Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Sabtu, 15 September 2012

SAMSUNG GALAXY TAB 7 PLUS (GT-P3100)

Setelah berkali-kali menahan diri dari membeli gadjet canggih yang lebih popular disebut kebanyakan orang sebagai tablet, akhirnya aku laburkan lebih kurang RM1400 untuk membeli tablet jenis Samsung Galaxy Tab 7 Plus. Bukan semata-mata atas desakan rakan-rakan  atau pengaruh dari iklan di TV tetapi dalam era bizness sekarang, tablet ini memang satu keperluan utama. Nak dijadikan cerita (ini versi cerita benar yang tidak ada tokok tambahnya),...

Ahad, 12 Ogos 2012

MEMBONGKAR NOSTALGIA LAMA - NGO

Tak tau nak buat apa hari ni, sekadar membelek nostalgia lama. Tiba-tiba terpanggil kembali kenangan lalu tatkala membelek-belek fb... Aku punya perjalanan yang panjang bersama NGO ini - WC (Wajaclub). Bermula dari menjadi ahli biasa, aku menjawat Setiausaha WC Malaysia. Kemudian diberi kepercayaan menjawat jawatan yang lebih tinggi iaitu Timbalan Presiden WC Malaysia, sehingga akhirnya aku meletak jawatan kerana telah 'bercerai' dengan wajaku apabila...

Khamis, 2 Ogos 2012

MENCARI SEMANGAT KERJASAMA...

KEBETULAN ini kali ketiga aku menjadi salah sorang urusetia mengendalikan majlis berbuka puasa anjuran surau di tempatku. Terkini majlis berbuka yang akan diadakan pada 05hb ogos 2012 bersamaan 16 hari umat Islam berpuasa. Mesyuarat memutuskan untuk menu dan jamuan, kali ini ia akan dibuat secara katering sahaja. Keputusan ini dicapai hasil penilaian AJK surau pada majlis yang sama lewat 2011 lalu.  Ketika berkunjung ke pasaraya Econsave, aku terserempak dengan seorang jemaah perempuan bernama 'A'. A ini bukanlah kategori pengunjung tegar...

Isnin, 30 Julai 2012

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH

MENJADI kelaziman Surau Infitah Al-Khairiah mengadakan majlis berbuka puasa serta majlis penyampaian sumbangan raya pada setiap kali ramadhan menjelma. Kali ini Surau Infitah Al-Khairiah menjalin kerjasama dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 menganjurkan majlis ini. Majlis berbuka puasa ini terbuka kepada semua jemaah Islam, muslimin dan muslimat di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Majlis diadakan pada 05hb Ogos, 2012 bersamaan hari...

Sabtu, 28 Julai 2012

KOD CHEAT PERMAINAN GTA (PS2) BAHAGIAN 4

Pagi R2, X, L1, L1, L2, L2, L2, kotak Malam R2, X, L1, L1, L2, L2, L2, segitiga Selalu tengah malam kotak, L1, R1, kanan, X, atas, L1, kiri, kiri Geng berkuasa L2, atas, R1, R1, kiri, R1, R1, R2, kanan, bawah Nyepi X, bawah, atas, R2, bawah, segitiga, L1, segitiga, kiri Penduduk menyerang bawah, atas, atas, atas, X, R2, R1, L2, L2 Penduduk bersenjata R2, R1, X, segitiga, X, segitiga, atas, bawah Badai pasir atas, bawah, L1, L1, L2, L2, L1, L2, R1, R2 Kabut R2, X, L1, L1, L2, L2, L2, X Cuaca cerah R2, x, L1, L1, L2, L2, L2, kotak Hujan badai R2,...

KOD CHEAT PERMAINAN GTA (PS2) BAHAGIAN 3

Semua mobil transparan segitiga, L1, segitiga, R2, kotak, L1, L1 Semua kendaraan hancur R2, L2, R1, L1, L2, R2, kotak, segitiga, bulat, segitiga, L2, L1 Nos kiri, segitiga, R1, L1, atas, kotak, segitiga, bawah, bulat, L2, L1, L1 Mobil kebal L1, L2, L2, atas, bawah, bawah, atas, R1, R2, R2 Mobil melambung kotak, R2, bawah, bawah, kiri, bawah, kiri, kiri, L2, X Mobil terbang kotak, bawah, L2, atas, L1, bulat, atas, x, kiri Mobil berjalan di atas air kanan, R2, bulat, R1, L2, kotak, R1, R2 Boat terbang R2, bulat, atas, L1, kanan, R1, kanan, atas, kotak,...

KOD CHEAT PERMAINAN GTA (PS2) BAHAGIAN 2

Nascar 3 R2, L1, bulat, kanan, L1, R1, kanan, atas, bulat, R2 Mobil golf bulat, L1, atas, R1, L2, X, R1, L1, bulat, X Buldoser R2, L1, L1, kanan, kanan, atas, atas, X, L1, kiri Mobil sherif atas, kanan, kanan, L1, kanan, atas, kotak, L2 Mobil orang kaya R2, atas, L2, kiri, kiri, R1, L1, bulat, kanan Tanker R1, atas, kiri, kanan, R2, atas, kanan, kotak, kanan, L2, L1, L1 Mobil romero bawah, R2, bawah, R1, L2, kiri, R1, L1, kiri, kanan Truk sampah bulat, R1, bulat, R1, kiri, kiri, R1, L1, bulat, kanan Motor roda empat kiri, kiri, bawah, bawah, atas,...

KOD CHEAT PERMAINAN GTA (PS2) BAHAGIAN 1

Melayan karenah anak-anak.... Manusia 1/2 dewa bawah, X, kanan, kiri, kanan, R1, kanan, bawah, atas, segitiga Uang, darah, tameng R1, R2, L1, X, kiri, bawah, kanan, atas, kiri, bawah, kanan, atas Lompat tinggi atas, atas, segitiga, segitiga, atas, atas, kiri, kanan, kotak, R2, R2 Pukulan maut atas, kiri, X, segitiga, R1, bulat, bulat, bulat, L2 Bernafas dalam air bawah, kiri, L1, bawah, bawah, R2, bawah, L2, bawah Senjata 1 R1, R2, L1, R2, kiri, bawah, kanan, atas, kiri, bawah, kanan, atas Senjata 2 R1, R2, L1, R2, kiri, bawah, kanan, atas, kiri, bawah,...

Khamis, 26 Julai 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

ANTARA bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam ialah bulan puasa atau bulan ramadhan. Dalam konteks biasanya, puasa beerti menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Dalam skop yang lebih luas, ia juga membawa maksud menahan hawa nafsu dari melakukan perkara-perkara yang membawa pembaziran. Ini mencakupi pembazirkan dari segi membeli keperluan berbuka, pembaziran membeli keperluan raya seperti pakaian dan kuih muih, perhiasan rumah seperti langsir,...

Khamis, 5 Julai 2012

CONVERT APA-APA FAIL KE FORMAT LAIN SECARA ONLINE

Ermmm.....baru-baru ini ketika aku sedang sufring internet, aku terjumpa dengan satu link khas untuk kita convert apa saja fail ke format lain secara atas talian (online). Bagiku ini amat memudahkan kerana kita tidak perlu memuat turun perisian converter. Bagi mereka yang mempunyai kapasiti hard disk yang dah hampir terlebih muatan, cara mengubah sesuatu format fail ke format lain secara dalam talian amat-amatlah bermakna. Kita boleh jimatkan sikit ruang hard disk kerana tidak perlu download software conveter. Banyak format yang boleh dilakukan...

Isnin, 2 Julai 2012

BLOK AKU YANG TER-BLOK...

BUKAN aku meninggalkan dunia blog fatamorgana ini yang sekian lama aku jadikan  medan untuk aku menulis! Malah aku masih aktif menulis untuk beberapa blog tetapi untuk menulis di blog sendiri, memang benar-benar mindaku ter-blok sama sekali.  Kalau ikutkan memang hari-hari aku menulis, mengedit dan membaca beberapa blog terutama blog persatuan penjaja PPPKMNS. Kerana kerap menulis menggunakan bahasa-bahasa biasa yang tidak berbunga-bunga dan dalam undang-undang sastera yang lemah, maka penulisanku di blog-blog selain blog fatamorgana...

Selasa, 12 Jun 2012

JEMPUTAN KE PERJUMPAAN PERSATUAN PENULIS DAN JURU FOTO NEGERI SEMBILAN BERSAMA YB MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)

JEMPUTAN KE PERJUMPAAN PERSATUAN PENULIS DAN JURU FOTO NEGERI SEMBILAN BERSAMA YB MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) TARIKH : 12 Jun, 2012 (Selasa)MASA : 3:00 PetangTEMPAT : Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Negeri SembilanJalan Sungai Ujong. ...

Jumaat, 6 April 2012

Definisi Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :­ usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;penciptanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.

 

 

A
N
E
P
N
A
I
R
A
T