Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Selasa, 26 Julai 2016

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR (Bahagian 2)

Saya menganggap percutian ke Pulau Pangkor adalah percutian budget yang cukup menyeronokan. Perbelanjaan adalah di bawah kemampuan. Saya mengisi minyak RM50.00 dan menggunakan kereta jenis Honda City Auto keluaran 2006. Kelajuan sekitar 100km sejam sahaja. Bayaran tol dari tol Seremban ke tol Bidor adalah RM28.00. Bagaimana ketika balik, kami keluar ikut tol Gopeng kerana kami datang dari Seri Iskandar setelah menghantar anak ke UTP. Tol dari sini berjumlah RM34.90 iaitu dari tol Gopeng ke tol Senawang. Sebelum itu kami telah mengisi petrol kali ke dua di bandar Seri Iskandar sebanyak RM40.00 sahaja. Jadi jumlah keseluruhan pengisian petrol ialah RM90.00. Saya anggarkan penggunaan petrol sekitar RM70.00 untuk jarak perjalanan lebih kurang 700 km. (Senawang - Lumut - UTP - Senawang). Kalau dengan serena mpv saya mungkin dalam RM200.00.

Kesimpulan budget untuk petrol dan tol adalah RM152.90 sahaja.

Untuk kos penginapan pula, kadar sewa chalet Nipah Water Front Beach Resort adalah RM260.00. Tambah dengan sewa kenderaan RM90.00 (Iswara Aeroback). Isi petrol kenderaan sewa cuma RM10.00. Boleh pusing seluruh pulau!

Pembelian souviner pula dalam anggaran RM250.00 dan makan malam, tengahari dan sarapan pagi pula lebih kurang dalam RM250.00. Ini adalah perbelanjaan makan minum selama 2 hari 1 malam.

Di bawah adalah jumlah perbelanjaan percutian yang kami guna.

Perjalanan Pergi (23/07/2016) - Hari Pertama

BIL
BUTIRAN
RM
1
Tol 
28.00
2
Petrol 
50.00
3
Makan tengahari untuk 5 orang (di Lumut)
40.00
4
Sewa 2 Chalet 2H 1M 260.00
5
Sewa kereta (Iswara Aeroback) + petrol RM10.00
100.00
6
Bayaran parking kereta untuk 2 hari
20.00
7
Makan malam untuk 5 orang (di Pulau Pangkor)
40.00
8
Lain-lain (Baju dan makanan ringan) 250.00

JUMLAH
788.00


Perjalanan Balik (24/07/2016) - Hari Kedua

BIL BUTIRAN RM
1
Tol
34.90
2
Petrol
40.00
3
Sarapan pagi di Pulau Pangkor
40.00
4
Makan tengah hari di Seri Iskandar
30.00

JUMLAH
144.90

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN ADALAH LEBIH KURANG RM932.90!
Perbelanjaan percutian ke sebuah pulau yang tidak sampai RM1000.00. Ini perbelanjaan bagi yang telah berkeluarga. Kalau yang bujang tu, bawa RM 1000.00, mewah dah. Tapi ini untuk tahun 2016.

Isnin, 25 Julai 2016

PERCUTIAN KE PULAU PANGKOR (Bahagian 1)

Dua bulan kerja tanpa cuti termasuk bekerja pada hari raya pertama! Semuanya kerana gara-gara partner yang terpaksa menjalani pembedahan pintasan jantung (coronary bypass). Dengan pembedahan tersebut beliau dianugerahkan cuti sakit selama 2 bulan! Yang tinggal mau atau tidak terpaksalah kerja tanpa dibenarkan mengambil cuti raya bahkan terpaksa kerja lebih masa.

Saya memang merancang untuk bercuti selepas kerja tanpa cuti sementelah duit projek telah masuk. Kesempatan bercuti dirancang bersekali ketika menghantar anak balik belajar ke UTP untuk semester ke 2. Ditambah dengan duit kerja lebih masa, perancangan bercuti memang amat sesuai. 

Destinasi asalnya ialah Cameron Highland. Bagaimanapun dalam perjalanan ke UTP, ada 2 cadangan iaitu sama ada bercuti ke Cameron atau ke Pulau Pangkor? Isteri saya kata dia telah muak bercuti ke Cameron. Kali ni dia nak bercuti ke pulau pulak. Maka saya mengadakan undian untuk memilih destinasi. Akhirnya semua mahu ke Pulau Pangkor kecuali saya seorang saja yang mahu ke Cameron. Masalahnya saya tak tahu jalan mana yang patut diikut untuk ke Pulau Pangkor, Ketika ini saya masih memandu di lebuhraya menuju ke Nilai. Saya hanya tahu satu jalan sahaja iaitu melalui lebuhraya Guthrie turun ke Ijok seterusnya ke Kuala Selangor, Tg Karang, Sekinchan seterusnya ke Pasir Panjang. kemudian ke Sg Besar, Sabak Bernam dan masuk ke simpang sebelah kiri sebelum ke Teluk Intan untuk menuju ke Lumut. Jauh tu. Saya call rakan sekerja yang memang kerjanya mengawasi GPS lori. Dia memberitahu saya jika hendak ke Pulau Pangkor elok turun ke tol Bidor. Itu lebih cepat sampai walaupun sebenarnya lebih jauh jarak perjalanan berbanding kalau ikut Ijok. Tetapi kerana ia laluan lebuhraya, pasti laluan keluar ke Bidor akan lebih cepat sampai! Memang dari Bidor saya mengambil jalan menuju ke Teluk Intan seterusnya ke Lumut.

Kami tiba di pekan Lumut sekitar jam 1 tengah hari. Beerti dalam kelajuan biasa ia mengambil masa kira-kira 3 jam. Oleh kerana ini bukan percutian terancang jadi sebaik tiba di Lumut kami tertanya-tanya juga masih adakah hotel atau tempat penginapan di Pulau Pangkor nanti?. Selepas menjamu selera, kami mencari parking. Saya mengambil kesempatan bertanya pada budak penjaga parking adakah bilik lagi di pulau? Budak parking tersebut membawa saya kepada seorang agen pelancongan. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk berunding dengan agen janji semuanya selesai dengan cepat kerana jam telah menunjukan hampir pukul 3.30 petang.

Melalui agen yang cukup peramah itu, saya dapat menyewa 2 chalet dengan sebuah kereta untuk meronda-ronda di kawasan pulau nanti. Harga tidak termasuk tambang feri. Kami sekeluarga selamat sampai ke jeti Pulau Pangkor pada jam 4 petang. Agen yang menyediakan kereta telah pun menunggu. Tanpa membuang masa kami terus memandu ke Nipah water Front Beach Resort.

My Image

My Image


My Image

My Image




Sabtu, 16 Julai 2016

PETAKA SEBUAH REUNION (Kisah benar)

Sy terpanggil menuliskan kisah benar ini dengan harapan ia menjadi pengajaran kepada kita semua lebih2 lagi kpd pasangan yg telah berkahwin. Jika anda mengatakan sy mengambil kesempatan utk berkarya atas kisah sedih orang lain (bahkan rakan baik sy sendiri), itu tidak mengapa kerana bagi sy; ada sesuatu yg lebih penting utk kita semua ambil kesempatan! kesempatan utk memahami baik buruk sesuatu perkara. Uniknya kehidupan kita hari ini ialah dlm baik ada buruk dan dlm buruk ada baiknya juga. Demikian Allah menjadikan dalam fitrah kehidupan, kita dikelilingi oleh iblis dan malaikat. Tapi sy tidak bermaksud menceritakan kisah ini dengan fokus kepada soal agama secara total sebab sy percaya kisah ini tidak hanya menimpa orang2 muslim bahkan kepada mana2 agama pun.

Sy namakan rakan sy ini sebagai 'S' sahaja. Berasal dari Sabah dan berkahwin dgn orang Sarawak selama lebih kurang 24 tahun. Sy fikir dgn usia perkahwinannya, beliau telah melalui pelbagai fasa. Yg penting telah melepasi fasa matang. S berusia 50 tahun manakala isterinya 41 tahun. Mempunyai 5 orang cahaya mata. Anak yg tua telah pun berkahwin dan yang kecil sekali berusia 7 tahun. Dari segi ekonomi, kehidupan S adalah sederhana. Cukup segala bagai. Suami isteri bekerja syif. Sy tidak kenal rapat isteri S kecuali sekali bertemu mereka sekeluarga dlm majlis perkahwinan seorang rakan. Sepintas lalu, sy melihat tiada masalah dlm perhubungan mereka. Mereka pasangan yg bahagia.

Awal tahun 2016, mungkin sekitar bulan jan atau feb, isterinya yg mempunyai akuan fb dan mempunyai media sosial lain seperti wasap telah berhubung dgn rakan-rakan sekolahannya. Ya, mungkin sekadar bertanya khabar atas dasar sama sekolah, sama kampung, sama negeri atau utk silaturahim. Apapun alasannya, ia tidak menampakan itu sesuatu yg buruk!. Media sosial merapatkan kembali hubungan yg terputus dgn bekas rakan2 lama. Biarpun berasal dari Sarawak, rupa2nya ramai kalangan pelajar sekelasnya yg telah bermastautin di Semenanjung.

Maka setelah sekian lama berhubung di media sosial, diatur satu perjumpaan - reunion. Dlm reunion pertama kali di Port Dickson, maka bertemulah mereka bertentang mata. Semuanya telah berkahwin dan mempunyai anak. Ada juga yg telah bercerai. Ada yg berkerjaya tinggi. Ada yg sederhana sahaja. Ada yg gemuk. Ada yg kurus. Mereka semua gembira kerana antara mereka ada yg telah tidak bertemu melebihi 20 tahun yakni sejak menamatkan zaman persekolahan. Tentulah dlm reunion itu banyak kisah suka duka yg dikongsi bersama.

Dlm reunion itu juga isteri S telah bertemu dgn rakan sekolahnya yg istimewa. Seorang lelaki yg telah menduda lama kerana bercerai. Mungkin ada kisah manis antara mereka berdua ketika di alam persekolahan di sarawak dulu yg sy tidak tahu trmasuk S sendiri. S menduga mereka mungkin pasangan kekasih ketika itu. Setelah menamatkan persekolahan, masing2 membawa haluan sendiri. Maklum level cinta di sekolah adalah cinta monyet yg hanya utk mainan shj.

Dari reunion itulah isteri S kembali menyulam nostalgia lama dgn rakan sekolahnya ini. Sulaman yg akhirnya mewujudkan bibit2 cinta pasangan kekasih lama. Dr level cinta monyet ketika di zaman sekolah kini menjadi cinta laila majnun! Hampir 7 bulan mereka berbalas wasap. S perasan yg isterinya memang selalu sibuk berwasap. Tetapi dia tidak mengesyaki apa2. Baginya berwasap dgn rakan2 lama adalah perkara normal. Dia sendiri pun selalu berwasap. Lagipun urusan rumah tangga berjalan seperti biasa.

Ketika hampir syawal, S mula perasan perubahan terhadap isterinya. Isterinya makin rajin balik lewat dgn alasan OT utk mencari duit lebih bagi menghadapi syawal. Cerita2 belakang dari jiran2 dekat rumah telah mula kedengaran. Lama kelamaan timbul syak wasangka dlm diri S. Pada raya ketiga, S sekeluarga beraya di Kajang. Mereka menaiki 2 kereta kerana S terpaksa masuk kerja syif malam. Isterinya memandu kereta sendiri. Habis beraya di Kajang, S memaklumkan kepada isterinya dia akan terus masuk kerja jam 7 petang kerana ketika itu jam sudah menunjukan pukul 6 petang. Lalu S terlebih dulu memandu balik menerusi lebuh raya Plus dan turun di tol senawang. Manakala isterinya memandu ikut lebuhraya Lekas dan turun di Paroi.

Sebenarnya S tidak pergi kerja kerana hari itu dia offday. Jam 11 malam dia balik rumah. Isterinya tiada. Tanya anak, anaknya jawab ibu pergi kerja. S berasa pelik kerana hari itu isterinya pun offday. Lantas S bergegas ke tempat kerja isterinya. Tiada kereta isterinya di situ!. Rakan sekerja isterinya mengatakan isterinya offday. Tiada OT. S dah mula terfikirkan perkara2 buruk. Cakap2 jiran sebelah rumah mula bermain dlm benaknya.

Dia mencari isterinya hampir seluruh bandar Seremban. Kemudian melanjutkan pencarian ke pantai peranginan PD. Jam telah menunjukan pukul 4 pagi. Dlm kekecewaan dan keletihan ketika balik dari PD, sebaik melepasi tol Senawang dia terpandang hotel budget 'The Star' yg bertentang dgn JPJ Negeri Sembilan. Terdetik dlm hatinya utk menyiasat ke situ. Bagai tertembak halilintar, S melihat kereta isterinya ada di 'park' hotel. S segera masuk dan bertanya kpd reception. Tiada nama isterinya dlm buku daftar. Pada mulanya reception tidak membenarkan S naik ke tingkat atas hotel utk menyiasat tetapi S berkeras dan akan meminta bantuan pencengah maksiat Seremban. Akhirnya dia dibenarkan naik. S menuju ke tingkat 2 bilik bernombor 6 kerana bilik itu didaftar atas nama seorang lelaki. Nama lelaki pada buku daftar itu menunjukan pendaftaran dibuat pada jam 7 ptg hari yg sama.
S hanya berdasarkan nalurinya shj. Dia mengetuk pintu bilik no 6. Berkali2 dia mengetuk pintu. Tiada jawapan. Maklum jam ketika itu telah melebihi 4 pagi. S tidak segera berlalu tetapi dia duduk ditangga hujung tingkat 2. Tiba2 pintu bilik dibuka dan isterinya kelihatan meninjau2 dr dlm bilik. S segera menerjah ke muka pintu. Isterinya terpinga-pinga. S bertanya kepada isterinya kenapa dia tidur di hotel? Dia dengan siapa? Kenapa tidak tidur di rumah?. Kerana isterinya tidak menjawab, S menerjah masuk dan dia melihat seorang lelaki berada dlm bilik itu. Tanpa berkata apa2, S menghadiahkan beberapa tumbukan dan sepakan hingga lelaki itu jatuh tertiarap. S mengarahkan reception memanggil polis. Polis peronda yg datang menasihatkan S dan isterinya serta lelaki tersebut membuat laporan polis di balai polis Seremban 2.

Dalam report S, S menceritakan segalanya termasuklah dia menumbuk lelaki yg bersama isterinya. Polis yg mengambil laporan itu pun turut berbisik, ini soal maruah encik, kalau sy jadi encik, sy pun akan berbuat perkara yg sama. Lelaki yg dicederakan oleh S itu pun membuat laporan mengatakan dia diugut S. Manakala isteri S tidak membuat apa2 laporan.

Selepas selesai membuat laporan, S memberitahu isterinya walaupun dia telah menyanyangi isterinya lebih 24 tahun tetapi pada hari ini, semua itu telah musnah kerana tak mungkin nilai maruahnya sebagai suami dapat diselamatkan oleh 24 tahun usia perkahwinan mereka. Walaupun isterinya mendakwa dia tidak berbuat apa2 tetapi bagi S, maruahnya sebagai suami telah tercalar. Macam2 perkara maksiat boleh berlaku dari jam 7 ptg ke jam 4 pagi! Sekarang kes S masih berjalan di mahkamah syariah S2. S dan isterinya kini telah tinggal berasingan. Baginya, syawal kali ini tidak bermakna langsung. Mujur anak2 memahami dan mereka semua menyebelahinya. Malah anak dan menantunya yg tinggal di Terengganu pun telah pulang menyambung cuti ke Seremban. Mereka semua tidak sangka ibu mereka berubah sikap gara2 reunion dan wasap.

Terima kasih S kerana memilih sy utk berkongsi kisah duka syawal ini. S cakap, aku percaya kepada kau Jo, itu sebab aku hanya bercerita kpd kau sahaja. Dgn bercerita begini, sekurang-kurangnya rasa sakit hati aku ini berkurangan!. S meminta pandangan sy selaku sahabat baiknya...tetapi sy tidak bersedia berkongsi pendapat dan nasihat sy kepada S dlm ruang fb ini. Sehingga pagi ini..S masih mendengar kaunseling tak rasmi sy. sy bukan pakar, tak mungkin imaginasi seorang penulis boleh mengatasi realiti yg s hadapi skrg. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pesan sy pada S..mengadulah pada Allah! Ini saja nasihat yg boleh sy kongsi dgn rakan2 fb semua.

Khamis, 7 Julai 2016

BERDALIL MELALUI PENA

Catatan 1
bila melangkah, semestinya kita makin ke hadapan. Janganlah diubah fitrah ini. Moga apa yg ada dihadapan lebih baik drpd apa yg kita tinggalkan di belakang. Jika ada didalam fikiran kita akan kebaikanNya di hadapan, nescaya kita tidak akan takut untuk menjadi tua!

Catatan 2
Seluruh muslimin dan muslimat akan meninggalkan ramadhan al mubarak lewat beberapa hari lagi.
Moga cukup bekal yg kita titip sepanjang bulan dimana segala amal menjadi berganda balasannya.
Ini adalah bulan yang punya seribu kebaikan dan keberkatan. Bulan yang menjadikan seseorang rendah diri dan tinggi pekerti.
Bulan yg merubah seorang yg kedekut menjadi pemurah, pemarah kepada penyabar.
Bulan yg membuatkan seorang isteri lebih rajin ke dapur dan membuatkan suami lebih rajin ke surau serta membuatkan anak2 lebih banyak permintaan terhadap menu makanan.
Malah telah signifikan ramadhan diterjemah pada terma dan versi yang baik2 belaka. Inilah juga metafora yg tak ternafikan oleh seorang penulis utk mencatatkan sesuatu yg berlawanan.

Justeru sy mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zohir dan bahtin, atas segala kekhilafan yg terjadi. Setinggi-tinggi hak sy hanyalah sekadar memohon kemaafan dan hak anda semualah samada utk menerima atau menolaknya. Sy tidak akan minta lebih daripada yg sepatutnya sy perlu dapat.
Buat isteri dan anak-anak,
atas namanya tauhid; sy tidak meletakan penanda masa utk siapa terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kerana keampunan itu memang milik kamu selamanya selagi kamu masih melihat puasa itu berjalan didalam dan diluar ramadhan.

SALAM AIDILFITRI...

Lebaran datang ramadhan berlalu
syahdu takbir diseluruh masjid
tunaikanlah puasa wahai sahabatku
kerana itulah permulaan tauhid

puasa sebulan menurut syarak
moga dapat terisi rohani
agar dapat ditahan kehendak
kelak nafsu dapat diawasi

menahan diri lapar dahaga
dari pagi sampai ke petang
mohon ampun dan maaf kepadaNya
agar rahmatNya dijalan pulang

setelah puasa tunaikan zakat
ada hikmah jauh tersirat
inilah bekal dihari akhirat
ketika itulah semua tersurat

Rabu, 8 Jun 2016

MENITI TITIAN

KRONOLOGI aku dengan pentadbiran Surau Infitah Al-Khairiah tidaklah panjang mana. Tetapi pengalaman yang aku perolehi itulah yang lebih bermakna. Aku bermula sebagai jemaah biasa sebelum dilantik menjadi AJK. Daripada AJK aku dilantik menjadi penolong setiausaha kemudian kepada setiausaha. Dan akhirnya dilantik menjadi pengerusi. Ini adalah tahun kedua aku menjadi pengerusi. Sebenarnya jauh disudut hatiku, tanpa apa-apa jawatanpun aku akan ke surau juga kerana ini adalah tuntutan agama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.