AJK berpendapat, dengan menggunakan khidmat katering, masalah siapa yang perlu membersihkan pinggan mangkuk selesai. Tak perlu lagi orang itu tolak orang ini, orang ini tolak orang itu! yang akhirnya orang-orang itu juga yang kena buat semua kerja. Sebagai setiausaha surau, kebanyakan perkara yang berlaku memang aku 'minitkan' dalam kepalaku. Justeru aku perasan kalau orang-orang itu sahaja yang bertugas.
Apa yang ingin aku sampaikan di sini sebenarnya ialah semangat kerjasama di kalangan jemaah Islam ini semakin berkurangan. Ini dengan hanya mengambil contoh kerjasama di surau. Agaknya bagaimana pula untuk mewujudkan atau mengekalkan kerjasama di kawasan perumahan bandar dan kampung?
Yang aku pasti, formula untuk membuatkan jemaah datang ramai ke surau ialah dengan menganjurkan sesuatu majlis/program. Kalau setakat suruh mereka datang berjemaah....entahlah....?
************************************
Moreh.... ia menjadi acara wajib selepas solat tarawikh. Setelah 3 tahun aku menjadi salah seorang AJK Surau, maka selama itu jugalah acara moreh ini tidak pernah ditinggalkan oleh pengurusan surau. Walaupun surau tempatku kecil sahaja dan jumlah jemaah serta orang yang mentadbir surau (AJK) tidak ramai, tetapi perkara moreh ini tetap menjadi keutamaan pada setiap kali ramadhan. Kalau tidaklah perkataan 'bangga' itu akan didefinisikan oleh pembaca sebagai cerminan aku ini riak! maka mau sahaja perkataan itu aku catatkan di sini tentang perasaanku melihat kekecilan surau tempatku tetap mampu menganjurkan sesuatu program yang besar. Terlebih baik aku mengatakan aku gembira sahaja dengan kekuatan surau Infitah Al-Khairiah menganjur sesuatu majlis termasuk moreh. Kalau nak lihat majlis yang lebih besar...tentu sahaja semasa kedatangan Timbalan Perdana Menteri dulu merasmikan surau sebagai satu-satunya majlis besar yang mampu dianjur oleh surau yang kecil.
Berbalik pada moreh ini, dan sekali lagi dengan perkataan kebetulan, kebetulan bendahari surau ialah isteriku sendiri. Maka sejak 3 tahun yang lepas, perkara moreh ini terpaksa ditangani oleh isteriku. Secara tak langsung aku juga turut terbabit. Maka dengan peruntukan yang sedia ada, aku dan isteri mengatur menu moreh ini dan siapa yang akan mendapat 'kontrak' moreh ini secara bergiliran antara para peniaga (yang menjual di bazar ramadhan). Sebelum orang berkata dan menuduh aku dan isteri asyik mengutamakan orang-orang itu sahaja, sistem giliran ini telah dipraktikan terlebih dahulu. Hari ini orang itu, esok orang ini, lusa orang sana, tulat orang situ....sehingga semua peniaga (jemaah yang berniaga yang terdiri dari penduduk sekitar Rumah Pangsa Senawang Fasa 2) mendapat giliran mereka. Untuk orang-orang luar, adalah sesekali mereka dapat.
Dengan perancangan sebegitupun....masih ada yang tak puas hati! Maklumlah puasa selama 30 hari, penghuni yang berniaga di sekitar kejiranan surau ini tak sampai pun 10 orang. Sudah tentulah ada juga yang dapat kontrak moreh lebih dari 2 kali. Mau saja pada tahun depan, kontrak moreh ini diserahkan kepada orang lain. Kami datang makan sahaja. Kan lebih senang begitu?
Komen pak imam, "Saban tahun memang kamu juga yang dapatkan peruntukan daripada Baitulmal melalui kertas kerja, jadi yang selain dari itu pedulikan lah. Orang yang kaki komplen tu kalau digalaskan tugas ini pun pasti gagal. Dah mereka jenis tak pernah puas hati. Yang penting, mereka hadir majlis' Bisik pak imam padaku. Aku jawab " Saya tau tu imam, saya berhadapan dengan manusia. Biasalah tu".
0 ulasan:
Catat Ulasan