Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Rabu, 9 November 2011

PROGRAM LAWATAN KE 2: ZIARAH KE MASJID

PROGRAM LAWATAN KE MASJID KRISTAL tempoh hari saya kira sebagai berjaya. Manakan tidak, dari cadangan asal hanya menggunakan sebuah bas, akhirnya terpaksa menggunakan 2 buah bas. Begitu pun, masih ramai yang tertinggal. Beberapa hari menjelang hari berangkat rombongan ke Masjid Kristal Terengganu, bilangan jemaah terutama kanak-kanak ramai yang datang ke surau dengan harapan mereka dapat ikut serta. Namun kerana tempat sudah penuh, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Seorang AJK surau membisikan sesuatu kepada saya. Setelah termenung sejenak, saya anggukan kepala. Apa yang saya anggukan?

Anggukan kepala itu saya terjemah melalui satu kertas kerja, kali ini kepada Baitulmal. Kertas kerja itu memohon dana daripada Baitulmal untuk menganjur program lawatan ke Masjid-Masjid sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Hari ini saya dikhabarkan dengan berita gembira apabila kertas kerja itu diluluskan oleh Baitulmal.


Di atas adalah cadangan masjid-masjid yang akan dilawati. Saya juga mempunyai perancangan, akan mengadakan kuis kepada peserta rombongan dengan soalan-soalan yang berkait tentang masjid-masjid yang dilawati. Ini untuk memastikan peserta rombongan menganggap rombongan yang mereka ikuti ini memerlukan mereka ambil tahu dan mempelajari apa yang mereka perolehi setelah tamat rombongan. Mungkin saya akan memberi hadiah berupa wang tunai. 

Rabu, 2 November 2011

MAHALNYA HARGA SEBUAH PERPADUAN

ANDAIANKU, kami cuma beberapa langkah saja lagi untuk mengimplimentasikan sebuah perpaduan di RPSF2. Cuma perlukan sedikit kesabaran sebelum semua NGO-NGO di RPSF2 menjadi seperti adik beradik.

Biarpun kenyataan perpaduan itu sekadar dibibir tanpa terkesan dihati, namun paling tidakpun ia telah membuka jalan awal. Tranformasi bakal berlaku di kalangan NGO-NGO di RPSF2.  Aku cukup seronok ketika majlis lawatan TPM ke RPSF2 lewat 15hb oktober lalu. Demi merealisasikan majlis, semua NGO di tempatku berganding bahu dan tolong menolong dalam banyak perkara. Buat pertama kali juga kebanyakan mesyuarat menyaksikan kehadiran semua NGO di RPSF2. Dan lebih lebih manis, kebanyakan keputusan dicapai setelah kata sepakat semua NGO diperolehi.  Untuk kali pertama juga aku rasa pembabitan aku dalam semua NGO-NGO tersebut berbaloi.

Entah kebetulan atau tanpa sedarku yang aku sebenarnya gila kuasa, aku bukan ahli biasa pada setiap NGO yang aku sertai di RPSF2 tapi aku duduk dalam barisan Majlis Tertinggi. Tiada satupun NGO di RPSF2, aku hanya menjadi ahli biasa melainkan orang yang penting juga. Justeru aku mempergunakan kelebihan itu untuk cuba memformulakan perpaduan menurut acuanku sendiri. Berdasarkan kemampuanku sebelum ini dapat memimpin ahli-ahli persatuan Wajaclub Malaysia di 14 buah negeri, apalah sangat dengan mengkoordinasi sekadar 7 buah blok bangunan!

 Aku mempergunakan formula memecahkan dominasi pemilikan setiap NGO secara monopoli oleh minoriti kepada secara demokrasi oleh majoriti. Memecah hirarki pentadbiran menjadi lebih terbuka berdasarkan ketokohan, kebolehupayaan, kepercayaan ramai dan membasmi setiap ketirisan yang berlaku. Tiada istilah NGO ini aku punya, NGO itu kau punya.

Maka kesempatan mempraktikan formulaku itu hadir lewat majlis lawatan TPM. Aku mengambil kesempatan meluah buah fikiran apabila diminta dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh semua NGO di RPSF2. Aku menembak terus kepada setiap pengerusi NGO yang hadir. Aku bertanya kepada setiap pengerusi NGO, bolehkah mereka ‘open’. Maksudku mereka bersikap terbuka dan tidak memonopoli sesebuah NGO menjadi milik mutlak mereka. Tujuanku satu, pengerusi NGO terbabit tidak menjadikan NGOnya berstatus sendirian berhad. Malah aku turut memberi amaran sinis, jika semua pengerusi tidak boleh bersikap terbuka, aku tidak akan komited dalam mana-mana NGO di RPSF2. Aku akan aktif pada NGO luar sebagaimana yang aku lakukan dulu.

Mungkin bunyinya seperti aku merajuk tapi aku memang tidak tahu untuk menyuarakan kemarahanku menerusi lontaran vokal yang keras dan nyaring. Bila aku diam dan membawa diri, itulah isyarat aku marah!

Malam ini ketika membantu mempengerusikan sebuah mesyuarat NGO (Yang aku adalah timbalan pengerusinya), telah berlaku satu bantahan suara. Luahan rasa tidak puas hati telah mentsunamikan keharmonian mesyuarat. Ini merupakan fenomena yang tidak menarik buatku.  Ia menunjukan formula memecah dominasiku gagal. Orang-orang yang bercakap pada malam itu penuh emosi. Dari ahli biasa sehingga ke pengerusi. Aku memberi peluang kepada semua orang yang ada rasa tidak puas hati untuk bercakap. “Ada sesiapa lagi yang nak bercakap sebelum saya bercakap?” kataku.

Peluang itu dipergunakan untuk hentam menghentam. Cuma yang tidak adilnya, orang yang kena hentam tidak ada dalam mesyuarat untuk mempertahankan dirinya. Akhirnya aku memberikan pendapat, tidak guna mengadakan mesyuarat jika yang hadir hanya sebelah pihak. Aku lebih suka segala rasa tidak puas hati diucapkan secara berhadapan. Yang menuduh dan yang kena tuduh perlu ada sekali.

Apapun kesimpulannya aku telah gagal. Jika mereka semua marah, aku juga berhak untuk berasa marah. Anda semua tahu bila aku marah....! Aku tidak akan bersama NGO di RPSF2 ini lagi. NGO di luar sana memang telah membuka pintu yang amat luas untukku. Malah aku masih ingat pesan pengerusinya, memang tempat kamu di sini sejak dari dulu lagi. Marilah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.