Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Isnin, 30 Julai 2012

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH


MENJADI kelaziman Surau Infitah Al-Khairiah mengadakan majlis berbuka puasa serta majlis penyampaian sumbangan raya pada setiap kali ramadhan menjelma. Kali ini Surau Infitah Al-Khairiah menjalin kerjasama dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 menganjurkan majlis ini. Majlis berbuka puasa ini terbuka kepada semua jemaah Islam, muslimin dan muslimat di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Majlis diadakan pada 05hb Ogos, 2012 bersamaan hari ke 16 ramadhan bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. Kerjasama antara pihak pentadbiran surau dan KRT ini bukanlah satu masalah besar bagiku kerana kebetulan aku adalah Setiausaha surau dan Timbalan Pengerusi KRT dan yang lebih bagusnya Pengerusi surau dan Pengerusi KRT adalah orang yang sama. Jadi mewujudkan persefahaman antara kedua entiti ini adalah lebih mudah.

Sebelum ini; pada majlis Israk Mikraj yang lepas, aku telah menyuarakan cadangan untuk mengadakan majlis penyampaian sumbangan raya kepada pengerusi surau merangkap Imam satu memandangkan kewangan surau agak baik. Penyampaian sumbangan raya diberikan kepada beberapa golongan iaitu OKU (Orang Kurang Upaya), warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak serta murid sekolah di bawah umur 17 tahun. Cadangan ini akhirnya mendapat persetujuan dalam mesyuarat AJK surau dan KRT. Ini merupakan kali pertama KRT terlibat secara langsung dalam menyumbang peruntukan untuk disumbangkan kepada golongan tersebut di atas. Aku harap perkara ini akan berterusan di masa-masa akan datang sama ada aku masih duduk dalam AJK atau tidak.

Berbeza dari tahun-tahun sudah, pihak pentadbiran surau dan KRT dalam mesyuaratnya memutuskan untuk menambah bilangan penerima sumbangan khususnya di kalangan kanak-kanak. Dianggarkan penerima sumbangan kali ini adalah seramai 130 orang (Berdasarkan statistik yang aku dapat ketika menulis artikel ini)

Pentadbiran surau mensasarkan golongan yang paling ramai menerima sumbangan adalah terdiri dari kanak-kanak dan murid sekolah di bawah umur 17 tahun dengan harapan mereka ini akan rajin datang mengimarahkan surau.

Bukan menjadi tujuan utama pihak pentadbiran surau maupun KRT memberikan sumbangan agar majlis dihadiri ramai jemaah sekaligus mencerminkan surau menjadi destinasi popular masyarakat beragama Islam tetapi apa yang diharapkan majlis ini menjadi pembuka hidayah kepada orang ramai untuk datang pada waktu-waktu yang lain nanti dan akhirnya menjadikan mereka 'dekat' dengan surau.

Statistik Penerima Sumbangan Raya 2012.
No
Kategori
Jumlah
1
OKU (Orang Kurang Upaya)
4 orang
2
Warga Emas
6   orang
3
Ibu Tunggal
18   orang
4
Kanak-kanak/Murid Sekolah (Bawah 17 tahun)
104   orang
-
JUMLAH
132 Orang

Tentatif Majlis :-

07:00 - Berkumpul di Surau Infitah Al-Khairiah
07:27 - Berbuka puasa beramai-ramai
08:00 - Solat Maghrib berjemaah
08:43 - Solat Isyak berjemaah
09:55 - Solat Tarawikh berjemaah
10:00 - Ucapan Aluan Pengerusi Surau
10:10 - Penyampaian Sumbangan Raya
10:30 - Bersurai

Sabtu, 28 Julai 2012

KOD CHEAT PERMAINAN GTA (PS2) BAHAGIAN 4


Pagi
R2, X, L1, L1, L2, L2, L2, kotak
Malam
R2, X, L1, L1, L2, L2, L2, segitiga
Selalu tengah malam
kotak, L1, R1, kanan, X, atas, L1, kiri, kiri
Geng berkuasa
L2, atas, R1, R1, kiri, R1, R1, R2, kanan, bawah
Nyepi
X, bawah, atas, R2, bawah, segitiga, L1, segitiga, kiri
Penduduk menyerang
bawah, atas, atas, atas, X, R2, R1, L2, L2
Penduduk bersenjata
R2, R1, X, segitiga, X, segitiga, atas, bawah
Badai pasir
atas, bawah, L1, L1, L2, L2, L1, L2, R1, R2
Kabut
R2, X, L1, L1, L2, L2, L2, X
Cuaca cerah
R2, x, L1, L1, L2, L2, L2, kotak
Hujan badai
R2, X, L1, L1, L2, L2, L2, bulat
Kiamat
L2, kanan, L1, segitiga, kanan, kanan, R1, L1, kanan, L1, L1, L1

KOD CHEAT PERMAINAN GTA (PS2) BAHAGIAN 3

Semua mobil transparan
segitiga, L1, segitiga, R2, kotak, L1, L1
Semua kendaraan hancur
R2, L2, R1, L1, L2, R2, kotak, segitiga, bulat, segitiga, L2, L1
Nos
kiri, segitiga, R1, L1, atas, kotak, segitiga, bawah, bulat, L2, L1, L1
Mobil kebal
L1, L2, L2, atas, bawah, bawah, atas, R1, R2, R2
Mobil melambung
kotak, R2, bawah, bawah, kiri, bawah, kiri, kiri, L2, X
Mobil terbang
kotak, bawah, L2, atas, L1, bulat, atas, x, kiri
Mobil berjalan di atas air
kanan, R2, bulat, R1, L2, kotak, R1, R2
Boat terbang
R2, bulat, atas, L1, kanan, R1, kanan, atas, kotak, segitiga
Sepeda lompat tinggi
segitiga, kotak, bulat, bulat, kotak, bulat, bulat, L1, L2, L2, R1, R2
Bintang enam
bulat, kanan, bulat, kanan, kiri, kotak, X bawah
Mengurangi wanted level
R1, R1, bulat, R2, atas, bawah, atas, bawah, atas, bawah
Menaikkan wanted level
R1, R1, bulat, R2, kanan, kiri, kanan, kiri, kanan, kiri
Kunci polisi
bulat, kanan, bulat, kanan, kiri, kotak, segitiga, atas
Pengemudi agresif
kanan, R2, atas, atas, R2, bulat, kotak, R2, L1, kanan, bawah, L1
Trafik agresif
R2, bulat, R1, L2, kiri R1, L1, R2, L2
Rambu lalu lintas hijau
kanan, R1, atas, L2, L2, kiri, R1, L1, R1, R1
Waktu berjalan cepat
bulat, bulat, L1, kotak, L1, kotak, kotak, kotak, L1, segitiga, bulat, segitiga
Gerakan cepat
segitiga, atas, kanan, bawah, L2, L1, kotak
Gerakan lambat
segitiga, atas, kanan, bawah, kotak, R2, R1
Membidik sambil mengemudi
atas, atas, kotak, L2, kanan, x, R1, bawah, R2, bulat
Skill mengemudi maksimum
kotak, L2, X, R1, L2, L2, kiri, R1, kanan, L1, L1, L1
Respek maksimum
L1, R1, segitiga, bawah, R2, X, L1, atas, L2, L2, L1, L1

KOD CHEAT PERMAINAN GTA (PS2) BAHAGIAN 2

Nascar 3
R2, L1, bulat, kanan, L1, R1, kanan, atas, bulat, R2
Mobil golf
bulat, L1, atas, R1, L2, X, R1, L1, bulat, X
Buldoser
R2, L1, L1, kanan, kanan, atas, atas, X, L1, kiri
Mobil sherif
atas, kanan, kanan, L1, kanan, atas, kotak, L2
Mobil orang kaya
R2, atas, L2, kiri, kiri, R1, L1, bulat, kanan
Tanker
R1, atas, kiri, kanan, R2, atas, kanan, kotak, kanan, L2, L1, L1
Mobil romero
bawah, R2, bawah, R1, L2, kiri, R1, L1, kiri, kanan
Truk sampah
bulat, R1, bulat, R1, kiri, kiri, R1, L1, bulat, kanan
Motor roda empat
kiri, kiri, bawah, bawah, atas, atas, kotak, bulat, segitiga, R1, R2
Boat amphibi
segitiga, segitiga, kotak, bulat, X, L1, L2, bawah, bawah
Mobil monster
kanan, atas, R1, R1, R1, bawah, segitiga, segitiga, X, bulat, L1, L1
Tank
bulat, bulat, L1, bulat, bulat, bulat, L1, L2, R1, segitiga, bulat, segitiga
Helikopter tempur
bulat, X, L1, bulat, bulat, L1, bulat, R1, R2, L2, L1, L1
Pesawat jet
segitiga, segitiga, kotak, bulat, X, L1, L1, bawah, atas
Pesawat stunt
bulat, atas, L1, L2, bawah, R1, L1, L1, kiri, kiri, X, segitiga
Parasut
kiri, kanan, L1, L2, R1, R2, R2, atas, bawah, kanan, L1
Jetpack
kiri, kanan, L1, L2, R1, R2, atas, bawah, kiri, kanan
Semua mobil berwarna hitam
bulat, L2, atas, R1, kiri, X, R1, L1, kiri, bulat
Semua mobil berwarna pink
bulat, L1, bawah, L2, kiri, X, R1, L1, kanan, bulat
Semua mobil jadi jelek
L2, kanan, L1, atas, X, L1, L2, R2, R1, L1, L1, L1
Semua mobil jadi mewah
kanan, R1, atas, L2, L2, kiri, R1, L1, R1, R1
Semua mobil desa
L1, L1, R1, R1, L2, L1, R2, bawah, kiri, atas

KOD CHEAT PERMAINAN GTA (PS2) BAHAGIAN 1

Melayan karenah anak-anak....


Manusia 1/2 dewa
bawah, X, kanan, kiri, kanan, R1, kanan, bawah, atas, segitiga
Uang, darah, tameng
R1, R2, L1, X, kiri, bawah, kanan, atas, kiri, bawah, kanan, atas
Lompat tinggi
atas, atas, segitiga, segitiga, atas, atas, kiri, kanan, kotak, R2, R2
Pukulan maut
atas, kiri, X, segitiga, R1, bulat, bulat, bulat, L2
Bernafas dalam air
bawah, kiri, L1, bawah, bawah, R2, bawah, L2, bawah
Senjata 1
R1, R2, L1, R2, kiri, bawah, kanan, atas, kiri, bawah, kanan, atas
Senjata 2
R1, R2, L1, R2, kiri, bawah, kanan, atas, kiri, bawah, bawah, kiri
Senjata 3
R1, R2, L1, R2, kiri, bawah, kanan, atas, kiri , bawah, bawah, bawah
Dua senjata
bawah, kotak, X, kiri, R1, R2, kiri, bawah, bawah, L1, L1, L1
Peluru tak terbatas
L1, R1, kotak, R1, kiri, R2, R1, kiri, kotak, bawah, L1, L1
Rekrut
bawah, kotak, atas, R2, R2, atas, kanan, kanan, atas
Bunuh diri
kanan, L2, bawah, R1, kiri, kiri, R1, L1, L2, L1
Kurus
segitiga, atas ,atas, kiri, kanan, kotak, bulat, kanan
Gendut
segitiga, atas ,atas, kiri, kanan, kotak, bulat, bawah
Kekar
segitiga, atas, atas, kiri, kanan, kotak, bulat, kiri
Dikelilingi pelacur
kotak, kanan, kotak, kotak, L2, X, segitiga, X, segitiga
Suasana pantai
atas, atas, bawah, bawah, kotak, bulat, L1, R1, segitiga, bawah
Badut
segitiga, segitiga, L1, kotak, kotak, bulat, kotak, bawah, bulat
Elvis
L1, bulat, segitiga, L1, L1, kotak, L2, atas, bawah, kiri
Yakuza
X, X, bawah, R2, L2, bulat, R1, bulat, kotak
Nascar 1
bawah, R1, bulat, L2, L2, X, R1, L1, kiri, kiri
Nascar 2
R1, bulat, R2, kanan, L1, L2, X, X, kotak, R1

Khamis, 26 Julai 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

ANTARA bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam ialah bulan puasa atau bulan ramadhan. Dalam konteks biasanya, puasa beerti menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Dalam skop yang lebih luas, ia juga membawa maksud menahan hawa nafsu dari melakukan perkara-perkara yang membawa pembaziran. Ini mencakupi pembazirkan dari segi membeli keperluan berbuka, pembaziran membeli keperluan raya seperti pakaian dan kuih muih, perhiasan rumah seperti langsir, kerusi dan meja. Melakukan semua itu secara berlebihan. Sedangkan 'nawaitu' berpuasa itu antaranya untuk seseorang berjimat cermat. Maknanya dalam kontek yang lebih luas ialah mendisplinkan rohani dan jasmani.  

Saya dapati jika kita melihat puasa ini melalui citarasa rakyat Islam kebanyakan di Malaysia ini, ia seperti bulan perlumbaan. Masing-masing sibuk membuat persiapan untuk menghias diri dan menghias rumah. Bukan menghias ibadah dan menambah pahala!. Tidak hairanlah jika jemaah yang bertarawih di surau-surau dan masjid pun bilangannya semakin kurang dari sehari ke sehari. Ini bagi surau-surau dan masjid yang turut menyediakan 'moreh', sekurang-kurangnya mereka datang untuk makan! Bagaimana nasib surau dan masjid yang tidak menyediakan moreh? Agaknya dipertengahan puasa nanti yang bertarawih cuma pak imam dan bilal sahaja.

Senario ini turut menimpa surau di tempat saya yakni Surau Infitah Al-Khairiah. Biarpun barisan AJKnya menyediakan moreh selepas solat sunat tarawih, namum sambutan dari kalangan jemaah setempat agak kurang dari sehari ke sehari. Ketika artikel ini ditulis, yang meramaikan surau Infitah sekarang ialah budak-budak.

Apapun ramadhan kali ini, surau Infitah Al-Khairiah telah mengalami sedikit tambahan bangunan. Tempat menjamu selera telah diperbesarkan dan tempat membasuh pinggan mangkuk telah disediakan khas. Melalui peruntukan yang diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri, ubahsuai tersebut dapat dibuat sebelum ketibaan ramadhan. Syukur. Saya sendiri paling gembira kerana sehingga bulan ini (Julai), lebih kurang 5 kertas kerja yang saya hantar memohon peruntukan untuk pelbagai aktiviti, semuanya telah diluluskan.
**************************
Ini merupakan ramadhan kali kedua keluarga saya tidak dapat berbuka dan bersahur bersama seluruh ahli keluarga kerana anak yang sulung, Putrie dan anak yang ketiga, Ashraf; tidak dapat bersama kami sekeluarga. Putrie sedang belajar dalam tahun 2 di Politeknik Seberang Prai manakala adiknya si Ashraf sedang belajar dalam tingkatan 2 di MRSM Kuala Kelawang. Saya tidaklah begitu risaukan Ashraf kerana dia duduk di asrama. Sekurang-kurangnya waktu sahur dan berbuka disediakan oleh pihak MRSM. Berbading kakaknya yang kini menyewa di luar kampus. Segala bagai kena siapkan sendiri. Semoga mereka berdua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sabar dan mendapat berkah Ilahi. Tak sabar menunggukan kepulangan mereka di aidilfitri nanti.


Khamis, 5 Julai 2012

CONVERT APA-APA FAIL KE FORMAT LAIN SECARA ONLINE

Ermmm.....baru-baru ini ketika aku sedang sufring internet, aku terjumpa dengan satu link khas untuk kita convert apa saja fail ke format lain secara atas talian (online). Bagiku ini amat memudahkan kerana kita tidak perlu memuat turun perisian converter. Bagi mereka yang mempunyai kapasiti hard disk yang dah hampir terlebih muatan, cara mengubah sesuatu format fail ke format lain secara dalam talian amat-amatlah bermakna. Kita boleh jimatkan sikit ruang hard disk kerana tidak perlu download software conveter.

Banyak format yang boleh dilakukan secara  online dengan menggunakan link ini antaranya ialah :

EKSTRAK
RAR to TAR, ZIP, TGZ, TAR.GZ
TAR to RAR, ZIP, TGZ, TAR.GZ
TGZ to TAR, RAR, ZIP
TAR.GZ to TAR, RAR, ZIP
ZIP to TAR, RAR, TGZ, TAR.GZ

DOKUMEN
DOCX to DOC, ODT, RTF, SWX, TXT, HTML, XHTML, PDF, PDB, ZIP
DOC to ODT, RTF, SWX, TXT, HTML, XHTML, PDF, PDB, ZIP
ODT to DOC, RTF, SWX, TXT, HTML, XHTML, PDF, PDB, ZIP
RTF to ODT, DOC, SWX, TXT, HTML, XHTML, PDF, PDB, ZIP
SXW to ODT, RTF, DOC, TXT, HTML, XHTML, PDF, PDB, ZIP
TXT to ODT, RTF, SWX, DOC, HTML, XHTML, PDF, PDB, ZIP
ODS to xls, CSV, RTF, PDF, HTML, ZIP
XLS to ODS, CSV, PDF, HTML, ZIP
XLSX to XLS, ODS, CSV, PDF, HTML, ZIP
PDF to DOC, PNG, JPG

PRESENTATION
ODP to PPT, PDF, SWF
PPT to ODP, PDF, SWF
PPTX to PPT, ODP, SWF, PDF

LUKISAN
ODG to PDF, JPG, PNG, SWF
DXF to PDF, JPG, PNG, SWF
DWG to PDF, JPG, PNG

GAMBAR
 BMP to GIF, JPG, PNG, TIF, ZIP, PDF
GIF to BMP, JPG, PNG, TIF, PDF
JPG to GIF, BMP, PNG, TIF, PDF
PNG to GIF, JPG, BMP, TIF, PDF
TIF to GIF, JPG, PNG, BMP, ZIP, PDF

MUZIK
AAC to WAV, MP3, OGG, M4A, FLAC, AU, WMA, AMR
AMR to WAV, MP3, OGG, WMA, AAC, FLAC, AU, M4A
AU to WAV, MP3, OGG, WMA, AAC, FLAC, AMR, M4A
FLAC to WAV, MP3, OGG, M4A, AAC, AU, WMA, AMR
M4A to WAV, MP3, OGG, WMA, AAC, FLAC, AU, AMR
MP3 to WAV, OGG, AAC, M4A, FLAC, AU, WMA, AMR
OGG to WAV, MP3, AAC, M4A, FLAC, AU, WMA, AMR
WAV to MP3, OGG, AAC, M4A, FLAC, AU, WMA, AMR
WMA to WAV, MP3, OGG, M4A, AAC, FLAC, AU, AMR
MKA to WAV, MP3, OGG, M4A, AAC, FLAC, AU, AMR, WMA

VIDEO
3GP to AVI, MOV, WMV, M4V, MP3, JPG
AMV to 3GP, FLV, MP4, MPEG, AVI, VOB, MOV, MKV, ASF, M4V, WMV, MP3, JPG
ASF to 3GP, FLV, MP4, MPEG, AVI, VOB, WMV, MOV, AVI, M4V, MP3, JPG
AVI to 3GP, FLV, MP4, MPEG, VOB, WMV, MOV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG
FLV to 3GP, AVI, MP4, MPEG, VOB, WMV, MOV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG
MKV to 3GP, FLV, MP4, MPEG, AVI, VOB, WMV, MOV, ASF, M4V, MP3, JPG
MOV to 3GP, FLV, MP4, MPEG, AVI, VOB, WMV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG
M4V to 3GP, FLV, MP4, MPEG, AVI, VOB, MOV, MKV, ASF, WMV, MP3, JPG
MP4 to FLV, 3GP, AVI, MPEG, VOB, WMV, MOV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG
MPEG to AVI, 3GP, MP4, FLV, VOB, WMV, MOV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG
MPG to AVI, 3GP, MP4, FLV, VOB, WMV, MOV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG
RM to AVI, 3GP, MP4, FLV, MPEG, VOB, WMV, MOV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG
VOB to 3GP, FLV, MP4, MPEG, AVI, WMV, MOV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG
WMV to 3GP, FLV, MP4, MPEG, AVI, VOB, MOV, MKV, ASF, M4V, MP3, JPG

LAIN-LAIN(Photoshop)
EPS to GIF, JPG, PNG
PSD to GIF, JPG, PNG


Jadi apa tunggu lain, tak perlu download softwarenya....cuma online sahaja. Klik link di bawah dan mulalah ber'convert' sakan! Jangan lupa kongsikan dengan rerakan yang lain.


Isnin, 2 Julai 2012

BLOK AKU YANG TER-BLOK...

BUKAN aku meninggalkan dunia blog fatamorgana ini yang sekian lama aku jadikan  medan untuk aku menulis! Malah aku masih aktif menulis untuk beberapa blog tetapi untuk menulis di blog sendiri, memang benar-benar mindaku ter-blok sama sekali. 

Kalau ikutkan memang hari-hari aku menulis, mengedit dan membaca beberapa blog terutama blog persatuan penjaja PPPKMNS. Kerana kerap menulis menggunakan bahasa-bahasa biasa yang tidak berbunga-bunga dan dalam undang-undang sastera yang lemah, maka penulisanku di blog-blog selain blog fatamorgana adalah lebih kepada bahasa Malaysia mudah.

Seorang kawan yang aktif menulis blog memberikan aku tips -  displinkan diri untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel setiap hari untuk memastikan blog kita aktif. Masalahnya artikel apa? Katanya lagi jika aku menghadkan genre penulisan dalam blogku, maka mungkin menghasilkan artikel agak terbatas tetapi jika genre blog aku bersifat bebas, maka itu terlebih mudah. Rasanya untuk tahun ini dan seterusnya, aku akan menjadikan blog aku ber'genre' bebas. Ini termasuklah dari segi susunan bahasanya. Mungkin selepas ini blog ini tidak akan memblok mindaku lagi!..cowwww.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.