Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Sabtu, 30 Oktober 2010

AKU DAN RAHSIA AGAMA (1)

 Petikan buku Rahsia Agama

“Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.”
(ali Imran:19)

“Barangsiapa yang Allah SWT kehendaki akan kebaikan baginya, maka Allah akan memberikannya kefahaman tentang rahsia agama dan diilhamkannya petunjuk.”
(Riwayat daripada Muawiyyah r.a)

Yang dikatakan ‘agama’ itu terdiri dari 3 perkara yang kalau dibahas akan menemukan Islam. 3 perkara yang kami maksudkan ialah iman, Islam dan ehsan atau dalam perjalanan ilmunya dirujuk sebagai usul, feqah dan tasauf.

            Yang dikatakan ‘rahsia agama’ itu terdiri dari 4 perkara iaitu iman, Islam, tauhid dan makrifah. Ada juga yang mengatakan 4 perkara tersebut adalah hasil bahasan dari 4 perkara lain iaitu syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Kami lebih melihat yang terkandung dalam rahsia agama itu kepada iman, Islam, tauhid dan makrifah.

 

Sabtu, 16 Oktober 2010

AKU DAN RAHSIA AGAMA




Buku ini ku tulis sekitar bulan oktober, 2006, tanggal 17hb bersamaan 24 Ramadhan, 1427 Hijrah. Lebih kurang 2 tahun selepas TDT dihasilkan. Dan secara kebetulan ia juga dikarang pada bulan ramadhan yang mulia. Bukan sekadar mengambil kesempatan pada bulan yang mulia itu atau ingin menyamakannya dengan bulan di mana aku mengarang TDT tetapi memang di bulan yang mulia itu aku punya banyak kelapangan dan lebih banyak berjaga malam. Buku Pengubatan Islam Menurut Perspektif Al-Quran juga aku karang pada bulan ramadhan ketika isteriku menanti kelahiran bayi pertama kami. Tetapi buku itu tidak kedapatan di pasaran kerana aku sekadar menulis untuk koleksi peribadi.

Telah aku tuliskan di blog yang lalu bahawa sebaik saja aku menyudahkan buku TDT, aku terus mengarang buku Rahsia Agama. Maknanya ia mengambil masa yang lama juga. Bukan apa, aku pernah menulis  sebuah buku novel dengan judul Delima Musafir Kelana cuma mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 bulan sahaja tetapi menulis apa yang terimaginasi diminda dengan fakta-fakta khayalan adalah terlebih mudah daripada menuliskan apa yang terimaginasi diminda tetapi dengan fakta-fakta hakikat bersandar Quran dan hadis; ia suatu genre yang sama pada makna tetapi berbeda dari segi motif. Seawal aku mengembangkan minat penulisan aku, aku pernah menulis di beberapa akhbar dan majalah termasuk majalah Gila-Gila! tetapi apa yang aku tulis itu lebih kepada mainan fatamorgana. Berbeda dengan sekarang, aku perlu lebih berhati-hati kerana aku bukan lagi 100% memperjuangkan seni bahasa sastera tetapi mengeksploitasi apa yang aku belajar menjadi satu perjuangan yang lebih kepada jihad. Mungkin ini yang mempengaruhi aku daripada biasa menggunakan nama pena 'fenomena' atau 'essjay' kepada nama pena 'jihad'.  

Jumaat, 15 Oktober 2010

AKU DAN T.D.T (2)

Antara petikan kandungan buku TDT...
...1

Adalah perlu kita mengetahui sebab dan had wajib belajar sesuatu ilmu. Contohnya, sebab kita ke sekolah ialah untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Had wajibnya ialah bilamana dapat kita membaca, menulis dan mengira. Dan dengan had wajib belajar itulah bakal menentukan akan keputusan pelajaran kita yakni setelah menduduki peperiksaan.
Dalam persoalan tauhid dalam tasauf ini, mari kita lihat langkah awalnya dulu sebelum kita pergi lebih jauh lagi iaitu sebab dan di mana had wajib kita belajar?.
Ulamak terdahulu telah menggariskan bahawa rahsia agama itu terkandung dalam usul, feqah dan tasauf. Ertinya, yang pertama agama itu bermula pada usul, pertengahannya pada feqah dan penamatnya pada tasauf. Sekarang saudara/saudari tentu sedia maklum bahawa apa yang akan dan bakal saya tuliskan di dalam buku ini ialah rahsia yang terakhir pada agama itu. Dan ini sudah tentunya sulit untuk difahami jika kita membaca tanpa menggunakan mata hati. Bagaimanapun suka saya mencadangkan agar saudara/saudari melihat sebab dan had wajib belajar rahsia agama itu pada ketiga-tiga bab di atas iaitu bab usul, bab feqah dan bab tasauf.

Ahad, 10 Oktober 2010

AKU DAN T.D.T (1)




TDT atau Tauhid Dalam Tasauf yang kalau ikutkan melebihi 187 muka surat. Tetapi selepas semakan demi semakan, tapisan demi tapisan, ia akhirnya jadilah sebuah buku seperti yang kalian semua lihat. Aku perlu akur bahawa tidak semua perkara berkaitan hal-hal di luar logika bisa tertuliskan pada sebuah buku yang tidak memiliki intonasi dan persepsi sendiri melainkan dikembalikan semua elemen itu kepada khalayak pembaca. Dan ini yang dikhuatiri mengundang salah faham seseorang.TDT mengambil masa setahun lebih untuk dibukukan...dari proses penyediaan bahan sehingga ke pruf reader terakhir. Sebenarnya skrip asal yang lebih tidak logik telah lama tersedia tetapi merubah dan menghala arah skrip asal kepada skrip yang lebih mudah difahami membuatkan proses 'baik pulih' itu memakan masa yang lama bagiku. Sementelah membawa isu agama yang agak berat dan meringankannya dalam mainan bahasa termudah pasti membuatkan apa yang sebenarnya hendak aku sampaikan menjadi tidak sampai sepenuhnya. Tapi jauh di sudut hati, aku pasti akan menuliskan sesuatu yang berat menjadi ringan dengan susunan bahasa yang kugubah. Untuk itu, sebaik habis menulis TDT, aku telah bersedia dengan buku yang kedua dan ketiga. Bukan bermaksud hendak menjadi penulis produktif tetapi apa yang aku tulis itu sebenarnya ialah sebahagian daripada apa yang aku belajar!

Untuk mengelakan atau sebenarnya memaksimumkan kekeliruan pembaca, aku mulai TDT dengan perbahasan tentang usuludin yang tentunya ia membicarakan satu bab khusus tentang 'Akal'. Hukum akal yang 3 (wajib, mustahil dan harus); sekurangnya menyedarkan pembaca bahawa untuk menilai sesuatu persoalan, perbahasan terutama yang menyentuh agama - 3 hukum di atas perlu dimasukan dalam pertimbangan pemikiran.

Jumaat, 1 Oktober 2010

AKU DAN NGO 3

Perlukah aku tulis? Apakah ia molek dikategorikan sebagai NGO juga? Ermmm...sebenarnya aku juga menyertai sebuah lagi NGO ? (rasanyalah). Dan seperti biasa, kebetulan atau suratan, aku akhirnya mengepalai NGO tersebut. Objektif NGO itu lebih kepada mendekatkan kami kepada Tuhan Semesta alam!. Untuk itu aku berulang alik antara Sedenak Johor ke Gopeng Perak. Sesekali aku singgah di Rawang. Menjadi rutin harianku pula untuk ke Gopeng pada setiap cuti minggu pertama. Rasanya hampir 3 tahun aku berulang ke Gopeng dan lebih 7 tahun aku ke Sedenak Johor.

Rasanya kehidupan aku 'berhijrah' ke satu dunia lain. Aku mencari realiti diri dan menjauhi fenomena fatamorgana. Kalau adapun yang tercermin dari definisi personafikasi atau simile atau metafora, aku selami melalui rahsia hati dan menghakikat apa yang selama ini tersirat menjadi tersurat. Maka kalian melihat ada antaranya yang tersirna melalui tulisanku. Malah ada yang sudah terbuku pun.Tetapi sebahagian besarnya masih tertanam dalam minda rahsiaku. Bahkan bukan aku tidak berusaha menuliskannya tetapi pandanganku masih seperti dulu - rahsia itu hanyalah cebisan rasa yang kalau dihakikatkan melalui kalam penulisan atau kalam bicara, ia menjadi ilmu semata! Aku pernah membincangkan perkara ini dengan sahabat seperjalanan aku dan mereka semua bersetuju dengan pandanganku itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.