...1
Adalah perlu kita mengetahui sebab dan had wajib belajar sesuatu ilmu. Contohnya, sebab kita ke sekolah ialah untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Had wajibnya ialah bilamana dapat kita membaca, menulis dan mengira. Dan dengan had wajib belajar itulah bakal menentukan akan keputusan pelajaran kita yakni setelah menduduki peperiksaan.Dalam persoalan tauhid dalam tasauf ini, mari kita lihat langkah awalnya dulu sebelum kita pergi lebih jauh lagi iaitu sebab dan di mana had wajib kita belajar?.Ulamak terdahulu telah menggariskan bahawa rahsia agama itu terkandung dalam usul, feqah dan tasauf. Ertinya, yang pertama agama itu bermula pada usul, pertengahannya pada feqah dan penamatnya pada tasauf. Sekarang saudara/saudari tentu sedia maklum bahawa apa yang akan dan bakal saya tuliskan di dalam buku ini ialah rahsia yang terakhir pada agama itu. Dan ini sudah tentunya sulit untuk difahami jika kita membaca tanpa menggunakan mata hati. Bagaimanapun suka saya mencadangkan agar saudara/saudari melihat sebab dan had wajib belajar rahsia agama itu pada ketiga-tiga bab di atas iaitu bab usul, bab feqah dan bab tasauf.
...2
3. SYIRIK KHAFI AL KHAFI (SYIRIK HALUS LAGI TERSEMBUNYI – (umpama semut hitam berjalan malam).
Dikatakan inilah syirik yang ramai orang tidak menyedarinya samada kerana jahil atau kufur. Yang dimaksudkan syirik khafi al khafi ini ialah apabila wujud hamba atau ada kita. Apabila adanya kita atau wujud hamba beerti sekaligus adanya sifat zat (nafsiah dan salbiah) yang 6 dan sifat maani yang 7. Apabila adanya sifat nafsiah dan salbiah serta maani tersebut sudah tentu terkumpul di dalamnya sifat-sifat mazmumah. Jikapun tidak ada sifat-sifat mazmumah, pasti ada pula sifat-sifat mutmainnah. Dan kedua sifat ini letaknya pada nafsu sebab iradat itu hanyalah pakaian Allah swt. Manakala nafsu itu pakaian hamba. Justeru tetaplah wujud hamba.Ulama usul menetapkan untuk melepaskan kita dari syirik khafi al khafi ini tidak lain tidak bukan cuma dengan cara nafi dan isbat iaitu menafikan wujud hamba dan hanya mengisbatkan yang wujud hanyalah Allah swt. Kalau saudara/saudari lihat dari sudut ilmu usul tahkik, mestilah wujud hamba itu wajib sebab untuk mengisbatkan Allah ialah hamba. Di sinilah bertembungnya fahaman wahdatul wujud dan ithnaniah al wujud atau antara fahaman ahli sunnah wal jamaah dengan fahaman ahlul kasyaf. Tidaklah saya bermaksud untuk menghuraikan kedua fahaman tersebut sebab kita di lorong usuluddin peringkat tinggi bukan di lorong usul tahkik.Yang penting untuk saya sampaikan di sini ialah kita memahami erti syirik dan pembahagiannya agar terselamat kita dari perangkap syirik ini. Dengan TAUHID saja saudara/saudari akan berlepas diri dari semua perangkap syirik itu. InsyaAllah!
...3
Persoalan yang kelak timbul, bagaimana mungkin menafikan wujud hamba? Sedangkan Allah memerintahkan kepada hamba untuk menyembahNya! Jika tiada hamba, beerti tiada sesiapa yang akan menyembah Allah dan ini bukankah membawa maksud kita menafikan akan tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah atau tauhid ubudiyyah?Untuk menangani persoalan ini, kita kembalikan ia kepada hakikat wujud hamba itu sendiri (ini memerlukan kita arif pada ilmu usuludin). Ada pada hamba itu sifat maknawiyyah yang tujuh. Daripada sifat maknawiyah inilah segala perlakuan zahir bathin dijelmakan atau diwujudkan. Jika kita beriktikad sifat maknawiyah ini boleh memberi bekas bermakna kita telah ‘mewujudkan hamba’ itu boleh memberi mudharat sama ada baik atau buruk, sama ada taat atau engkar. Sedangkan pada hakikatnya, wujud perlakuan dan wujud hamba itu adalah hanya dari sudut ‘keadaan hal hakikat Allah’ pada afaal, asma, sifat dan ZatNya.Contohnya berkuasa hamba itu bukanlah beerti ada pada hamba itu sifat kudrat tetapi sekadar keadaan hal sifat kudrat itu sendiri atau dalam ilmu usuludin disebut sifat qodirun (kaunuhu qodirun). Dan sifat kudrat itulah yang memberi bekas atau ‘wujud’ pada hakikatnya, bukan sifat qodirun.Kami tidak mengatakan qodirun itu adalah bayangan kudrat tetapi dalam contoh yang mudah, bolehlah kita tafsirkan demikian. Jadi segala sifat maknawiyah yang mewujudkan hamba itu sama ada berupa perbuatan atau perlakuan, sebenarnya adalah keadaan hal sifat ma’ani sahaja iaitu sifat maknawiyah.Memang sulit untuk memahami apa yang cuba kami sampaikan tetapi memadailah dengan keterangan dan huraian di atas sebagai pemahaman dasar, apa yang dimaksudkan syirik halus lagi tersembunyi itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan