Kronologi 1 : Titik Mula
Hasil pertemuan demi pertemuan tidak rasmi antara beberapa orang pemilik kereta waja, akhirnya tercetus idea salah seorang pemilik untuk menubuhkan sebuah kelab pemilik kereta jenama Proton Waja. Sekitar bulan Mei tahun 2005, maka tertubuhlah sebuah kelab kereta Proton Waja yang diberi nama WMC.KL (Waja Motorsport Community Kuala Lumpur). Presiden pertama WMC.KL ialah Arwah Razif yang menetap di Johor. Bagaimanapun kesinambungan kelab ini tidak kesampaian. Ia berkubur setelah pemergian Arwah Razif iaitu pengasas kelab WMC.KL
Bagaimanapun, setelah sekian lama, beberapa orang ahli lama telah berusaha kembali untuk menghidupkan WMC.KL ini dengan nama baru dan juga semangat baru iaitu WajaClub atau WC. Secara rasminya WC telah ditubuhkan pada Oktober 2006. Presiden kelab dengan nama yang baru ini ialah Sdr Fairus X-WC011. Seterusnya tempat beliau digantikan oleh Mahadir X-WC001. Forum dan laman web wajaclub (
www.wajaclub.com) wujud ketika ini dan adminnya ialah Sdr Fairus sendiri merangkap moderator forum dengan dibantu oleh beberapa ahli.
Dalam memantapkan media siaran pantas WC, forum dan blog menjadi platform utama WC. Ia adalah media sosial utama WC ketika itu selain PTT. Forum WC menjadi medan sembang maya. Ia menempatkan antaranya bicara umum dan teknikal dengan beberapa orang moderator dilantik antaranya Abg Joe, azmi punai, Bad, R-Mat tebo, Ustat Tebo, Amir KMC dan beberapa nama lagi. Melalui forum inilah Abg Joe menganyam dan menyatukan idea semua forumers dalam menentukan nawaitu dan halatuju WC dengan lebih jelas. Moto WC – ‘Wajaclub Peneraju Dunia Permotoran Negara’ adalah hasil ilham Azlishah X-WC153. Abg Joe sendiri mencipta Ikrar WC dan menafsir Logo WC serta membuat undang-undang berforum. Di dalam forum inilah kebanyakan ahli-ahli mendapat gelaran.
URL WC ini pun pernah luput selepas era pentadbiran sdr Fairus dan Abg Joe berakhir pada 2010. Bagaimanapun setelah sekian lama, ia berjaya diperolehi semula. Forum WC pun turut terabai setelah admin dan moderatornya beralih kepada facebook. Begitu juga dengan beberapa laman blog ciptaan Abg Joe menjadi dorman. Ada beberapa blog yang sempat dipindah pentadbiran oleh Abg Joe kepada Sham Jerung dan juga Vi Hashim.
Menerusi media sosial tersebut, jajahan WC tidak hanya menular di Selangor sahaja tetapi sedikit di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Perak dengan keahlian lebih kurang 50 orang. Namun WC terbina dengan semangat brotherhood yang kuat. Semuanya seperti adik beradik.
Bagi memantapkan lagi urus tadbir WC, pihak pentadbir WC telah berusaha untuk mendaftarkan WC sebagai sebuah pertubuhan kelab kereta yang sah berdaftar dan menurut undang-undang pendaftaran. Ini bermaksud mereka mahu mendaftarkan WC ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM). Ketika ini, kesedaran untuk mendaftarkan kelab kereta secara sah dikalangan ahli kelab-kelab kereta masih kurang. WC dikira antara kelab terawal yang berbuat demikian. Bahkan ia seterusnya menjadi modul untuk kelab-kelab lain merujuk ketika mereka pula ingin mendaftar dengan JPPM.
Bagaimanapun usaha dan gerak pendaftaran WC agak perlahan dari 2006 sehingga penghujung 2008 atas beberapa faktor antaranya kengkangan masa dan kehilangan tumpuan. Sehinggalah pada tanggal 17hb januari, 2009, jam 21:30 malam bertempat di rumah Peyrus evo4 (mantan presiden wajaclub 2010) Putrajaya; mesyuarat pertama AJK Penaja wajaclub berjaya dijalankan. Mesyuarat tersebut diadakan setelah sdr Kamarul X-WC059, (yang ketika itu adalah PRO WC) meminta tolong pada sdr Tajol Ariffin aka Abg Joe X-WC092 untuk pergi ke pejabat JPPM Negeri Sembilan bagi mendapatkan segala keperluan dan butiran pendaftaran. Mesyuarat tersebut telah diminitkan oleh Abg Joe selaku setiausaha tidak rasmi ketika itu.
13 orang hadir pada mesyuarat pertama penubuhan tersebut iaitu :
- 1. Sdr Hasrulnizam (Aloy) – X-WC002
- 2. Sdr M. Khairul (Lola) – X-WC003
- 3. Sdr Tajol Ariffin Hasan (Abg Joe) – X-WC092
- 4. Sdr Azmi (Azmimaniac/punai) – X-WC065
- 5. Sdr Fairus (Peyruz evo4) – X-WC011
- 6. Sdr Shahrulnizam (Shah biru) – X-WC008
- 7. Sdr Kamarudin (Kudin) – X-WC009
- 8. Sdr Kamrul Firdaus (Kamarul) – X-WC059
- 9. Sdr Zarkhan (Abg Long) – X-WC100
- 10. Sdr Nazri (Wan Dugung) – X-WC020
- 11. Sdr Mohd Aza (Ajai) – X-WC110
- 12. Sdr An-Nas (Annas) – X-WC070
- 13. Sdr Muhammad Aimran (Aim) – WC072
Jumlah kehadiran ini adalah cukup syarat untuk mendaftarkan sesebuah pertubuhan menurut Akta Pertubuhan 1966. Syarat jumlah minimum kehadiran AJK Penaja mestilah 7 orang.
Agenda utama mesyuarat adalah untuk melantik AJK Penaja bagi memulakan langkah pertama pendaftaran WC. Sdr Lola memaklumkan memandangkan pendaftaran WC ini sudah terlalu lama tertangguh, maka dia amat berharap mesyuarat kali ini dapat merealisasikan harapan semua ahli. Sdr Kamarul yang mempengerusikan mesyuarat tersebut memohon mesyuarat memutuskan di manakah WC hendak didaftarkan? Siapakah yang akan mendaftarkan dan apakah nama yang hendak didaftarkan? Sdr Lola mengatakan beliau tiada masalah di manapun WC hendak didaftarkan asalkan ia dapat didaftarkan secepat mungkin. Mesyuarat memutuskan tiada negeri khusus ditetapkan, yang paling penting ialah WC dapat didaftarkan dengan kadar segera walaubagaimanapun caranya. Akhirnya tanggungjawab mendaftarkan WC diserahkan kepada Abg Joe memandangkan dia ada pengalaman mendaftarkan NGO. Maka secara automatik pendaftaran WC dibuat di Negeri Sembilan. Alamat berdaftar WC juga akan menggunakan alamat pejabat Abg Joe di Senawang.
Berdasarkan borang pendaftaran yang ada dibawa bersama oleh Abg Joe, maka beliau mohon mesyuarat membuat pelantikan AJK Penaja pada malam itu juga. Berikut adalah AJK Penaja yang telah dipilih dalam mesyuarat bertarikh 17 januari, 2009 :
- 1. Presiden – Aloy
- 2. Timbalan Presiden (VP) – Lola
- 3. Setiausaha – Abg Joe
- 4. Penolong Setiausaha – Azmi punai
- 5. Bendahari – Peyruz evo4
- 6. Penolong Bendahari – Shah biru
- 7. Pemeriksa kira-kira – Kudin
4 orang AJK tambahan –
- 1. Zulkifli Mat Husain
- 2. Sham Marshall
- 3. Annas
- 4. Azeny
Kronologi 2 : Pendaftaran
Ketika ini proses pendaftaran sesebuah NGO adalah secara manual. Maka tidak hairanlah kenapa pendaftaran wajaclub mengambil masa yang lama kerana proses kelulusannya juga adalah secara manual. Abg Joe terpaksa berulang alik ke JPPM Negeri Sembilan untuk proses pendaftaran tersebut. Ia memakan masa sehingga 7 bulan. Pertama, perlu mendapatkan CD-UTC bagi mendapatkan draf perlembagaan kelab kerana ketika ini tiada perlembagaan tersedia seperti di dalam sistem sekarang. Perlembagaan kelab adalah proses paling rumit kerana sedikit kesilapan pindaan akan melambatkan lagi proses pendaftaran. Begitu juga dengan nama kelab. Tidak boleh semata-mata di dalam Bahasa Inggeris. Segala borang juga kena ditanda tangani oleh Abg Joe selaku setiausaha dengan Aloy selaku presiden.
Akhirnya nama yang boleh didaftarkan ialah Kelab Pemilik Kereta Waja Negeri Sembilan. Abg Joe berjaya juga memohon dimasukan dalam kurungan nama (Wajaclub) sebagai shortform dari nama kelab. Pada tanggal 30hb julai, 2009, Kelab Pemilik Kereta Waja Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai wajaclub atau WC berjaya didaftarkan dengan No pendaftaran asalnya ialah 1613-09NSE. Presiden WC (2009) yang baru ialah sdr Hasrulnizam Abdullah atau Aloy. Pemegang jawatan seterusnya boleh dirujuk pada Kronologi 2. Sijil lahir WC disampaikan dalam satu majlis gemilang di JPPM Melaka yang dihadiri oleh R-Mat Tebo X-WC109 (Mantan KK Melaka) bersama Manap Hijau WC030 (Mantan KK Johor dan mantan Presiden WC Malaysia 2011/2012/2013).
Meskipun WC didaftarkan di Negeri Sembilan dan masih berstatus Negeri, ia bukanlah halangan dan menjadi masalah besar pada semua MT ketika itu. Ia tidak menjadi isu besar kerana masing-masing tahu nawaitu masing-masing. Status WC kekal sehingga sekian lama membuktikan semangat brotherhood cukup menebal dalam hati setiap ahli WC. Namun Abg Joe pun bukan berdiam diri. Ia merujuk kepada JPPM untuk bertanya bagaimana status WC boleh dinaik taraf ke peringkat kebangsaan (Malaysia). Syarat yang dinyatakan oleh JPPM (ketika itu) ialah ialah WC perlu ada sekurang-kurangnya 7 cawangan berstatus Negeri yang berdaftar dengan JPPM setiap Negeri. Hasrat Abg Joe untuk menaikan taraf WC ini tidak kesampaian apabila beliau berundur dari WC.
Sistem di JPPM akhirnya beralih kepada sistem yang lebih pantas dan efisen menerusi e-roses. Ketika proses migrasi antara sistem lama ke sistem baru, berlaku ralat pada nama wajaclub. Ia hilang dalam sistem. Bagaimanapun atas usaha Cyroy dan Vi Hashim, ralat tersebut akhirnya berjaya diperbetulkan. Teks wajaclub dalam kurungan itu berjaya dikembalikan. Selepas migrasi no pendaftaran WC bertukar kepada PPM-007-05-30072009.
Kronologi 3 : Perihal Logo
Logo WC adalah hasil ilham arwah Razif dengan Fairus. Ia sebenarnya berpandukan kereta waja sdr Zaki evo10. X-WC006. Logo ini dicipta penghujung 2004 (awal 2005). Ketika ini ia tidak ditakrif. Dan nama wajaclub pun belum ada lagi. Sebab masa itu ia masih disebut WMC-KL. Setelah nama WMC-KL ditukar kepada WC atau wajaclub dan sdr Fairus pun telah membeli URL wajaclub, baru teks wajaWCclub itu diletakan di bawah logo dan url www.wajaclub.com disertakan sekali. Ia kekal sehingga hari ini!
Kemudian ketika mendaftarkan WC ke JPPM, pihak pendaftar mensyaratkan logo itu perlu ditakrif terlebih dahulu sebelum didaftarkan dalam perlembagaan kerana ia terkandung di dalam Fasal 3. Reka bentuk logo juga perlu disertakan secara berasingan dari salinan asal perlembagaan dengan kertas putih bersaiz A4 sebanyak 3 helaian yang tidak boleh difotostat.
Maka selaku setiausaha, Abg Joe telah membuat takrifan berikut perihal logo WC itu :
Kelab menggunakan lambang kereta nasional waja yang direkabentuk secara grafik. Kelab hanya menggunakan 2 warna sahaja iaitu putih dan merah.
• Warna putih yang menjadi warna asas lambang kelab menunjukan sifat keikhlasan dikalangan ahli-ahli kelab dalam menangani segala perkara secara musyawarah.
• Warna merah pada garisan yang membentuk jalur putus-putus menghala ke bonet depan kereta menunjukan bahawa pertubuhan ini memiliki semangat tabah dan berhati waja serta tidak mengenal erti kecewa dalam mengharungi segala dugaan berpersatuan. Sesuai dengan imej ‘waja’ itu sendiri, warna merah pada jalur tersebut yang diakhiri dengan tanda seperti anak panah, menunjukan setiap ahli mempunyai hala tuju yang satu iaitu untuk menaikan nama kereta proton waja di persada dunia.
Manakala teks ‘WajaClub’ di bawah lambang kereta tersebut adalah sebagai lambang penaung kelab dan menjadi tapak kepada keseluruhan lambang. Teks ‘WC’ pula menunjukan semangat gabungan setiakawan antara sesama ahli.
Kronologi 4 : AGM
Pra-AGM pertama WC berlangsung pada 04hb April, 2009 bersamaan 04 rabiul’akhir, 1430 hijrah di Komplek Kejiranan P16, Putrajaya. Iaitu 3 bulan lebih awal sebelum WC mendapat sijil kelahirannya. Surat jemputan ke Pra-AGM WC ini dirujuk pada surat rasmi dengan rujukan : Pent. Jilid 1/06/(0309)/WC/(N.S). Bermakna dalam fail Pentadbiran Jilid 1, bil surat ke 6 dikeluarkan oleh setiausaha pada bulan 3 tahun 2009. Jumlah ahli berdaftar ketika itu ialah 149 orang.
Era AGM WC akhirnya mendapat perubahan paradigma dengan MT WC memperkenalkan tatacara AGM khususnya kaedah pemilihan AJK dan MT WC pada tahun 2010 iaitu dengan cara mengadakan pilihanraya menurut acuan WC. Sdr Kamarul telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya WC (JKPR-WC). Sistem kerja juga diwujudkan dengan membuat skedul kerja bagi memantapkan pilihanraya pertama WC. Maka untuk pertama kalinya kotak-kotak undian secara langsung dibuka. Kecuali bagi pencalonan yang dilakukan terlebih dahulu menerusi borang khas untuk memilih calon-calon yang bertanding. Ini sekaligus menunjukan era pentadbiran WC yang semakin moden dan sistematik.
Sistem pemilihan pertandingan ini juga membuatkan forum WC menjadi begitu popular dengan persaingan sihat antara calon-calon yang bertanding. Rata-rata masing-masing menolak pencalonan kerana masing-masing tidak mengejar pangkat dan kuasa ketika itu. Bahkan ada yang sukarela menarik diri dari bertanding apabila mendapat tahu dia akan bertanding dengan sahabatnya sendiri. Ahli-ahli pun menjadi serba salah dalam membuat undian disebabkan faktor ‘persahabatan’ yang sangat tinggi di kalangan semua ahli ketika itu.
Justeru tidak hairanlah jawatan presiden dimenangi oleh sdr Fairus menerusi kelebihan 1 undi mengatasi Abg Joe pada tahun 2010. Dan mereka masih boleh bersahabat baik sehingga saat ini. Sistem pemilihan MT WC ini kemudian dikemaskini menjadi lebih baik sesuai dengan bilangan ahli yang semakin bertambah.
Kronologi 5 : Sejarah Pentadbiran WCM.KL ke WC
2004 – Presiden : Arwah Razif (Johor)
VP : Fairus (Wilayah Persekutuan)
2005 – Presiden : Fairuz (Wilayah Persekutuan)
VP : tiada
2006 – Presiden : Mahadir (Wilayah Persekutuan)
VP : Lola (Selangor)
2007 – Presiden : Mahadir (Kuala Lumpur)
VP : Lola (Selangor)
2008 – Presiden : Mahadir (Kuala Lumpur)
VP : Lola (Selangor)
2009 – Presiden : Aloy (Negeri Sembilan)
VP : Lola (Selangor)
2010 – Presiden : Fairuz (Wilayah Persekutuan)
VP : Abg Joe (Negeri Sembilan)
2011 – Presiden : Suhaimi (Johor)
VP : Ajai (Selangor)
2012 – Presiden : Suhaimi (Johor)
VP : Ajai (Selangor)
2013 – Presiden : Suhaimi (Johor)
VP : Ajai (Selangor)
2014 – Presiden : Badrul (Perak), Kamarudin (Kuala Lumpur)
VP : Din Janggut (Melaka)
2015 – Presiden : Kamarudin (Kuala Lumpur)
VP : Din Janggut (Melaka)
2016 – Presiden : Yusairi (Perak)
VP : Padil Tebo (Terengganu)
2017 – Presiden : Yusairi (Perak)
VP : Padil Tebo (Terengganu)