Khamis, 17 Mac 2011

Akhirnya aku berikan kenyataan pahit....

Semalam satu mesyuarat tidak rasmi Surau Infitah Al-Khairiah telah diadakan dengan kehadiran beberapa orang AJK dan jemaah. Ia lebih kepada perbincangan semasa, itu sebab aku katakan ia hanya mesyuarat tidak rasmi. Biarpun ia sekadar perbincangan tetapi ia juga sesuatu yang amat penting kerana bagiku agenda atau isu yang dibincangkan adalah sesuatu yang memberi impak kepada aktiviti surau.

Perbincangan itu khusus untuk menentukan siapa tenaga pengajar kelas mengaji dan fardhu ain di surau? Hasil dari perbincangan, kata sepakat telah dicapai iaitu ustazah Mah akan mengendalikan kelas mengaji dan fardhu ain tersebut. Kelas akan diadakan pada hari isnin hingga hari jumaat, manakala hari sabtu akan diadakan kelas belajar tajwid. Semua ini dapat direalisasikan setelah kertas kerja mohon peruntukan untuk membayar elaun tenaga pengajar telah diperolehi daripada Baitulmal.

Tetapi yang aku nak kongsikan di sini bukanlah berkenaan isu di atas tetapi lebih kepada kesinambungan tulisanku tempoh hari...Ragam Manusia. Akhirnya dalam perbincangan yang diadakan, pengerusi secara langsung menyentuh program ziarah ilmiah ke Masjid Kristal dan Masjid Terapung di Terengganu. Bila pengerusi menoleh kepada setiausaha, setiausaha menunjuk kepada aku dan mengatakan aku yang lebih layak menerangan tentang program tersebut. Apalagi, setelah aku diberi peluang bercakap oleh 2 orang AJK yang lebih tinggi kuasanya dariku itu, aku gunakan sepenuhnya untuk lebih mengutamakan jemaah surau.

Aku katakan kertas kerja itu dibuat khas sebagai tanda penghargaan dan bersyukur pada jemaah yang sentiasa datang mengimarahkan surau. Bukan nak mengangkat diri tetapi aku taulah siapa para jemaah yang rutin datang ke surau tanpa mengira ada atau tiada program kerana kebetulan Tuhan masih mendorongkan aku untuk hadir ke surau setiap hari. Mereka ini datang bukan semata-mata kerana tuntutan agama tetapi juga untuk memastikan surau tidak sunyi. Pada waktu sengang selepas solat maghrib sementara menunggukan waktu solat isyak, aku dan beberapa jemaah berbual-bual dan bertukar-tukar fikiran. Antaranya termasuklah soal-soal bagaimana nak meramaikan jemaah ke surau jika surau tiada program? Jika ada program seperti bacaan yasin pada hari khamis, kami tidak risau kerana kebiasaannya surau penuh ketika itu. Yang menyedihkan ialah pada hari biasa, jemaah yang datang boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja! Kalau musim cuti sekolah, bolehlah dibilang dengan kedua belah tangan atau terkadang campur lagi dengan kedua belah kaki. Tetapi hanya kanak-kanak, yang dewasa tetap liat ke surau.

Berdetik dari inilah aku terfikir untuk membuat kertas kerja ziarah ilmiah tersebut dengan harapan, jemaah surau akan lebih ramai. Dan memang meskipun kesan dari selepas kertas kerja itu diluluskan ialah ramai penghuni sekitar telah berkira-kira untuk menyertai program itu sementelah mereka tahu ia percuma!. Mula-mula memang pengerusi dan setiausaha membayangkan peserta yang pergi akan melibat semua orang tanpa mengira jemaah surau atau tidak. Jadi pada peluang bercakap yang diberikan, aku tekankan - dalam memilih peserta yang pergi itu aku gariskan, yang pertama keutamaan akan diberikan pada jemaah harian, kedua jemaah mingguan, ketiga jemaah bulanan dan keempat jemaah tahunan.

Sebelum mengklasifikasikan jemaah-jemaah ini, aku terlebih dulu memohon maaf pada yang hadir jika ada yang terguris hati. Tetapi aku beritahu mereka, yang utama tetap utama. Aku tahu yang hadir pada mesyuarat itu termasuk dalam salah satu kategori yang aku gariskan. Aku katakan pada mereka, aku terpaksa mengutamakan jemaah harian! Ada antara yang hadir seperti telah putus asa kerana tidak pasti apakah nama mereka tersenarai atau tidak? Dan memangpun senarai nama peserta atau lebih molek aku sebut jemaah untuk menyertai program tersebut telah ada dalam fikiranku. Pengerusi dan setiausaha termasuk mereka yang hadir dalam mesyuarat itu pun tidak memberikan sebarang komen. Aku pun memang siap siaga untuk memberikan jawapan terhadap sebarang komen.

Untuk memujuk dan tidak meletakan perkataan 'putus asa' dalam kotak fikir mereka yang hadir, aku katakan aku dan setiausaha sedang mengusahakan satu lagi kertas kerja untuk memohon dana tambahan bagi membiaya program ziarah ilmiah ke Terengganu. Malah kami ada 2 jalan alternatif yang mungkin akan digunakan untuk mendapatkan dana tersebut.

Pada jemaah surau yang diklasifikasikan sebagai jemaah harian, anda tidak perlu risau kerana nama anda semua memang telahpun masuk dalam senarai peserta. Bagi mereka yang tidak tersenarai, maka anda kena rujuk kembali anda diklasifikasikan sebagai jemaah yang mana satu? Anda sahaja yang tahu anda diklasifikasi mana? Jika anda dalam jemaah tahunan, cubalah bertukar ke dalam jemaah bulanan. Jika anda dalam jemaah bulanan, cubalah bertukar ke dalam jemaah mingguan. Jika anda dalam jemaah mingguan, cubalah bertukar ke dalam jemaah harian. Harapan aku dan jemaah harian yang lain ialah...moga dimasa akan datang surau dilihat sebagai sebuah tempat yang wajib dikunjungi terutama pada waktu solat.
Minta maaf pada hadirin semua....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Monolog.....
Aku dan WajaclubKeindahan Kembara Yang Tidak Terjangkakan
Bermula dengan suka-suka sekadar mencari teman-teman akhirnya Menemukan rakan dan sahabat

Mungkin pengaruh atau memang dah dilorongkan, jenama kereta nasional waja ini langsung tiada dalam kotak fikirku. Aku lebih senang ke hulu ke hilir malah melewati segenap negeri di Malaysia ini dengan Iswara hijauku. Kalau terfikirpun untuk menukar kenderaan lain, MPV adalah sasaran utamaku. Maklum keluargaku besar. 7 orang semuanya. Sebelum terjebak dengan kelab kereta waja ini, aku ceritakan dulu bagaimana aku terjebak membeli ‘waja’ ini dulu. Ya, aku tidak memaksa kalian membaca kisah ini, tetapi jika kalian memang telah membaca sampai ke teks ini, maknanya secara tanpa sedar, aku telah menjebak kalian ke dunia permotoranku

Ceritanya bermula begini, seperti biasa aku dengan rakan kongsiku ingin bertemu dengan seorang pustakwan untuk bersarapan pagi. Memang semaklum aku dia mengguna pakai wira putih. Kira jenama kereta nasional la. Dalam perjalanan bertemu dengannya, rakan kongsi aku menalipon pustakawan itu, dia menjawab dia sekarang menunggu kami di sebuah restoran sekitar Bandar Baru Bangi. Kami bergegas ke sana. Aku parking kereta aku betul-betul berhadapan restoran dan kerusi tempat dia minum. Dia senyum tawar melihat aku dan rakan kongsi aku keluar dari saga iswara hijauku. Memang hampeh!. Tapi aku tidak menjangkakan ada kejutan yang lebih hampeh lagi kerana selepas itu tak pasal-pasal duit aku akan terbang 4k! Rasanya belum betul-betul aku menikmati minum pagi yakni segelas teh tarik mamak, pustakawan itu bersuara dengan penuh semangat keegoannya “Bro, aku dah tukar kereta!” Aku buat tak kisah tapi rakan kongsi aku bertanya spontan. “ Kereta apa?” Pustakawan itu menunjuk dengan memek bibirnya “tuuuu!!!, sebelah keta kau tu”. Aku terkasima seketika. Ceh, saiz kereta dia lagi besar dari kereta aku. Waja tu!. Seketika aku rasa secawan teh tarik kedai mamak yang aku minum dah rasa macam sebaldi cuka getah.

Waja dah murah sekarang katanya, seakan mencurah sedikit garam dalam minumanku! Aku tanya dia “berapa ko bayar duit hantaran?”. “Lebih kurang 4K” katanya lagi. Yang tak tahan dia siap cakap “Kalau ko nak, ada 1 lagi waja kaler hitam dah siap modi dia punya bodikit..R3. petang ni aku nak pegi settlekan hal wajaku ni, kalau nak aku boleh tanyakan toke kedai tu” . Sudah!!! Dia tabur racun lak dalam minumanku. Aku cakap kat dia, “okeylah, ko tanyalah...nanti ko kol aku”. Sebenarnya aku tak begitu serius dengan kata-kataku itu sebab aku sayangkan sewara hijauku. Tapi rupanya dia betul-betul tanyakan toke kedai tu dan deal dgn toke tu bagi pihak aku. Menjelang petang pustakawan itu kol aku “Joe, jadi tak? Aku tergamam..hah!!! “ok jadi “ kataku spontan. Lepas tu otak fikirku ligat mencari ilham macam mana nak berdrama dengan orang rumah. Apa alasan terpaling munasabah yang nak aku berikan pada dia. besoknya aku pergi ke kedai kereta tu dengan rakan kongsiku. Ermm..cantik, aku cakap kat toke kedai tu..jadikkkk!!! memang aku suka dengan waja R3 ni sebab aku minat dengan Tenku Djan Lee setelah menonton aksi driffnya di TV. . petang tu aku letak duit hantaran. Aku pesan kat pustakawan tu, aku dah booked! Dokumen aku akan hantar kemudian. Besoknya toke kedai tu kol aku, “Sori encik, R3 tu owner tak jadi jual. Loan dia tak lepas untuk trade in Honda FFR!!” baru aku tahu waja R3 tu owner tumpang letak kat kedai usecar tu. Dengar cerita dia nak ambil Honda. Toke kedai tu jadi racun ketiga pula, “tak apa encik, kami ada banyak stok waja lagi ni. Esok cik datang dan pilih saja mana nak...” rasa aku nak sumpah toke tu dan semua peracun-peracun tu jadi waja R3. Akhirnya tanpa ada plan yang khusus, aku sambar jugak la waja tu. Aku cakap kat orang rumah “Kawan abang nk pinjam cek booked 3 hari. Dia nak bayar muka beli kereta.” Orang rumah aku tak banyak cakap terus tanda tangan cek kosong. 4 hari kemudian toke tu kol aku “encik, loan sudah approve. Boleh datang ambil kereta.” aduhhhhh...!!! apa aku nak cakap dengan orang rumah? Yang dia tahu wajatu bukan aku punya tapi pustakawan itu punya. Ahhh!! Lantak. Aku ajak orang rumah pegi ambil kereta tu. .” Dari seremban kami naik komuter sahaja sampai Mid Valley kerana kalau aku bawak sewara hijauku, nanti sapa pulak nk bawak kereta tu balik Seremban! Kalau biarkan orang rumahku yang memandu..kompom aku sampai Seremban dengan waja tu, dia entah sampai ke mana dengan sewara hijau tu sebab dia tak mahir dengan jalan Kola Lumpur!. Seminggu jugaklah aku pakai waja tu dengan mengatakan ia kepunyaan kawanku (si pustakawan tu). Sampailah isteri ku tanya “Baik betul ya kawan abang tu...bagi pinjam kereta lama-lama kat abang?” akhirnya aku mengalah “ Keta tu kita punya, bukan kawan abang punya!” aku dah bersedia mendengar deruman leteran isteriku. “Aik..? Iswara tu dah rosak ke?..” aku mengambil keputusan diamkan diri. Biar masa menyejukan hatinya. Masalah pertama selesai. Macam mana pula aku nak minta isteriku tanda tangan cek lagi untuk aku make up kereta?. tak payah ceritalah kan..hehehehe. Lebih kurang sebulan je kereta wajaku itu berkeadaan ori kilang. aku bawak ia ke kedai mak andam (kedai eksesori). Aku pasangkan bodikit R3. Masa ni lah aku terserempak dengan gang wajaclub Negeri Sembilan, sdr Sham Marshal (masa ni dia timbalan ketua komuniti Negeri sembilan). Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk berfikir samada nak joint WC atau terus dengan ProCC. Akhirnya lewat bulan ogos 2008, aku sah menjadi ahli WC Komuniti Negeri Sembilan. Cuma sebagai ahli biasa, tak sangka lak boleh sampai kepada ahli luar biasa. Hehehehe! Yang paling luar biasa bila masuk WC ni ialah duit keluarpun luar biasa. Macamlah aku orang bujang yang nak habiskan duit untuk kereta, bukan untuk keluarga. Sehingga ke satu tahap, aku sedar. Memang tak kemana dengan dunia modifikasi kereta ni. Ia bukanlah matlamat utama aku masuk kelab. Aku hanya mencari rakan dan bizness! Tapi bertukar-tukar idea tentang dunia kereta tu memang antara pengetahuan yang aku dapat secara tidak langsung. Dan lagi jika aku bersama keluarga menikmati cuti-cuti Malaysia, rakan-rakan WC sentiasa ada di mana-mana. Ini antara beberapa perubahan yang aku buat. Kebanyakan perubahan dilakukan secara berperingkat. Tidak sekaligus, tu yang tak perasan baki akuan semakin berkurangan tu... Yang kelakarnya, ia bukan idea aku tapi idea rakan-rakan WC. Idea aku cuma, macam mana nak cover balik duit yang terbang? Dan lagi semakin aku memikirkan untuk tidak melabur pada wajaku, semakin banyak pula dugaan berupa pujukan dari rakan-rakan kelab... Akhirnya aku sedar dari angan yang panjang, dari lena yang sunyi, masih ada keperluan lain yang perlu aku bawa dalam mimpi malam...sebelum orang lain menganggap aku telah mengingau...!!!
Ditulis: 10 Januari, 2011

DEKLARASI

Deklarasi
Semua butiran dan artikel yang disiar dalam blog ini hanyalah pendirian peribadi penulis, tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati; kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas segala isu-isu berbangkit.