Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Khamis, 29 Mac 2012

KOD NEGERI PADA KAD PENGENALAN

Oleh kerana saya sering menulis, pengetahuan am itu cukup penting bagi saya. Ada ketikanya saya perlu merujuk kepada google untuk mendapatkan maklumat. Contohnya saya terpaksa melayari laman web Jabatan Pendaftaran Negara untuk mencari senarai kod Negeri yang tercatat dalam kad pengenalan. Justeru untuk memudahkan saya, saya 'copy paste' kan kod negeri tersebut untuk memudahkan kerja saya suatu masa nanti andainya saya perlu merujuk lagi senarai kod Negeri dalam kad pengenalan.


NOMBOR KOD NEGERI KAD PENGENALAN
BILNEGERINO KOD
1
JOHOR
01, 21, 22, 23 DAN 24
2
KEDAH
02, 25, 26 DAN 27
3
KELANTAN
03, 28 DAN 29
4
MELAKA
04 DAN 30
5
NEGERI SEMBILAN
05, 31 DAN 59
6
PAHANG
06, 32 DAN 33
7
PULAU PINANG
07, 34 DAN 35
8
PERAK
08, 36, 37, 38 DAN 39
9
PERLIS
09 DAN 40
10
SELANGOR
10, 41, 42, 43 DAN 44
11
TERENGGANU
11, 45 DAN 46
12
SABAH
12, 47, 48 DAN 49
13
SARAWAK
13, 50, 51, 52 DAN 53
14
WILAYAH PERSEKUTUAN (KUALA LUMPUR)
14, 54, 55, 56 DAN 57
15
WILAYAH PERSEKUTUAN (LABUAN)
15 DAN 58
16
WILAYAH PERSEKUTUAN (PUTRAJAYA)
16
17
NEGERI TIDAK DIKETAHUI
82
18
XXXXX
XXXX

Selasa, 6 Mac 2012

BR1M DAN BIROKRASI





Tidak dinafikan, apa yang kerajaan buat adalah terbaik. Cuma pelaksanaannya yang terkadang merosakan apa yang baik. Yang merubah persepsi orang ramai terhadap perkara 'baik' yang kerajaan lakukan. Mungkin sistematik kerja perlu diberi keutamaan oleh kerajaan terutama agensi-agensi yang berkaitan dengan orang ramai sebab persepsi daripada orang ramai sangat tinggi kesannya apatah lagi mengambil kira perkataan 'orang ramai' itu. Mungkin kerajaan sudah ada garis panduan khusus untuk memastikan sistematik kerja berjalan di agensi-agensinya tetapi yang menjadi masalah ialah agensi-agensi terbabit yang tidak menurut garis panduan yang telah diberikan untuk memastikan sistematik kerja berjalan lancar. Justeru kerajaan perlu mencari formula bagaimana garis panduan kerja yang telah disusun dapat diikuti oleh agensinya. Hmmm.. ini hanyalah mukadimah penulisanku kali ini.

BR1M adalah salah satu 'kebaikan' yang kerajaan berikan kepada orang ramai. Tentunya orang ramai berterima kasih atas kebaikan tersebut. Ini adalah persepsi pertama yang normal daripada seseorang yang menerima BR1M. Rungutan bermula apabila kebanyakan penyampaian baucer BR1M dilakukan dalam satu program yang disusun oleh agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Pusat Khidmat Masyarakat atau pejabat ADUN sendiri dan adakalanya oleh pejabat MB. Lazimnya baucer tidak diberikan terus melainkan penerima akan mendengar siri ceramah penerangan daripada agensi terbabit yang disampaikan oleh VVIP atau VIP. Bagi penerima yang bekerja dan hanya mohon keluar sekejap daripada majikan, perkara ini dilihat tidak begitu baik kesannya kepada kerajaan. Timbul tanggapan yang mengatakan kerajaan tidak ikhlas dalam pemberian BR1M melainkan ada agenda tersembunyi iaitu politik. Jika yang keluar sekejap itu jumlahnya ramai dan mereka terpaksa balik lambat ke pejabat atau tempat kerja, maka bermulalah retetan tanggapan daripada mereka. Mereka mengatakan kerajaan tidak ikhlas, ada udang di sebalik mee, mempolitikan bantuan BR1M, memancing pengundi atau dalam konatasi yang lebih tidak baik iaitu merasuah pengundi!. Sehingga satu ketika bila kebetulan rungutan itu terdengar ditelingaku, aku membidas mengatakan; kita punya pilihan sama ada hendak menerima atau tidak baucer BR1M tersebut. Kalau kita tahu kerajaan tidak ikhlas atau ada maksud lain, lebih baik kita tak payah ambil atau jangan memohon terus. Kalau betulpun anggapan yang memberi tidak ikhlas..kita yang menerima ni pun tentu tidak ikhlas juga. Jadi kita sama-sama memburukan perkara yang baik. Kesimpulannya terpulang pada 'nawaitu' kita sendiri menilai persepsi BR1M daripada kerajaan ini.

Ini antara birokrasi dalam pemberian BR1M. Jika nak dikurangkan, eloklah berikan saja baucer BR1M itu dalam cara yang lebih mudah semacam bantuan JKM kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan OKU. Permohonan setakat mengisi borang dengan menyertakan pelbagai salinan dokumen, itu masih dianggap dalam peraturan sistem kerja.

Baru-baru ini di kaunter semakan dan kutipan BR1M di Pejabat Daerah Seremban, saya melihat deretan orang ramai beratur panjang untuk sama ada membuat semakan atau mengambil baucer BR1M. Dalam barisan orang ramai yang beratur panjang itu, kelihatan beberapa orang warga emas termasuk yang kelihatan kurang sehat. Mereka ini juga terpaksa beratur panjang. Maka tidak hairanlah jika keluar dari mulut mereka bebelan yang kurang manis terhadap pihak pengurusan Pejabat Daerah. Secara peribadi, saya rasa ada benarnya mereka membebel dengan mengatakan pejabat daerah tidak mesra pengguna terutama golongan warga emas. Ini pun salah satu birokrasi yang walaupun kelihatannya mikro, tapi jika rungutan yang datang dari sekian ramai orang, maka akhirnya ia jadi birokrasi yang berskala besar.

Kemudian setelah menerima baucer BR1M, penerima akan menukarkan baucer itu di bank-bank terpilih. Oleh kerana kebetulan saya ada di sebuah bank yang menerima baucer BR1M, sekali lagi saya melihat karenah birokrasi berlaku. Seorang warga emas bangsa India telah lama menunggu giliran nombornya tertera di skrin. Bila giliran nombornya sampai, dia segera bergegas ke kaunter dengan senyum lebar. Tapi kemudian dia berpatah balik dan terus keluar dari bank dengan muka masam mencuka. Selang beberapa minit kemudian dia masuk semula dengan sesalinan fotostat kad pengenalannya bersaiz A4. Sekali lagi dia ke kaunter. Dan sekali lagi dia ke belakang. Kali ini kerana dia perlu mengisi borang pengeluaran. Saya yang melihat situasi ini pun rasa hilang sabar. Sepatutnya pihak bank menampal notis menerangkan tatacara penebusan baucer BR1M. Apa yang terjadi ini menunjukan kelemahan sistem kerja bank tersebut.

Meskipun kerajaan telah lama cuba mengurangkan karenah birokrasi di agensi-agensinya, namun karenah ini rupanya sudah menjadi virus yang berpanjangan. Maka perlulah kerajaan mencari alternatif tertentu untuk menghasilkan vaksin bagi membunuh dan mengawal virus ini dari terusan menjadi perosak dalam sistem kerja kerajaan. Jangan nanti disebabkan kegagalan menangani karenah birokrasi ini akhirnya akan memburukan perkara baik yang kerajaan lakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.