, bermakna hanya Allah yang berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudarat.
Firman Allah SWT:
“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” 
(Al-An’am: 17)
Dengan sifat-sifat Allah tersebut, maka timbullah kesan tauhid kepada seseorang. Dia hanya takut kepada Allah, dan berani untuk bertindak melakukan sesuatu kerana keyakinannya kepada Allah.

Manusia bersifat fakir
Manusia di dunia ini bersifat fakir (tidak memiliki apa-apa), sebaliknya sentiasa memerlukan pertolongan Allah. Firman Allah SWT di dalam Al-Hadith Al-Qudsi:
“Hai manusia, kamu semua  berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku.”
“Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang aku berikan makan, oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku.”
“Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripada-Ku.”

Sifat fakir dan sifat kaya
Berhajatkan sesuatu adalah sifat semua makhluk. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lain berhajatkan kepada Allah. Oleh itu semua makhluk bersifat fakir.
Allah Maha Kaya. Dia tidak berhajat kepada sesuatu. Jika manusia memiliki keyakinan ini maka dia akan sentiasa berbaik sangka terhadap Allah. Firman Allah SWT: 
  
“Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah, Dialah Yang Maha Kaya (yang tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Fathir: 15)
Fakir adalah sifat yang zati bagi setiap makhluk ciptaan Allah.  Kaya adalah sifat yang zati bagi al-Khaliq (Pencipta).

Dalil-Dalil Tauhid ar-Rububiyyah
Banyak dalil menunjukkan bahawa Allah itu Maha Esa dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Antaranya:
1.  Lihatlah pada tulisan di papan hitam, sudah pasti ada yang menulisnya. Orang yang berakal waras akan mengatakan bahawa setiap sesuatu pasti ada pembuatnya.
2.    Semua benda di alam ini, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya, menyaksikan bahawa Allah itu adalah Rabb al-’Alamin. Dia berhak ke atas semua kejadian di alam ini.
3.    Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal waras akan menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri.
Begitulah hebatnya Ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya.
Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .

Fitrah mengakui Rububiyyah Allah
Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah Allah adalah suatu perkara yang dapat diterima. Hakikat ini terlintas dalam setiap fitrah manusia. Meskipun seseorang itu kafir, namun jauh di lubuk hatinya tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Firman Allah SWT: 
  
“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah.” (Az-Zukhruf: 87) 
  
“Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang:  Siapakah pencipta langit dan bumi?  Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui.”(Az-Zukhruf: 9)
Tidaklah susah  untuk membuktikan Rububiyyah Allah SWT. Fitrah setiap insan adalah buktinya. Manusia yang mensyirik dan mengkufurkan Allah juga mengakui ketuhanan Allah Yang Maha Pencipta.
Al-Quran mengakui adanya Tauhid ar-Rububiyyah di dalam jiwa manusia
Al-Quran  mengingatkan bahawa fitrah atau jiwa manusia memang telah memiliki rasa mahu mengakui Allah Rabb al-’Alamin. Firman Allah SWT: 
  
“Berkata rasul-rasul mereka: Apakah terdapat keraguan terhadap  Allah, Pencipta langit dan bumi.” (Ibrahim: 10) 
  
“Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) pada hal hati mereka meyakini (kebenaran)nya.”(An-Naml: 14)
Keengganan dan keingkaran sebahagian manusia untuk mengakui kewujudan Allah sebagai al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), sebenarnya didorong oleh perasaan sombong, degil (‘inad) dan keras hati. Hakikatnya, fitrah manusia tidak boleh kosong daripada memiliki perasaan mendalam yang mengakui kewujudan al-Khaliq.
Jika fitrah manusia bersih daripada sombong, degil, keras hati dan selaput-selaput yang menutupinya, maka secara spontan manusia akan terus menuju kepada Allah tanpa bersusah payah untuk melakukan sebarang pilihan. Secara langsung lidahnya akan menyebut Allah dan meminta pertolongan daripada-Nya.
Telatah manusia, apabila berada di saat-saat genting, tidak akan terfikir dan terlintas sesuatu di hatinya kecuali Allah sahaja. Ketika itu segenap perasaan dan fikirannya dipusatkan kepada Allah semata-mata. Benarlah Firman Allah SWT: 
  
“Dan apabila mereka dilambung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan keikhlasan kepada-Nya, maka ketika Allah menyelamatkan mereka lalu sebahagian daripada mereka tetap berada di jalan yang lurus. Dan tiada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain golongan yang tidak setia lagi ingkar.” (Luqman: 32)
Sesungguhnya permasalahan mengenai kewujudan Allah adalah mudah, jelas, terang dan nyata. Kewujudan Allah terbukti dengan dalil yang banyak dan pelbagai.

Tauhid al-Uluhiyyah
Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia  menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman-firman Allah SWT yang berikut membuktikan hal tersebut: 
  
“Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku.” (Al-Anbiya’: 25) 
  
 “Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.”  (An-Nahl: 36)
“Dan sesungguhnya Aku telah utuskan Nuh (nabi) kepada kaumnya, lalu dia berkata (menyeru): Wahai kaumku, hendaklah kamu menyembah Allah, (kerana) sesekali tiada tuhan melainkan Dia.”  (Al-Mu’minun: 23)
“Dan (Kami telah mengutuskan) kepada kaum ‘Ad saudara mereka Hud (nabi): Hai kaumku sembahlah Allah, sesekali tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya.” (Al ‘Araf: 65)

Cetusan rasa cinta kepada Allah
Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakkal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatu hanya kepada Allah, berjinak-jinak dengan Allah dengan cara sentiasa mengingati-Nya, melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredhai Allah.

‘Ubudiyyah yang semakin bertambah
Pengertian ‘ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah akan bertambah sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia itu terlalu fakir di hadapan Allah. Manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah. Manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah walaupun sekelip mata.
Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah dan rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah yang akan bertambah teguh apabila semakin mantap ma’rifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah, Asma’  Allah al-Husna (sifat-sifat Allah yang terpuji), kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah.
Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ‘ubudiyyah terhadap Allah semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyyah kepada selain daripada Allah. Seterusnya dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan.
Allah telah menggambarkan di dalam al-Qur’an keadaan para rasul-Nya yang mulia dengan sifat-sifat ‘ubudiyyah di peringkat yang tinggi. Allah telah melukiskan rasa ‘ubudiyyah Rasulullah SAW pada malam sewaktu wahyu diturunkan, ketika baginda berda’wah dan semasa baginda mengalami peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Firman Allah SWT: 
  
“Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.” (An-Najm: 10) 
  
“Dan ketika berdiri hamba-Nya (Muhammad) untuk menyembah-Nya (beribadat), hampir saja jin-jin itu mendesak-desak mengerumuninya.” (Al-Jin: 19)
“Maha Suci Allah yang memperjalankan hambanya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram  ke Masjid al-Aqsa.” ( Al-Isra’: 1) 
  
Tauhid al-Rububiyyah menghubungkan Tauhid al-Uluhiyyah
Seperti yang telah dinyatakan di atas, Tauhid al-Rububiyyah ialah mengakui keesaan Allah sebagai Rabb, Tuan, Penguasa, Pencipta dan Pengurnia secara mutlak. Tidak ada sekutu bagi-Nya di dalam  Rububiyyah.
Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyyah dengan segala pengertiannya akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja layak disembah, selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun.
Al-Quran terlebih dahulu memperingatkan orang-orang musyrikin Quraisy  agar mengakui Tauhid al-Rububiyyah. Apabila mereka menerima Tauhid al-Rububiyyah dan bersungguh-sungguh mengakuinya, maka terbinalah jambatan yang menghubungkan mereka dengan Tauhid al-Uluhiyyah. Hakikat ini jelas dan tidak boleh dicuai atau diselindungkan lagi. Firman Allah SWT: 
  
“Apakah mereka mempersekutukan Allah dengan berhala-berhala yang tidak dapat menciptakan sesuatu apapun? Sedangkan berhala-berhala tersebut adalah buatan manusia.” (Al-A’raf: 191) 
  
“Apakah (Allah) yang menciptakan segala sesuatu itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (An-Nahl: 17) 
  
“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu serukan selain daripada Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiada mereka dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pula yang disembah.” (Al-Hajj: 73)
Ayat-ayat tersebut mengingatkan orang-orang musyrikin mengenai suatu hakikat yang nyata iaitu sembahan-sembahan mereka adalah lemah, malah tidak berkuasa untuk mencipta sesuatu walaupun seekor lalat. Jika lalat itu mengambil atau merampas sesuatu daru mereka, maka mereka tidak berkuasa untuk mendapatkannya kembali. Ini menunjukkan betapa lemah yang meminta dan lemah pula yang dipinta. Oleh itu akal yang sejahtera tidak boleh menerima penyembahan selain daripada Allah. Dalam peribadatan mereka tidak boleh mempersekutukan sesuatu dengan Allah. Allah adalah al-Khaliq Yang Esa. Selain daripada-Nya adalah lemah dan dhaif belaka.

Tuhan-tuhan palsu yang tidak memiliki apa-apa
Al-Quran menghujah dan mengingatkan orang-orang musyrikin bahawa apa yang mereka sembah selain daripada Allah tidak memiliki sebutir atom pun sama ada di bumi mahupun di langit. Malah sembahan mereka sama sekali tidak menyamai Allah walaupun sebesar zarah sama ada di bumi mahupun di langit. Allah tidak mempunyai apa-apa keperluan dengan tuhan-tuhan palsu yang mereka sembah. Jika mereka menyedari hakikat ini, mereka akan merasai kewajipan untuk beribadat dengan ikhlas kepada Allah semata-mata. Firman Allah SWT:
“Katakanlah: Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak memiliki satu saham pun dalam penciptaan langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya.” (Saba’: 22)
Al-Quran mengakui bahawa orang-orang musyrikin mengiktiraf sebahagian daripada Rububiyyah Allah seperti Allah itu Pemilik langit serta bumi dan Allah itu Pengurus kejadian-kejadian  di langit serta di bumi. Jika begitulah pengiktirafan mereka, sepatutnya mereka beriman dan menyembah Allah tanpa mempersekutukan-Nya. Firman Allah SWT:
“Katakanlah (kepada mereka): Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak ingat?
“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang mempunyai langit yang tujuh dan yang empunya ‘arasy yang besar? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu tidak bertaqwa?
“Katakanlah (kepada mereka): Siapakah yang di tangan-Nya berada segala kekuasaan sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi daripada (azab)-Nya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah (kepada mereka): (Oleh yang demikian) dari jalan manakah kamu ditipu ?
“Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka sebenarnya orang-orang yang berdusta.” 
(Al-Mu’minun: 84-90)

Sains dan aqidah tauhid 
  
Penemuan-penemuan dalam bidang sains dan teknologi mengenai alam buana, atom, manusia, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai bidang industri telah berjaya menyingkap keindahan dan ketelitian ciptaan Allah. Penemuan-penemuan dan rekaan-rekaan baru itu menguatkan lagi ajaran aqidah tauhid dan meneguhkan lagi keimanan orang-orang mu’min. Hasil-hasil kajian itu menunjukkan kebesaran dan keluasan kudrat serta ilmu Allah. Sesungguhnya di sebalik kehalusan ciptaan dan keindahan sistem sejagat ini pasti ada Penciptanya Yang Maha Basar dan Maha Berkuasa.

Kedudukan tauhid dalam Islam
Keseluruhan ajaran Islam berasaskan tauhid. Keseluruhan kandungan al-Quran berlegar di atas tauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi pengkhabaran tentang Allah, sifat Allah, kejadian Allah, perbuatan Allah dan pentadbiran Allah.
Al-Qur’an membincangkan tentang al-amr (perintah) dan anbiya’ Allah (nabi-nabi Allah) kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makhluk-Nya. Al-Qur’an menerangkan segala bentuk balasan baik (pahala) untuk mereka yang mentaati Allah, Rasul dan syariat-Nya. Semua ini untuk mengajak  mereka menegakkan Tauhid al-Uluhiyyah dan Tauhid                 al-Rububiyyah.
Al-Qur’an menerangkan segala bentuk balasan siksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariat-Nya, menceritakan tentang keadaan orang-orang zaman dahulu yang telah menderhakai Allah. Semua ini untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan ibadah kepada Allah.
Oleh itu tauhid adalah intipati atau asas Islam. Daripada tauhid terpancar segala sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua ibadat dan hukum dalam Islam bertujuan untuk menambah, memahir, menguat dan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hati orang-orang mu’min.

Dengan tauhid seluruh dorongan manusia akan terbentuk
Dengan tauhid yang kuat, maka akan terbentukkan pelbagai dorongan yang ada dalam jiwa manusia. Dia akan takut hanya kepada Allah SWT dan berani mempertahankan keyakinannya seperti yang dipersaksikan dalam sirah Rasulullah dan para sahabat:
1.    Rasulullah SAW pernah memerintahkan Ali RA agar tidur di atas katilnya sebelum baginda keluar berhijrah ke Madinah, sedangkan musuh Islam begitu giat mengintip. Namun Sayyidina Ali sanggup berbuat mengikut perintah Rasulullah SAW kerana beliau yakin atas Kehendak dan Kekuasaan Allah.
2.    Khalid Ibn al-Walid RA pernah mengalami banyak calar dan luka pada badannya kerana berperang di jalan Allah. Namun dia tetap yakin dengan Kekuasaan Allah. Dia tetap meneruskan pertempuran melawan musuh.
3.    Bilal bin Rabah RA sanggup diheret di padang pasir, dijemur di bawah kepanasan matahari dan diseksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Dia tetap mempertahankan keimanannya.
Kini, ramai manusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka masih yakin kepada yang lain daripada Allah. Mereka takut kepada kegagalan, ketua, kematian dan sebagainya.
Oleh itu menjadi kewajipan bagi pendakwah-pendakwah Islam untuk mengembalikan manusia kepada keyakinan yang betul.

Syahadah bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah
Syahadah merupakan teras Islam yang kedua. Syahadah ini menuntut manusia mengetahui, membenar dan menyakini dengan muktamad (dengan i’tiqad yang jazim serta pegangan yang putus) bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah serta membuktikannya dengan perkataan dan perbuatan sekaligus.
Pembuktian dengan perkataan ialah melafazkan kalimah syahadah itu dengan lidah. Pembuktian dengan perbuatan ialah menegakkan tingkah laku (tatasusila) dan seluruh tindak-tanduk  yang bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW serta menuruti jejak langkah baginda.

Para rasul menegakkan tauhid 
  
Pada dasarnya pengutusan para rasul bertujuan untuk mengesakan Allah dalam Tauhid al-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah. Dialah Tuhan Rabb al-’Alamin dan Tuhan para Rasul tersebut. Tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah.
Tauhid al-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah menjelaskan kekuasaan Allah yang Maha Suci dalam pentadbiran urusan makhluk-Nya. Allah Pengurnia kemaslahatan dan kebaikan. Allah Penentu al-amr (perintah). Allah-lah Pengutus ar-Rasul untuk makhluk-Nya.

Manusia memerlukan rasul untuk mencapai kesempurnaan hidup
Tidak syak lagi untuk mencapai kesempurnaan hidup, manusia bukan sahaja berkehendakkan kepada makanan, pakaian, tempat berlindung dan keperluan-keperluan jasmani yang lain, bahkan manusia juga berkehendakkan sesuatu untuk memenuhi tuntutan roh. Dengan memenuhi tuntutan roh, manusia akan dapat mencapai taraf kesempurnaan sebagai manusia yang mulia dan berbeza dengan makhluk-makhluk yang lain.
Tugas para rasul adalah untuk memberitahu kepada manusia bahawa Allah 
adalah enciptanya yang layak disembah dan Dialah yang meletakkan manusia di atas jalan lurus (sirat al-mustaqim). Dengan keyakinan ini barulah manusia dapat sampai ke jalan kebahagiaan dan kesempurnaan sebenar.
Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan sirat al-mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah. Manusia kerap melakukan kesilapan. Untuk memikirkan mengenai Pencipta dan sirat al-mustaqim adalah di luar kemampuan akal manusia. Oleh itu pengutusan para rasul Allah menunjukkan kebijaksanaan-Nya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia. Para rasul Allah dilantik daripada golongan manusia sendiri supaya mereka dapat menggunakan kebiasaan dan bahasa yang dapat difahami oleh manusia. Seterusnya menyampaikan ajaran Allah, menjelaskan cara-cara untuk sampai kepada risalah-Nya dan menghuraikan cara mana untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sungguh tidak patut sikap manusia sekiranya dia mengingkari Rasul Allah SWT. Firman Allah SWT: 
  
"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika mana mereka berkata: Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia.” (Al-An’am: 91)

Mengingkari kenabian Nabi Muhammad adalah kesalahan yang besar
Mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW setelah nyata dalil-dalil mengenai kebenaran dan kenabiannya bererti merendah dan melemahkan akal manusia. Sikap seperti ini merupakan keingkaran yang sangat buruk, kedegilan yang sangat tebal dan dosa yang sangat besar. Allah akan membalas sikap sebegini dengan balasan pedih.

Mengithbatkan (Mensabitkan) kenabian Muhammad SAW
Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa dia nampak bintang-bintang di langit sekiranya dia mengingkari kewujudan matahari, sedangkan dia nampak matahari. Kalau dia mendakwa dan percaya juga, itu bertentangan dengan keimanannya terhadap apa yang dilihatnya. Begitu juga seseorang tidak boleh beriman kepada nabi-nabi lain sekiranya dia tidak mempercayai Nabi Muhammad SAW dan mengingkari kenabiannya.
Mengithbatkan (mensabitkan) kenabian Muhammad SAW bererti         mensabitkan juga kenabian seluruh para anbiya’ AS sepertimana yang tersebut di dalam al-Quran.
Oleh itu mengingkari perutusan sebarang rasul bererti membohongi sebahagian daripada apa yang terkandung di dalam al-Quran dan mengingkari risalah Islam.

Kesan dan implikasi keimanan kepada Nabi Muhammad SAW
Mengimani Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulullah bererti mengimani secara mutlak dan sempurna bahawa segala perkara yang dibawa dan dikhabarkan oleh baginda datang daripada Allah SWT. Implikasinya agar manusia wajib membenar dan mentaati segala suruhan dan larangan Nabi Muhammad SAW dengan penuh redha dan ikhlas, tanpa was-was, tanpa rasa keberatan, tanpa rasa sempit dan tanpa rasa terpaksa.
Manusia perlu taat sepenuhnya kepada ajaran Nabi Muhammad SAW tanpa menimbulkan suasana berhujah, berdebat dan berbincang, seolah-olah ajaran itu datang daripada seorang manusia biasa. Beriman dengan Nabi Muhammad SAW tidak boleh sama sekali dengan cara mempercayai atau mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian daripada ajarannya. Sikap sebegini adalah berlawanan dengan natijah yang sepatutnya lahir daripada keimanan terhadap Nabi Muhammad SAW.  Al-Quran kerap menyatakan nas-nas yang qat’i tentang implikasi keimanan kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT: 
  
Dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberikan rahmat.” 
                                                                                                 (Ali ‘Imran: 132) 
  
“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” (Ali ‘Imran: 31) 
  
 “Katakanlah: Taatilah Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir. (Ali ‘Imran: 32) 
  
“Sesiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” (An-Nisa’: 80) 
  
“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, lalu mereka berkata: Kami dengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (An-Nur: 51)
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan sesiapa yang berpaling nescaya Dia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih.” (Al-Fath: 17) 
  
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah, dan apa yang dilarang bagimu maka tinggallah.” (Al-Hasyr: 7) 
  
“Dan tidak patut bagi lelaki-lelaki mukmin dan bagi perempuan-perempuan Mu’minah, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka.” (Al-Ahzab: 36) 
  
 “Dan jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu  maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.” (An-Nisa’: 59)
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya.” (An-Nisa’: 65) 
  
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpakan cubaan atau ditimpakan azab yang pedih.” (An-Nur: 63) 
  
Nas-nas seperti yang tersebut di atas sememangnya  banyak di dalam al-Quran yang mengingatkan orang-orang beriman akan tanggungjawab mereka selepas beriman kepada Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul. Antaranya:
1.  Nas-nas itu menyuruh manusia mentaati Nabi Muhammad SAW, kerana taatkan baginda bererti taatkan Allah SWT. Balasan orang yang mentaatinya ialah Syurga an-Na’im dan balasan orang yang mengingkarinya ialah Neraka.
2.  Nas-nas itu menerangkan kepada orang-orang mukmin bahawa beriman kepada Nabi Muhammad SAW bererti mengikuti apa yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.
3.  Nas-nas itu menyuruh orang Islam yang bertelingkah pendapat agar kembali kepada Allah dan Rasul-Nya serta redha menuruti hukum Rasulullah SAW.

Natijah logik
Semua yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran di atas adalah natijah logik bagi seseorang yang beriman dengan Nabi Muhammad SAW. serta menerima dengan rela akan kerasulannya. Suatu hal yang bertentangan dan tidak diterima akal jika seseorang itu beriman kepada Nabi Muhammad SAW tetapi menentang atau tidak menerima dengan rela hati perkara yang dibawanya dengan alasan, misalnya, tidak sesuai dengan sesuatu kepercayaan.
Umpama seorang yang telah menaruh kepercayaan kepada seorang doktor mahir, sudah tentu dia menerima nasihat doktor itu dan mengikuti cara pengubatannya. Dia akan mematuhi cara-cara memakan ubat dan segala pantang larangnya. Dia tidak boleh menentang atau membahaskan kata-kata doktor pakar itu. Jika kepatuhan dan kerelaan seseorang pesakit terhadap doktor adalah suatu yang dianggap lumrah dan munasabah, padahal doktor itu mungkin tersalah, maka bagaimana pula sikap seseorang terhadap Rasulullah yang diutuskan oleh Allah SWT, sedangkan Rasulullah adalah penghulu bagi segala doktor?

Kewajipan terhadap Rasulullah SAW
Kewajipan seorang muslim terhadap Rasulullah SAW ialah membenarkan semua yang dibawanya, mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Seseorang muslim itu hendaklah menerima ajaran baginda dengan sempurna, ikhlas dan rela seperti yang telah dinyatakan.

Kewajipan-kewajipan lain ialah:
1.  Mengasihi atau mencintai Rasulullah SAW lebih daripada mengasihi atau mencintai diri, anak, isteri, harta dan isi alam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia sanggup menjadikan aku lebih dikasihi daripada dirinya, anaknya, hartanya dan manusia seluruhnya.”
Tanda manusia yang benar-benar mengasihi Rasulullah SAW ialah mengikuti baginda dengan penuh ikhlas. Dia segera mengerjakan apa yang disukai atau dikasihi baginda. Itulah tanda-tanda manusia yang benar-benar kasihkan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
“Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mencari keredhaanmu, padahal Allah dan Rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika mereka itu adalah orang-orang yang beriman.” 
(At-Taubah: 62)
2.  Menghormati dan memuliakan Rasulullah SAW sama ada ketika baginda masih hidup atau telah wafat. Firman Allah SWT: 
  
“Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain.” (An-Nur: 63)
Rasulullah SAW bukanlah seperti manusia biasa. Baginda adalah Nabi dan Rasul. Rasulullah diutuskan untuk seluruh manusia. Maka wajarlah manusia membesar dan memuliakan baginda sehingga apabila memanggil baginda hendaklah memanggil: “Ya Rasulullah”, “Ya Nabiyullah”, “Ya Habibullah” dan sebagainya.
Antara cara menghormati dan memuliakan Rasulullah SAW ialah tidak mendahului baginda semasa bercakap dan tidak meninggikan suara. Firman Allah SWT: 
  
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu meninggikan suaramu lebih daripada suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sepertimana kerasnya suara sebahagian daripada kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalan kamusedangkan kamu tidak menyedarinya. Sesungguhnya orang-orang merendahkan suara di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka untuk bertaqwa. Bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Hujurat: 1-3)
Menghormati dan memuliakan Nabi perlu terus berlanjutan sehingga selepas kewafatan baginda. Seseorang Muslim tidak boleh mengangkat suara di dalam Masjid an-Nabawi atau di sisi maqam baginda. Seseorang muslim wajib bersopan, bersungguh-sungguh dan redha ketika mendengar hadith baginda yang mulia. Seseorang muslim tidak boleh menafi atau menentang hadith-hadith baginda dengan pendapat-pendapat atau fikiran-fikiran yang karut dan menyesatkan. Jika seseorang muslim itu mendengar: “Qala Rasulullah S.A.W. (Sabda Rasulullah SAW), maka hendaklah dia memahami bahawa sabda baginda tidak boleh dibohongi oleh manusia. Oleh itu ia tidak boleh ditentang, bahkan hendaklah didengar, difahami dan diamalkan.
3.  Bersungguh-sungguh menghindarkan apa-apa yang boleh menyakiti Rasulullah Nabi SAW sama ada sedikit atau banyak. Menyakiti Rasulullah SAW adalah haram dan berdosa. Malah, menyakitinya boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Firman Allah SWT:
“Dan tidak boleh kamu menyakiti hati Rasulullah.” (Al Ahzab: 53) 
  
“Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu bagi mereka azab yang pedih.” (At-Taubah: 61)
Termasuk dalam pengertian menyakiti Rasulullah SAW ialah menghina atau mencerca para isteri baginda yang mulia. Isteri-isteri Rasulullah adalah “Ibu Orang-Orang Yang Beriman”. Begitu juga, dianggap menyakiti Rasulullah, sekiranya seseorang menghina atau mencerca “Ahl al-Bait” baginda.
4.  Membaca salawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.  Firman Allah SWT: 
  
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepada Nabi dan ucaplah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

Kredit untuk: Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul Ad-Da’wah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.