Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Jumaat, 21 Januari 2011

PPPKMNS. Caw Seremban selatan

Aku cuba tidak bercakap apabila menghadiri mesyuarat penting sebuah pertubuhan/persatuan. Entah kenapa atau aku memang tersalah langkah, aku mengikut isteriku menghadiri mesyuarat khas Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan, Cawangan Seremban Selatan (PPPKMNS). Mesyuarat itu khas untuk AJK sahaja. Tapi aku hadir atas kapasiti ahli biasa. Mesyuarat itu lebih kepada mesyuarat luahan pendapat. Banyak perkara berbangkit yang menjadi isu dan terpaling panas tentang kewangan. YDP Negeri juga turun sebagai pemerhati bersama timbalannya iaitu Dato' Hj. Zainol Ishak dan En. Asmadi Mat Nazir.

Seboleh mungkin aku hanya mahu jadi pendengar. Tapi entah kenapa timbalan YDP Caw. Seremban Selatan yang mempengerusikan mesyuarat, En. Mohd Yusof Wahab meminta aku bercakap sesuatu. Biasalah bila penulis diberi peluang bercakap, aku jadi lupa diri. Aku tanya, apakah status pendaftaran PPPKMNS Caw.Seremban Selatan? YDP Negeri mengatakan ia masih sah. Kataku; bermakna laporan AGM telah dihantar ke pendaftaran pertubuhan! Timb. YDP Negeri pula mencelah, sebenarnya YDB Caw. Seremban Selatan seorang yang 'smart'. Dia faham undang-undang dan peraturan Pejabat Pendaftar. Lantas aku memaklumkan kepada YDP Caw. Seremban Selatan "Saya perlukan sesalinan perlembagaan PPPKMNS!". Untuk berhadapan dengan YDP Caw. Seremban Selatan (Yang mana kebanyakan ahli telah sepakat untuk mengenepikannya), aku tidak boleh main hentam kromo. Jadi dengan meneliti perlembagaan PPPKMNS, aku boleh memikirkan tindakan yang terbaik untuk diambil terhadap YDP Caw. Seremban Selatan yang nampaknya sudah tidak mendapat kepercayaan rata-rata ahli Caw. Seremban Selatan.

Akhirnya mesyuarat memutuskan timb YDP Caw. Seremban Selatan sekarang iaitu En. Yusof mengambil alih pentadbiran PPPKMNS Caw. Seremban Selatan. Setiausaha diberikan kepada Hj Zubir. Aku sendiri secara tiba-tiba dilantik menjadi bendahari menggantikan En Baharin yang telah uzur, tapi aku sempat menolak. Sudah terlalu banyak tanggungan jawatan yang aku sandang. Tak larat lagi dah!. Tapi jawatan bendahari itu terpaksa dipikul oleh isteriku yang secara tidak langsung tetap terpikul padaku.

Ketika berbincang secara tidak rasmi dengan SU cawangan baru-baru ni, SU menyarankan aku duduk dalam MT sebagai Timb. YDP. Dalam keadaan sekarang aku tidak dapat berjanji apa-apa kerana rasanya dari segi jawatan dalam kebanyakan persatuan, aku boleh dikatakan telah kebanjiran jawatan-jawatan penting. Aku takut hilang fokus dan ini tentunya memberikan impak pada persatuan lain. Dengan pendaftaran persatuan penduduk yang terpaksa aku buat sekarang, rasanya jawatan Timb. YDP tu terlalu berat buatku.

Selasa, 18 Januari 2011

PENDAFTARAN PERSATUAN PENDUDUK



Nah satu lagi tugasan menantiku....
Pengalaman mendaftarkan sebuah pertubuhan dulu (Wajaclub) menuntut aku untuk membantu mewujudkan satu persatuan/pertubuhan di tempat aku sendiri. Kebetulan semalam (18/01/2011) aku menghadiri satu mesyuarat khas berkenaan usul undi tidak percaya pada YDP sebuah persatuan penjaja yang aku dan isteriku adalah ahlinya (Isteriku adalah AJK Negeri manakala aku hanya ahli biasa). Aku tak tau kenapa rata-rata AJK mengajak aku menghadiri mesyuarat yang sepatutnya aku tidak perlu hadir kerana status aku yang bukan AJK.





Kesempatan menghadiri mesyuarat itu mengingatkan aku kepada perbincangan aku dengan seorang ketua Umno cawangan di tempat aku yang ingin menubuhkan sebuah persatuan. Ia telah lama dirancang tetapi tidak dapat lagi direalisasikan kerana beberapa masalah. Aku tidak melihat ia sebagai satu masalah besar sebenarnya kerana yang terkesan oleh aku ialah masalah tiada orang yang nak menguruskannya (pendaftarannya). Yang merancang dan bercakap ramai tapi yang tukang buat kerja tiada. Sama jugalah dengan sejarah pendaftaran Wajaclub yang sekian lama tertangguh sejak 2005 gara-gara tiada orang yang sukarela memanjat tingkat 6 Wisma Yayasan Negeri Sembilan untuk membeli borang daftar pertubuhan di Pendaftar Pertubuhan (ROS).


Sebaik habis mesyuarat dengan pesatuan penjaja, aku bergegas ke tingkat 6 Wisma Yayasan Negeri Sembilan. Perkara remeh tentang mendaftarkan persatuan/pertubuhan ini bukanlah kerana perlu membayar RM30.00, tetapi masalah dokumentasi. Para petugas ROS ni begitu prihatin terhadapat soal dokumentasi ini sehingga mereka mengariskan satu tata cara yang perlu diikuti dan ia adalah mandatori!. Aku harap pengalaman mengisi borang, merangka perlembagaan dan menyediakan minit mesyuarat serta mengadakan AJK Penaja seperti yang pernah aku buat semasa mendaftarkan Wajaclub dulu berguna. Aku dah terbayangkan agaknya berapa kali pulak aku kena panjat tingkat ini dalam proses menghantar borang pendaftaran nanti.


Sabtu, 1 Januari 2011

AKU DAN KERTAS KERJA

Pembabitan aktif aku dengan banyak badan NGO membuatkan aku secara tidak langsung 'berenang' dengan sekian banyak Kertas Kerja. Setakat ini aku telah banyak membuat kertas kerja untuk beberapa NGO seperti Wajaclub, UMNO Cawangan, Badan Kebajikan RPS2, RELA dan Surau Infitah Al-Khairiah. Terbaru menulis kertas kerja untuk Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan atau PPPKMNS. Maknanya talent penulisanku dieksploitasi sepenuhnya! Tetapi aku tidak pula merasa terbeban dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan , cuma aku kena banyak membaca untuk meneroka istilah-istilah baru yang sesuai untuk teks kertas kerja. Tak kan nak bersastera pulak dalam menangani kertas kerja!

Antara kertas kerja yang pernah aku buat ialah kertas kerja mohon peruntukan untuk menaik taraf Surau Infitah Al-khairiah, kertas kerja mohon dana Moreh Ramadhan, kertas kerja mohon dana menjalankan taqwim tahunan, kertas kerja untuk menganjur israk mikraj, kertas kerja untuk menganjur program motivasi pelajar, kertas kerja mohon dana untuk mengadakan kelas mengaji dan fardhu ain, kertas kerja untuk mengadakan rumah terbuka sempena hari raya, kertas kerja untuk mengadakan majlis berbuka puasa, kertas kerja mohon peruntukan untuk merasmikan bangunan surau, kertas kerja program ziarah ilmiah Masjid Kristal, kertas kerja Program Jalinan Mesra Bersama Pemimpin, kertas kerja projek pembuatan roti, kertas kerja penganjuran futsal, kertas kerja sukaneka rakyat dan kertas kerja hari keluarga 1 Malaysia.

Secara purata, 90% dari kertas kerja itu mendapat kelulusan. Dan seawal tahun 2011 ini, 4 kertas kerja yang dihantar, semuanya mendapat kelulusan. Rupanya membuat kertas kerja ini sebenarnya bukanlah perkara sukar. Ikut sahaja tata cara asasnya seperti tujuan kertas kerja itu dibuat, mukadimah sedikit (biasanya menceritakan tentang organisasi kelab/pertubuhan) objektif kertas kerja. Visi dan misi (apa yang diharapkan selepas kertas kerja diluluskan). Kemudian masukkan aktiviti beserta gambar sebagai lampiran dan memperkuatkan permohonan. Dan jangan lupa, penting ni, kena sertakan sekali salinan penyata akaun bank. Penutup kertas kerja jangan lupa ayat-ayat 'bodek' sikit. Yang penting bila buat kertas kerja, niat kita telus. Kita buat kerja tanpa mengharapkan upah dan penghargaan. Kertas kerja yang mewakili kepentingan orang ramai seperti NGO-NGO, biasanya mudah mendapat kelulusan berbanding kertas kerja yang mewakili individu. Aku tak pasti di negeri lain macam mana keadaannya tetapi di Negeri sembilan; Menteri Besarnya begitu prihatin kepada NGO-NGO dan sentiasa memberikan sokongan moral dan bantuan dana tanpa mengira NGO itu diwakili oleh golongan Melayu, India maupun China.

Aku paling suka bila kertas kerja yang aku buat diluluskan. Bila pengerusi tanya atau AJK tanya, aku senang hati jawab. Mereka suka, aku pun suka. Cuma yang menjadi fobia padaku sekarang ialah bila ada saja keperluan membuat kertas kerja, mereka semua memandang kepada aku dan aku paling risau kalau kertas kerja itu gagal!...boleh ke mereka menerima?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.