Kalam Bismillah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ka'abah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Allah

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Kalimah Tauhid

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Masjid Kristal

Rakaman gambar berbicara dengan bahasa warna dan titik fokus...

Ahad, 12 Ogos 2012

MEMBONGKAR NOSTALGIA LAMA - NGO

Tak tau nak buat apa hari ni, sekadar membelek nostalgia lama. Tiba-tiba terpanggil kembali kenangan lalu tatkala membelek-belek fb...

Aku punya perjalanan yang panjang bersama NGO ini - WC (Wajaclub). Bermula dari menjadi ahli biasa, aku menjawat Setiausaha WC Malaysia. Kemudian diberi kepercayaan menjawat jawatan yang lebih tinggi iaitu Timbalan Presiden WC Malaysia, sehingga akhirnya aku meletak jawatan kerana telah 'bercerai' dengan wajaku apabila mula bermain dengan MPV. Namun secara tak rasmi mereka melantik aku sebagai Penasihat WC pula. Kini semuanya tinggal menjadi sejarah..menjadi memori yang tidak terpadamkan. Aku menumpukan perhatian kepada NGO di tempatku pula. Ermm..setiap yang bermula pasti ada yang berakhir.







Khamis, 2 Ogos 2012

MENCARI SEMANGAT KERJASAMA...

KEBETULAN ini kali ketiga aku menjadi salah sorang urusetia mengendalikan majlis berbuka puasa anjuran surau di tempatku. Terkini majlis berbuka yang akan diadakan pada 05hb ogos 2012 bersamaan 16 hari umat Islam berpuasa. Mesyuarat memutuskan untuk menu dan jamuan, kali ini ia akan dibuat secara katering sahaja. Keputusan ini dicapai hasil penilaian AJK surau pada majlis yang sama lewat 2011 lalu. 

Ketika berkunjung ke pasaraya Econsave, aku terserempak dengan seorang jemaah perempuan bernama 'A'. A ini bukanlah kategori pengunjung tegar surau tetapi aktif menghadiri apa-apa majlis anjuran surau. Kira jenis yang mengambil tau jugaklah hal ehwal aktiviti surau. A tidak begitu setuju majlis ini menggunakan khidmat katering untuk jamuan berbuka kerana ia akan mengikis semangat kerjasama atau tolong menolong. Memang aku setuju pun, tapi sebagaimana yang aku tuliskan di atas tadi, keputusan menggunakan khidmat katering ini dibuat berdasarkan pengalaman menganjur majlis berbuka pada tahun lalu, yang mana pada akhir majlis; pinggan mangkuk banyak yang terbiar tanpa dicuci. Yang mencuci dan membersihkan segala kotoran yang terhasil daripada majlis berbuka tersebut seperti cawan-cawan, pinggan mangkuk, kuali, peralatan memasak dan sebagainya cuma kira-kira 5% daripada jemaah perempuan yang hadir. Kesimpulannya untuk mencetus semangat kerjasama antara sesama jemaah nampaknya kurang mendapat sambutan. Masing-masing mengambil sikap tunggu dan lihat. Kalau menolongpun secara ala kadar.

AJK berpendapat, dengan menggunakan khidmat katering, masalah siapa yang perlu membersihkan pinggan mangkuk selesai. Tak perlu lagi orang itu tolak orang ini, orang ini tolak orang itu! yang akhirnya orang-orang itu juga yang kena buat semua kerja. Sebagai setiausaha surau, kebanyakan perkara yang berlaku memang aku 'minitkan' dalam kepalaku. Justeru aku perasan kalau orang-orang itu sahaja yang bertugas.

Apa yang ingin aku sampaikan di sini sebenarnya ialah semangat kerjasama di kalangan jemaah Islam ini semakin berkurangan. Ini dengan hanya mengambil contoh kerjasama di surau. Agaknya bagaimana pula untuk mewujudkan atau mengekalkan kerjasama di kawasan perumahan bandar dan kampung?

Yang aku pasti, formula untuk membuatkan jemaah datang ramai ke surau ialah dengan menganjurkan sesuatu majlis/program. Kalau setakat suruh mereka datang berjemaah....entahlah....?

************************************

Moreh.... ia menjadi acara wajib selepas solat tarawikh. Setelah 3 tahun aku menjadi salah seorang AJK Surau, maka selama itu jugalah acara moreh ini tidak pernah ditinggalkan oleh pengurusan surau. Walaupun surau tempatku kecil sahaja dan jumlah jemaah serta orang yang mentadbir surau (AJK) tidak ramai, tetapi perkara moreh ini tetap menjadi keutamaan pada setiap kali ramadhan. Kalau tidaklah perkataan 'bangga' itu akan didefinisikan oleh pembaca sebagai cerminan aku ini riak! maka mau sahaja perkataan itu aku catatkan di sini tentang perasaanku melihat kekecilan surau tempatku tetap mampu menganjurkan sesuatu program yang besar. Terlebih baik aku mengatakan aku  gembira sahaja dengan kekuatan surau Infitah Al-Khairiah menganjur sesuatu majlis termasuk moreh. Kalau nak lihat majlis yang lebih besar...tentu sahaja semasa kedatangan Timbalan Perdana Menteri dulu merasmikan surau sebagai satu-satunya majlis besar yang mampu dianjur oleh surau yang kecil.

Berbalik pada moreh ini, dan sekali lagi dengan perkataan kebetulan, kebetulan bendahari surau ialah isteriku sendiri. Maka sejak 3 tahun yang lepas, perkara moreh ini terpaksa ditangani oleh isteriku. Secara tak langsung aku juga turut terbabit. Maka dengan peruntukan yang sedia ada, aku dan isteri mengatur menu moreh ini dan siapa yang akan mendapat 'kontrak' moreh ini secara bergiliran antara para peniaga (yang menjual di bazar ramadhan). Sebelum orang berkata dan menuduh aku dan isteri asyik mengutamakan orang-orang itu sahaja, sistem giliran ini telah dipraktikan terlebih dahulu. Hari ini orang itu, esok orang ini, lusa orang sana, tulat orang situ....sehingga semua peniaga (jemaah yang berniaga yang terdiri dari penduduk sekitar Rumah Pangsa Senawang Fasa 2) mendapat giliran mereka. Untuk orang-orang luar, adalah sesekali mereka dapat.

Dengan perancangan sebegitupun....masih ada yang tak puas hati! Maklumlah puasa selama 30 hari, penghuni yang berniaga di sekitar kejiranan surau ini tak sampai pun 10 orang. Sudah tentulah ada juga yang dapat kontrak moreh lebih dari 2 kali. Mau saja pada tahun depan, kontrak moreh ini diserahkan kepada orang lain. Kami datang makan sahaja. Kan lebih senang begitu?

Komen pak imam, "Saban tahun memang kamu juga yang dapatkan peruntukan daripada Baitulmal melalui kertas kerja, jadi yang selain dari itu pedulikan lah. Orang yang kaki komplen tu kalau digalaskan tugas ini pun pasti gagal. Dah mereka jenis tak pernah puas hati. Yang penting, mereka hadir majlis' Bisik pak imam padaku. Aku jawab " Saya tau tu imam, saya berhadapan dengan manusia. Biasalah tu".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.